Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

SUKAGUAM: Khidmat guaman percuma

Penubuhan Program Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SUKAGUAM) mampu membantu golongan yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rundingan guaman secara percuma. Pengerusinya, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, penubuhan SUKAGUAM sekaligus dapat memberi pendedahan dan maklumat kepada masyarakat mengenai hal berkaitan perundangan yang tidak diketahui oleh mereka.

Memperoleh sokongan daripada Pengerusi Rangkaian Restoran Ali Maju, Datuk Jawahar Ali Taib Khan, Khairul Anwar berkata, penubuhan SUKAGUAM juga adalah sebagai langkah menyahut seruan kerajaan dan juga saranan Majlis Peguam Malaysia di dalam menganjurkan khidmat masyarakat kepada umum.

“Seperti yang dimaklumakan oleh Majlis Peguam Malaysia, yuran guaman yang sebelum ini serendah RM2,000 akan naik sehingga RM10,000 disebabkan oleh sistem baru yang diperkenalkan oleh mahkamah di samping tempoh perbicaraan yang singkat.

“Situasi ini membimbangkan kerana akan ada sesetengah pihak yang akan berasa tidak terjamin kerana tidak dapat menegakkan keadilan di mahkamah kerana tidak mampu mengupah peguam,” katanya pada sidang media di sini, Rabu.

Khairul Anwar berkata, melalui program ini, mereka akan menawarkan kepada masyarakat khidmat nasihat dan rundingan berkaitan dengan permasalahan seperti undang-undang keluarga (perkahwinan, perceraian, nafkah, wasiat dan harta pusaka), dan undang-undang berkaitan sivil dan jenayah.

Melalui program ini juga katanya, peguam-peguam terlibat dapat menjalankan tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat.

“Khidmat nasihat dan rundingan yang diberikan akan berunsurkan kepada panduan tepat bagaimana dan di mana mereka boleh mendapatkan kembali hak mereka atau menyelesaikan masalah mereka.

“Malah daripada sesi itu kita akan cuba membantu mendapatkan khidmat guaman ke mahkamah dengan bayaran minimum jika mereka ingin membawa kes itu ke mahkamah,” ujarnya.

Sementara itu, Jawhar Ali berkata, buat permulaan program ini akan diadakan dua kali sebulan iaitu pada setiap Jumaat minggu kedua dan ketiga di Restoran Ali Maju, Sri Rampai, Setapak, di sini.

Program yang akan bermula lusa ini pada pukul 3 hingga 6 petang turut akan disertai tujuh peguam berpengalaman membantu dan memberi khidmat nasihat guaman kepada orang ramai yang datang ke restoran itu.

“Buat masa ini kita akan bermula di restoran di Setapak dan beberapa lagi cawangan di Lembah Klang. Jika mendapat sambutan yang menggalakkan kita akan meneruskan program ini ke seluruh negara.

“Malah kita akan menyediakan makan dan minuman secara percuma kepada pelanggan yang singgah ke kaunter SUKAGUAM,” katanya.

22 comments

1 julia bt abdullah { 04.18.11 at 3:36 pm }

salam ,saya seorang ibu tunggal yang menyara anak seramai 5 orang,dengan pendapatan sebanyak rm20 ,saya tak tahu mcmna cara untuk mendapat nafkah dari si bapa,boleh tolong

2 admin { 04.18.11 at 4:22 pm }

Sila puan emel kepada SUKAGUAM di alamat emel ini: sukaguam@gmail.com atau pergi ke restoran Ali Maju di Wangsa Maju untuk dapatkan maklumat lanjut pada setiap minggu pertama dan ketiga hari jumaat setiap bulan.

