Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Pelajar Mesir: Jawapan Muhyiddin dikesali

Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah hari ini mengesahkan bahawa semua pelajar dan rakyat Malaysia di Mesir selamat setakat 4.30 petang ini (waktu di Malaysia). Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika di Labis hari ini memberitahu bahawa tiada keperluan untuk membawa balik pelajar-pelajar Malaysia buat masa ini. Jika pelajar-pelajar berkenaan ingin pulang, mereka boleh melakukannya dengan membiayai sendiri perjalanan pergi dan balik dari negara itu, menurut Muhyiddin lagi.

Wisma Putra dalam satu kenyataan pula turut menasihati ibu bapa dan anggota keluarga agar tidak terlalu bimbang kerana kedutaan serta Jabatan Penuntut Malaysia sentiasa memantau perkembangan terkini, selain berhubung dengan pelajar dan rakyat Malaysia berkenaan.

Dua bilik operasi juga telah ditubuhkan iaitu di Kementerian Luar Negeri, Putrajaya dan di Kedutaan Besar Malaysia, Kaherah.

Ia boleh dihubungi di talian 03-88892746 / 03-88874570 (Putrajaya), dan 00-202-37610013 sambungan 116, atau 00-202-37610164 (Kaherah) dan bercakap dengan Penasihat Menteri Saharudin Hassan, Setiausaha Kedua Samsul Kahar Kamarudin serta Setiausaha Ketiga Iskandar Harman.

Bagi Majlis Amanah Rakyat (MARA) pula, pihak MARA masih meneliti perkembangan pelajar Malaysia di sana dari masa ke semasa dan menganggap keadaan adalah terkawal. Ketua Pengarahnya, Ibrahim Ahmad akan bekerjasama dengan Wisma Putra bagi mendapatkan nasihat dan arahan untuk tindakan selanjutnya.

Namun begitu tindakan oleh kerajaan Malaysia, ibu bapa kepada para pelajar Malaysia di sana dimaklumkan oleh kebanyakan anak-anak mereka ialah keadaan mereka di sana dalam keadaan yang perang yang menyebabkan mereka terpaksa tinggal di dalam kediaman mereka sahaja.

Bukan itu sahaja, masalah keselamatan amat teruk di sana kerana penduduk yang berdemonstrasi mengambil peluang untuk mencuri, merompak dan melakukan jenayah di dalam situasi anarki buat masa ini.

Malah, pelajar-pelajar Malaysia semakin kekurangan bekalan makanan kerana keadaan anarki di Mesir menyebabkan banyak kedai dan pasaraya ditutup. Tindakan kerajaan Malaysia yang enggan menghantar kapal terbang tentera udara bagi mengambil pelajar Malaysia adalah dikesali, menurut kebanyakan ibu bapa di sini.

Mereka hairan tindakan kerajaan Malaysia yang ada hingga menyifatkan kerajaan BN berbuat demikian kerana ‘menghukum’ pelajar-pelajar Malaysia di Mesir yang didakwa mereka ramai yang tidak menyokong parti pemerintah BN. Malah, ada yang beranggapan kerajaan BN bimbang pelajar-pelajar ini akan membawa sentimen yang berlaku di Mesir dan Tunisia yang boleh menggugat kerajaan BN.

Insiden yang semakin memburuk di Mesir itu telah menyebabkan beratus-ratus penduduk negara itu telah terbunuh. Malah, wujudnya kumpulan militan bermaharajalela mengambil kesempatan yang berlaku itu untuk menggempur penjara-penjara seluruh negara itu bagi membebaskan rakan-rakan mereka.

Keadaan yang semakin getir ini boleh dilihat apabila kerajaan Amerika Syarikat, India dan United Kingdom telah menghantar pesawat bagi mengambil pulang rakyat mereka yang berada di Mesir yang mahu pulang.

Ramai ibu bapa di Malaysia berasa kesal dengan keputusan Muhyiddin yang disifatkan sebagai mempunyai agenda tertentu. Namun begitu, mereka berharap kerajaan Malaysia berfikiran professional dan bertanggungjawab di atas nyawa anak-anak muda pembina Malaysia di masa hadapan dengan menghantar pesawat mengambil mereka pulang buat sementara waktu.

