Selamat datang ke KL-Today.com

Posted by admin on May 1st, 2010

Drama terbaru Ahmad Idham hina Islam?

Posted by admin on February 23rd, 2012

Pengarah filem dan drama popular, Ahmad Idham kecewa apabila ada pihak mendakwa drama bersiri terbaru arahannya iaitu Apa Celop menghina agama Islam.Idham berkata, dia berasa kesal dan sedih apabila niat baiknya untuk memartabatkan kalimah Allah S.W.T. seperti ungkapan Alhamdulilah, Astagfirullah A’lazim, Subanallah dan sebagainya di dalam drama bersiri itu telah dikatakan menghina agamanya sendiri.

Read the rest of this entry »

Syria gembira Umno sokong regim Assad

Posted by admin on February 23rd, 2012

Syria mengangumi pendirian UMNO sebagai sebuah parti politik yang mantap dalam menyatakan pendirian menolak sebarang campurtangan luar dan tidak menerima hakikat berkaitan unsur-unsur luar dalam usaha memporak-perandakan sesebuah negara.Dutanya, Dr. Mohamad Khafif menyatakan demikian dalam kunjungan hormatnya kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn semalam (gambar).

Read the rest of this entry »

Senaraian FGVH boleh rugi RM2 bilion

Posted by admin on February 23rd, 2012

Dr Rosli juga berkata Felda sekarang mempunyai pendapatan purata dari 2007 ke 2010 yang berjumlah RM2.458 billion setahun.Analisis untung rugi terhadap keputusan menyenaraikan Felda Group Venture Holding (FGVH) yang dibuat oleh bekas Pengarah Bank Negara Malaysia (BNM), Dr Rosli Yaakop mendapati Felda akan kehilangan pendapatan sebanyak RM1.950 billion setahun.

Read the rest of this entry »

Bakar Al-Quran: A.S mohon maaf

Posted by admin on February 23rd, 2012

Amerika Syarikat telah memohon maaf kepada rakyat Afghanistan berhubung insiden beberapa naskhah Al-Quran didapati dibuang dan dibakar secara tidak sepatutnya Isnin lalu.Satu laporan BBC memetik Setiausaha Pertahanan Amerika, Encik Leon Panetta, sebagai berkata tentera Amerika menghormati amalan agama rakyat Afghanistan tanpa ’sebarang pengecualian’.Jurucakap Pentagon, Encik George Little, pula berkata: ‘Tindakan (membakar Al-Quran) tidak mewakili pendirian Amerika Syarikat dan pihak tentera.’

Read the rest of this entry »

2 journalists killed by Assad forces attack

Posted by admin on February 23rd, 2012

Syrian President Bashar al-Assad’s forces, trying to hammer the city of Homs into submission, today killed 19 more people including two Western journalists in an onslaught that has caused an international outcry for intervention to end the bloodshed.Hundreds of people have been killed in daily bombardments of Homs by Assad’s besieging forces using artillery, rockets and Soviet-built T-72 tanks, stoking fears of Assad subjecting the city to the same devastation as his late father inflicted on the rebellious town of Hama 30 years ago, killing at least 10,000.

Read the rest of this entry »

Kak Yan tetap berniaga walau sakit

Posted by admin on February 22nd, 2012

Keperitan hidup yang dilalui primadona ini tidak pernah meragut semangatnya untuk terus berkhidmat kepada keluarga. Walaupun masa seharian kini banyak dihabiskan di atas katil, tanggungjawab sebagai pencari rezeki masih digalas pada bahunya demi menampung keperluan hidup sehari-hari.Menurut Azean Irdawaty, 61, kini dengan kudrat kecil yang dimiliki dia masih menjalankan perniagaan jualan langsung seperti biasa. Walaupun tidak seaktif dulu, Azean atau lebih mesra dengan panggilan Kak Yan akan tetap meneruskan perniagaan ini selagi termampu.

Read the rest of this entry »

Najib bakal kena kencing dalam PRU13

Posted by admin on February 22nd, 2012

Shahbudin Husin

Di sebalik kekerapan Najib dan Muhyiddin turun ke negeri-negeri bertemu dengan rakyat dan dalam masa yang sama memberi isyarat bahawa tarikh pilihanraya umum semakin hampir, hakikat yang berlaku dalam UMNO sebenarnya adalah amat memalukan. UMNO seolah-olah tidak bersedia untuk menghadapi pilihanraya walaupun menyedari PRU 13 ini adalah “ibu” kepada segala piliharaya. Pilihanraya yang akan menentukan sama ada UMNO dan BN terus hidup atau kehilangan kuasanya.

Read the rest of this entry »

300 peneroka NS tolak senaraian FGVH

Posted by admin on February 22nd, 2012

Lebih 300 peneroka Felda dari penempatan di Palong 4, 5 dan 6 di Negeri Sembilan membantah  cadangan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) di Bursa Malaysia, malam tadi.Sehubungan itu, peneroka di penempatan berkenaan menyatakan sokongan terbuka dengan meletakkan tandatangan pada kain rentang serta mencatatkan segala kekecewaan mereka. Antaranya, ‘Umno-BN penipu’, ‘Felda penipu’, ‘Hidup Keadilan’ dan ‘Lawan tetap Lawan.
Read the rest of this entry »

Cuepacs tuntut naik gaji hingga RM2500

Posted by admin on February 22nd, 2012

Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menuntut kerajaan memberi kenaikan gaji antara RM700 hingga RM2,500 untuk Gred 1 hingga Gred 54.Presidennya Datuk Omar Osman berkata kenaikan itu perlu dilaksanakan terlebih dahulu menerusi skim sedia ada iaitu Skim Saraan Malaysia (SSM) sebelum sebarang pembaharuan dibuat menerusi Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA).Beliau berkata tuntutan yang dikemukakan ialah untuk Gred 1 hingga 16 kenaikan sebanyak RM700, Gred 17 hingga Gred 26 (RM1,000), Gred 27 hingga Gred 40 (RM1,500), Gred 41 hingga Gred 48 (RM1,800) dan Gred 52 hingga Gred 54 (RM2,500).

Read the rest of this entry »

Ku Li doesn’t favour FGVH listing too

Posted by admin on February 22nd, 2012

The proposed Felda Global Ventures Holdings (FGVH) listing will endanger the future of settlers as they risk losing their land assets, Tengku Razaleigh Hamzah has said.In an interview with Harakahdaily, the Umno politician said that once the listing took place, land belonging to FELDA settlers will be exposed to the open market.Once exposed to the open market, he claimed that “anyone” could buy up shares at any amount if they could afford it, and that this will result in settlers losing their land assets if shareholders were to sell their shares.

Read the rest of this entry »