3 muhammad hazizan bin aris { 07.25.11 at 8:28 pm }

saya telah bercerai dengan isteri saya hampir memasuki 8 bulan oleh kehendak isteri saya atas sebab pelbagai alasan…tetapi sampai hari ini saya tidak diizinkan untuk berjumpa anak2 saya… untuk bercakap dalam telefon pon tidak dibenarkan… dia telah menggunakan lawyer untuk apa jua urusan… sedangkan saya tijak mampu untuk bberbuat demikian….apa yang harus saya lakukan… sedangkan dalam perjanjian saya dibenarkan melihat… hancur hati rasanya apabila tidak dapat melihat anak sendiri… dah lah hak penjagaan jatuh kepada beliau yang man menggunakan khidmat guaman.. sedangkan saya tidak mampu untuk mengunakan lawyer… apa adakah pengadilan dimahkamah ini menggutamakan orang yang ada duit…dan orang yang miskin ditindas… tiada pengadilan langsung… apa salah nya salah jika hak penjaggaan seorang anak diberikan kepada saya…sedangkan anak ada tiga… bantulah beri pandangan

4 mustaffa bin abd.manaf { 09.04.11 at 4:45 pm }

Saya onggota APMM yang berpangkat Pegawai Waran ll, telah dibuang kerja dengan kejamnya, dengan memalsukan rekod perkhidmatan saya oleh bahagian tatatertib APMM kepada SPA. Saya ditumbuk oleh ketua jabatan sehingga cacat kekal dikelopak mata kanan saya. Pihak polis sampai sekarangpun belum bawa kes keMahkamah. Sudah campurtangan perdana menteri, tapi sehingga sekarang tiada pembelaan. Saya tak mampu untuk ambil peguam kerana bayaran yang diminta amat mahal sehingga RM25,000 dan selesai kes 5 persen lagi. Saya dibuang kerja pada 18 feb 2011, kemudian saya membuat rayuan kepada SPA, Pihak SPA membuat keputusan pada masyuaratnya pada 6 Jun 2011 memutuskan saya bersalah dan hukuman buang kerja dari APMM dikekalkan, juga pihak SPA tidak membuat siasatan. Surat dari SPA saya terima pada jam 4.30 petang bersamaan 28 July 2011. Saya amat memerlukan peguam . saya dah 26 tahun berkhidmat, dibuang bergitu saja tanpa pencen, yang bersalah bermaharajalela, yang tak bersalah hidup bagai pengemis tanpa pekerjaan. minta bantuan tuan. terima kasih. Dari kota kinabalu sabah. Tel. No. 017-5027172

5 linda { 09.09.11 at 4:06 pm }

masalah pembahagian tanah genarasi kedua felda.minta sisatan dilakukan,
disyaki ada rasuah berlaku.
telah membuat aduan kepada pehak tertentu tetapi tiada tindakan yang di ambil.

terimakasih

6 Aliah Majid { 10.06.11 at 1:35 pm }

As salam tuan,

Saya ada emailkan masalah saya ke sukaguam@gmail.com.

Minta bantuan tuan untuk menilai dan membantu saya yang teranaiya

ini. Terima kasih.

7 sulaiman hamzah { 11.03.11 at 9:10 pm }

INGIN MENDAPAT KHIDMAT SUKAGUAM. HARAP DAPAT JUMPA

8 s.noor asikin binti ramle { 12.18.11 at 5:07 pm }

sila hubumgi sya berhubung tentang kes pembahagian harta pusaka keturunan keluarga saya yg masih belum diterima oleh saya dalam beberapa tahun ini.segala dokumen yg berkaitan ada di dalam simpanan saya.saya khuatir saya di pinggirkan sebagai waris oleh keluarga saya. mohon bantuan dari pihak tuan dpat menyelesaikan masalah yang saya alami sehingga sekarang ini.