-KLToday.com

26 comments

1 NdeeTganu { 01.30.11 at 9:59 pm }

CELAKA BE END. Krn fikirkan perut sdiri. Keselamatan rakyat dikorbankan. Ni bukan pemimpin rakyat tapi pemimpin jelmaan dajal namenya. Nak tunggu pelajar sana mati kebuluran baru nak btindak ke?

Kalo begini la tindakan korg wahai umno tunggu la saatnya… Nasib kalian akan berubah sehina-hinanya lebih hina dari anjing kurap. Korg akan merempat di negara org sampai mampus

2 siswaTimurtengah { 01.31.11 at 12:07 am }

yoooo.. sedapnye la hentam2 kan..
stakat ni US. UK. TURKEY n beberapa negara lain da amik tindakan tuk bwk pulang.. itu kerajaan negara tuh nye hal..

pelajar indonesia pon ramai gak. kenapa xmo gune tu as alasan?
pelajar thailand. pelajar brunei semua…

jdi r org yg ade pertimbangan sbelum nk hentam n tembak2..

masih xde keperluan.. itu kenyataan nye. bukan mahu menghukum…

itulah salah n betapa mentaliti plja2 timur tgh.. skit2 hukuman, ckit2 hukuman.. then kaitkan pulak ngan sentimen politik..

mmg elok sgt la tuh. kt mesir sendiri pon mmg kuat sentimen politik dkalangan plaja msia.. persatuan itu ini. banned sane banned cnie..

xgune kot blaja kt bumi anbia tapi xmewarisi ilmu n kecerdikan para anbia’…

settlekan dulu faham n dakyah politik korg plja2 mesir yg byk sgt boikot org itu, banned persatuan cnie. sblum nk senang2 tuding jari kt kerajaan yg ade dasar diplomix between malaysia-mesir… klo xde kerajaan yg mentadbir nih… sape korg yg nk boleh msuk n terbang ke negara org…

mahasiswa timur tgh masih xterbuka..
kite perlukan perubahan..

sekian~

*dalam mne2 berita. mmg sedap la nk nyongsang belokan fakta supaya naik rating n market…

skali agy… aq juz nk gtau.. stakat nih kerajaan merasakan masih xde keperluan tuk balik…

bkn sbb diorg nk pikir perut sendiri org ape..
bukan nye anak2 pak mnteri. mak2 menteri kt sane xde..
klo nk sgt balik… gunelah perbelanjaan sendiri.. itu yg terbaik.
mne yg lebih berharga?? keselamatan anak2 atau nk kuakan duit sendiri???

buat kerja terburu2 nih.. byknye akan ader penyesalan..
wallahua3lam…

3 aku { 01.31.11 at 12:55 am }

klau begini laa sifat pemimpin..nescaya memang hancurlah negara…
kerana kepentiagan sendiri,rakyat jadi mangsa..ape yg korang nak jawab di akhirat esok2x…dihadapan Allah esok2x….jgn fikirkan dunia sahaja..pkir lah akhirat…takutlah azab Allah yang teramat pedih menanti sesiapa yang mengkhianati amanat Allah berikan kepada kamu..tggu jelah…aku berdoa kearah itu…

4 saya { 01.31.11 at 6:10 am }

kerajaan kte yg maha pandai ni agaknyer nk tunggu salah sorang dr kitorg MATI kot baru nk ambik tindakan…hadoiii…org melayu memang cmtu, tangguh2 je yang tau…

tak tau pon camne keadaan kat sane suke2 hati je cakap sume terkawal..pemalas! irresponsible!!

5 Tweets that mention LAMAN KL-TODAY.COM » Blog Archive » Pelajar Mesir: Jawapan Muhyiddin dikesali -- Topsy.com { 01.31.11 at 7:36 am }

[...] This post was mentioned on Twitter by Al Fatanah Ibrahim and penamaya, luqman shakur. luqman shakur said: @MukhrizMahathir salam dato. apa komen http://t.co/BQocKf6 [...]

