Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Lagi selebriti anak orang kaya bernikah

Pengacara popular Marion Counter selamat diijabkabulkan dengan pasangannya pewaris Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin di kediaman lelaki itu di Bukit Tunku, dekat sini malam kelmarin. Dengan sepersalinan serba putih, Marion atau nama Islamnya, Marion Rose Caunter Abdullah mengenakan baju kurung moden rekaan pereka fesyen, Rizalman Ibrahim.

Difahamkan, majlis pernikahan tersebut diadakan secara tertutup dengan kehadiran keluarga serta teman-teman rapat sahaja.

Majlis resepsi pula akan diadakan malam Jumaat (malam tadi) pada pukul 7 petang di dewan utama Hotel Mandarin Oriental dan ia juga diadakan secara tertutup dan para tetamu perlu berpakaian kemas mengikut tema yang diberikan iaitu sut (lelaki) dan pakaian formal ala barat (wanita).

Pada malam resepsi nanti, pengacara E! News Asia itu akan memakai pakaian rekaan Vera Wang.

Majlis resepsi pernikahan mereka itu diadakan secara tertutup dengan kehadiran tetamu jemputan sahaja.

Pihak media tidak di undang membuat liputan sebaliknya hanya krew E!News sahaja dibenarkan untuk merakamkan detik-detik bersejarah itu. Ada media Malaysia berasa kecil hati sambil menyifatkan tindakan  anak orang jutawan ’segera’ yang berbangsa Melayu yang keturunanya menjadi kaya disebabkan bantuan kerajaan Malaysia memperlaku kan media massa dan hiburan milik tempatan sekecil-kecilnya semata-mata mempertunjukkan majlis perkahwinannya yang dilihat ala-selebriti Hollywood kepada orang luar Malaysia.

Pasangan itu juga akan mengadakan sebuah lagi majlis di kepulauan Maldives tidak lama lagi.

Keluarga Melayu antara terkaya ini juga pernah menggemparkan negara apabila mereka dibawa ke mahkamah syariah di atas dakwaan tidak adil pengagihan harta secara faraid di antara keluarga isteri pertama dan isteri kedua Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin pada awal Jun tahun ini.

Kes ini bermula apabila isteri kedua beliau, Rokiah Abdullah dan lima orang anaknya meminta pengagihan secara faraid dilakukan dengan menuntut hak ke atas RM350 juta dan hartanah milik si mati di Malaysia dan di United Kingdom serta kawalan ke atas enam anak syarikat milik si mati. I

Allahyarhan yang memulakan kekayaannya melalui syarikat pengedar kereta importnya apabila memperolehi Approved Permit (AP) untuk membawa masuk kenderaan dari luar negara ketika Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Artikel Berkaitan:

NAZA faces breakup over lawsuit