6 anon { 01.31.11 at 8:20 am }

BRING HOME THOSE MALAYSIAN STUDENT IMMEDIATELY, FIKIR LAH KALAU ANAK KAU YANG ADA KAT SANA, TAK KAN KAU TAK NAK BAWAK BALIK KOT, NAMA JE PEMIMPIN< FIKIR LA SKIT, SIBUK NAK FIKIR BN LA PAS LA UMNO LA MENDE BULLSHIT LAH, KALAU SEMUA NAK DI KAITKAN DGN POLITIK MEMG TAK KAN JALAN LA SMPAI BILA-BILA, JANGAN JADI BODOH SOMBONG SANGAT, FIKIR REALISTIK SIKIT.

7 alkisah { 01.31.11 at 10:45 am }

duit dah diprabis buat kempen DUN Tenang..
tinggal lagi bajet utk DUN Melimau akan dtg..
bebudak yg belajar kat mesir nun kalo bawah balik buat nambah undi Pakatan aje.. xbleh jadi..

8 lileacea { 01.31.11 at 12:16 pm }

yaAllah, lindungilah mereka.. ameen

9 abc { 01.31.11 at 2:27 pm }

Nih. Kawan ak ada kat alexandria, belajar. Sekarang nak musim exam. Dorang tengah sibuk study week. So berkurung dalam rumah pun biasalah, dorang kata. Biarlah dorang nak exam, apa nak sibuk2 orang yang xda kaitan. Ni tidak, suma benda nak dipolitikkan. Jijik sungguh perangai. Bas kemalangan salah kerajaan, bila kerajaan wajibkan bas baiki tu baiki ni, tuduh kerajaan buli pengusaha bumiputra la macam2..
Benda ni ingat buleh setel senang2 dengan menghentam je ka?
Banyak pihak terlibat. Sama la jugak dengan kes mesir ni. Apa ke halnye nak dibawak hal politik?
Kita doakan je la mereka selamat. X usah nak sibuk2 menghentam ja.
Kalau kerajaan rasa ada keperluan nak bawa balik, bawalah mereka balik.

10 admin { 01.31.11 at 2:43 pm }

Makanan tidak mencukupi. Banyak universiti dah postpone exam dan ada yang tutup kampus. Harga tiket kapal terbang naik 7x….dan tiket habis.

11 hamba Allah { 01.31.11 at 2:54 pm }

to SiswaTimurtengah
dorang kt sana bukan xnak kua duit sendiri..tapi keadaan mcm ni..mane nk dapat duit bli tiket 7x ganda harga..lu ade pikir ke??

12 manusia { 01.31.11 at 3:31 pm }

kerajaan nak kena bawak balik 11 000 pelajar malaysia kot. bukan sikit. ramai. korg igt senang ke nak uruskn? dah la tiket pon naik harge 7x ganda. korg jgn la nak tuduh macam2. nati duit malaysia abes kat tiket ni korg kate dorg gak mkn duit tu. haish. manusia manusia. asyik fikir salah org. cuba la letak diri sendiri kat tempaty org tu.. igt senang ke na pimpin negara n puaskn hati semua pihak?

13 pendidik { 01.31.11 at 4:18 pm }

harap kerajaan tolong ambil berat perkara ni..bagi y mengokong sangat kerajaan..ape agaknya kalu saudara ko kt sana..xsenang duduk kan..macam 2 la kami..harga tiket naik 7x ganda..nak bayar guna ape?!!nk makan pun susah..
boleh jamin ke makanan cukup shingga rusuhan berhenti (xtau bila)?jangan dh mati baru nk bertindak..bila baca berita gerun rasanya..kes kecurian berleluasa..ish2..xmstahil pelajar m’sia akan menjadi mangsa (nauzubillah)..tapi dalam keadaan sebegini macam2 boleh berlaku.

Ya Allah,selamatkanlah saudara2 ku di mesir..amin.

14 admin { 01.31.11 at 4:20 pm }

Peruntukan mmg ada dengan MKN setiap tahun. bukan kerajaan kena tanggung tiket kapal terbang komersil, kerajaan bleh hantar pesawat hercules dan pesawat tentera yg lain. Bukannya tak pernah buat pun. Bila kapal terbang sendiri ,kira kos sendirilah. Lagipun bukan semua nak perlu dipindahkan, hanya pelajar2 Malaysia..bagi mereka yg bekerja dan berkahwin org tempatan kenalah usaha sendiri sebab mereka dah part of Mesir society. Mereka nak balik dgn pesawat kerajaan, bayarlah sedikit. Duit Malaysia habis untuk mereka ni tak apa sebab mereka ni rakyat Malaysia yg dalam darurat sekarang dan bukannya wang berjuta2 malaysia habis pada sekerat dua yg dapat kontrak sahaja.

15 jalal { 01.31.11 at 4:37 pm }

kalu aku rakyat mesia, aku pun nak balik free. apa special student? cakap sikit? berbudi pada masyarakat pun belum tentu lagi tau. berbudi pada mak bapak pun dah bagus dah. silap silap balik jadi setan, bawak balik ilmu salah, bela hantu, bela jin. Dah tu tade saper soh dia belajar sana? tajaan sendiri ke tajaan kerajaan? kalu kerajaa-kerajaan tanggung la.
Bila balik free, satu hal, lepas tu nak hantar balik sana free ke? DUA kali nak bayar? hutang la, sign agreement, lepas tu loan PTPO pun tak nak bayar. Sudah la rakyat malaysia, simpati tu berpada pada, berapa peratus daripada kita semua yang bayar cukai? cerita sikit? aku nak dengar sendiri berapa setiap individu yg baca ni bayar. Mengharap duit kerajaan tu pikir pikir dulu, mengata biarlah berpada pada. Zakat ada bayar? marilah bayar zakat beramai-ramai. AKu jamin bagi setiap 10 pembayar cukai, belum tentu ada satu pembayar zakat, oleh demikian, kalu nak sponsor diaorang balik- bawak keluarlah dompet masing masing dan bayar, aku nak tengok

16 madz { 01.31.11 at 5:40 pm }

ko mmg sial la siswatimurtengah..
main sedap mulut ko jer…
kerajaan m’sia yg ko syg tu mmg celaka..
esok kene kt anak bini ko baru tau…
bodoh…

17 Student { 01.31.11 at 7:08 pm }

Sabar semua. Jgn trus amik bulat2 apa yg dicetak oleh media cetak. Surat khabar yg anda baca harini ada yg pro kerjaan n pro pembangkang. So think wiaely. Kerajaan also human. They will not b so selfish. It was just words from someone who we didnt knpw, dat gladly want to make us fight.. So relax n see wat happen next. Now theres lot of evacuation happened in certain area.. Hope dat govt will check other area too n not only main city..

18 remee { 01.31.11 at 7:38 pm }

jgn tggu sume student da kene rape bru nak bwk balik malaysia.
tp yg pastinya, mmg kwn saye sendri anta msj dr mesir kate riot kat sane da hardcore cam ape ntah.dye pon ade ckp yg dye x pasti msj tuh smpi ke x kat saye. please la kerajaan yg berdemokrasi, jgn biarkan mende2 camni terjadi. duet byk an? so, tyme2 camni la nak gune dgn sebetulnya, bukannya bg kat datin2 tuh perabih duet gi shopping kat luar negare.

19 RedRose { 01.31.11 at 7:45 pm }

Salam…

ish3…
kalau btl la sbb politik…
mmg xblh jadik ni…
sbg pemimpin, dia perlu pk baik2…
kena adil, xleh berat sebelah…
kalau kira lah, bkn students Msia kt timur tgh je yg sokong PR,
students kat merata dunia including Eropah pun ramai yg sokong!

20 malaysian still i am { 01.31.11 at 8:59 pm }

xguna kita kt msia ni nak bergaduh..just pray for their safety over there..insyaAllah there’ll b solution for this..aminnn~

21 PELAJAR MESIR: JAWAPAN MUHYIDDIN DIKESALI | TukarTiub | Vote Berita Politik Malaysia @ TukarTiub | Berita Politik Malaysia { 02.01.11 at 9:42 am }

[...] -KLToday.com [...]

22 PELAJAR MESIR: JAWAPAN MUHYIDDIN DIKESALI | TukarTiub | Vote Berita Politik Malaysia @ TukarTiub | Berita Politik Malaysia { 02.01.11 at 9:42 am }

[...] -KLToday.com [...]

23 aku rakyat malaysia { 02.01.11 at 3:53 pm }

jika dibaca komen2 yang ada di dalam laman web ini, ada yang mendoakan rakyat Malaysia di Mesir supaya dirogol, ditembak dan sebagainya. malahan, ada yang menganggap kerajaan mempunyai agenda tersendiri. kesian, kerajan buat apa-apapun dikatakan ada agenda politiklah, habis duit utk Tenanglah dan macam2 lagi. pendek kata, sume dah pandai buat tafsiran sendiri.

betul, ada di antara kita ada saudara-mara sendiri di sana. ada sesiapa kaji kenapa makanan berkurangan? internet dan telefon diputuskan? ada sesiapa terfikir, ada atau tidak di kalangan penjawat awam atau menteri yang memberikan kenyataan tersebut juga mempunyai saudara-mara di sana? atau ada sesiapa pernah membuat keputusan bagi pihak kerajaan bagaimana hendak membuat keputusan bagi menyelesaikan hal ini? atau kita yang rajin memberi komen dan menceduk kenyataan orang lain kemudian ditafsirkan mengikut tafsiran sendiri adalah orang2 yang pandai mengambil kesempatan di atas kesusahan orang lain? itu belum dikira ada di antara komen2 di atas mendoakan rakyat Malaysia di Mesir mati ditembak, dirompak atau anak/adik perempuan mereka dirogol walhal kes tersebut belum terjadi (kalau terjadi, maknanya doa mereka ni makbul)….

kesian kan, rakyat Malaysia sekarang… kenapa xdibuat solat hajat beramai2 mendoakan keselamatan mereka di sana sementara kerajaan sedaya upaya membantu mereka di sana? usahlah mengapi-apikan perasaan orang lain…. berbuatlah baik sementara masih hidup, dan berprasangka baik itu lebih baik amalannya.

24 elly { 02.01.11 at 8:33 pm }

?? Tiada Apa Yang PErlu DIBimbangkan
hah!~ pergy arr Melancong kat sna brg 1 2mggu.. ape mcam rasa…

25 budakbaik { 02.03.11 at 6:35 am }

em,byk sgt ke abis duit utk bwk pljr msia di msir pulang..klu bwk pulang blh jd rakyat msia xcukup mkn..pastu ape komen korg yg rosmah renovate putrajaya tu dgn harga 4juta??nmpk sgt msia ni byk je duit tp abis utk org2 ‘mereka’ sahaja..bukankah rakyat diutamakan?pljar msia di mesir pn rkyt msia jg..haiiihh

26 wahab { 02.04.11 at 5:01 pm }

pkir sndiri la..bngunan leh wat tnggi2..bndr dah maju d maju kan lgi..tpi kbjikan rkyat ada yg mau amik kisah??jgn nak mengampu kerajaan la..bkan d doa kan student mlysia kat mesir sna d rogol ka tau kna tembak ka tpi orang ckp sbgai pringtan..itu smua yg mngkin akan brlaku kalo teda tndakan d buat…kalo krajaan tkut abis duit..mnta donation sma rakyat..wat tabung amal..menteri2 dlm mlysia ni duit bratus ribu..ada yg jutawan x leh ka bgi sdkit sumbangan??sapa2 yg nak support kerajaan trus kan..kerajaan lgi ska kalo kmu wat bgitu..bgi yg lain yg pkir kan kselamatan rkyat aq ucap kan tahniah…kerajaan x leh bdri tnpa rakyat nya…yg mnentang kerjaan bkan smua brfikiran anarki tpi mnegak kan sesuatu yg condong…pkir la jgn lihat baik nya saja..lihat kburukan nya dan muhasabah diri..