9 s.noor asikin binti ramle { 12.18.11 at 5:09 pm }

no telefon saya untuk keterangan lanjut 0172536260 atau 0197690436 sekian t.kasih

10 S.Noor Asikin bt Ramle { 01.08.12 at 6:14 pm }

minta hubungi saya berhubung kes pembahgian harta pusaka, UNGKU FATIMAH BT UNGKU ABDUL RAHMAN IBNI ALMARHUM TEMENGGONG DAING IBRAHIM. Di mana saya adalah salah seorang waris dari keturunan berikut yang mana, nama saya telah tersenarai di dalam surat pengesahan pembahagian harta pusaka tersebut. Segala dokumen yang berkaitan ada di dalam simpanan saya berserta surat pengesahan status saya dari kerajaan negeri johor. Kes pembahagian harta pusaka ini telah berlanjutan selama beberapa tahun,tanpa saya ketahui maklumat yang tepat. Saya risau jika terdapat sebarang perkara yang tidak diingini berlaku atau peminggiran hak waris.Saya mohon agar pihak tuan dapat membantu saya dalam menyelesaikan kes pembahagian harta tersebut.sila hubungi saya dengan segera di talian 0172536260 atau 0197690436

11 rosilah { 01.22.12 at 1:17 am }

salam…
sya telah menjadi penjamin kepada kawan sya untuk pinjaman kereta.sekarang pihak yg memberi pinjaman hendak menyaman saya kerana gagal mencari peminjam.apa yg sya perlu lakukan?

12 ABDUL MALEK { 01.27.12 at 12:11 pm }

NGIN MENDAPAT KHIDMAT SUKAGUAM. HARAP DAPAT JUMPA

sya telah menjadi PEMILIK KERETA kepada kawan sya untuk kereta yg di pakainya atas tujuan tertentu.sekarang pihak bank mencari saya atas sebab dia tidak membayarnya? spadahal kereta itu sekali pon saya tidak memakainya? hutang tertunggak rm14 ribu lebih apa yg perlu saya lakukan untuk menjelaskan.

13 ABDUL MALEK { 01.27.12 at 12:13 pm }

terbaru harian metro 27/1/2012 penangan artis bankrap 1 juta di muka depan,
kes yg lebih kurang mcm saya

14 wan { 02.24.12 at 12:39 am }

Assalamualaikum…
Saya mempunyai seorg kwn yg mempunyai masalah mengenai harta pusaka..kwn sye ni telah kehilangan ibu trcinta sebulan yang lpas..selepas ibunya meninggal dia ingin mendapatkn geran rumah yg didiaminya itu daripada kakaknye utk simpanan, dan diberitahu oleh kakaknye yang kwn sye ini tiada hak keatas rumah pusaka itu..dan kakaknye memberitahu kwn sye yg bile2 msa shja die bleh di halau dri rumah itu…kwn sye ini tidak mmpunyai pekerjaan tetap buat mse skrg….bagaimana cranye untuk membantu kwn saya dalam mslh ini…

15 zainudin muda { 02.25.12 at 5:57 pm }

salam.
Pada 17/2/2012 saya telah menerima notis jpj (p) 22 yang bertarikh 5/2/2012 menyatakan saya gagal untuk hadir diri ke jpj. Saya tidak menerima notis panggilan temusiasat bertarikh 30 jun 2010.notis, yang dihantar oleh jpj yang menyatakan saya melanggar peraturan lalulintas ( no entry),tiada lesen kenderaan motor dan tiada insuran pada 8/6/2010 jam 8.24 pagi melalui gambar yang ditunjukkan kepada saya, Tetapi tempat kejadian yang dinyatakan dalam notis temusiasat adalah berbeza dengan tempat kejadian sebenar yang ditunjukan melalui gambar. Saya binggung sebab kes dah lama baru jpj hantar notis dan terus saman gagal patuhi seksyen 114 akta pengangkutan jalan 1987 .
Boleh minta pandangan

16 azizah { 03.05.12 at 3:02 pm }

tuan,
pada tahun 2007 saya telah berpisah dgn suami..di depan peguam dia dan saya, dia kata nakkan rumah yang dia dan saya beli bersama kalau tidak dia akan rampas anak dari saya…masalahnya sekarang, dia dah tak mampu bayar rumah tu, dan nama saya yang sepatutnya digugurkan dalam urusan jual beli belum dibuat olehnya. Sekarang rumah tu dah pun diambil tindakan undang2 dan nama saya pun terbabit sama…perintah undang2 hari tu pun saya dah bagi kat bank, namun hampa kerana pihak bank berkata ayat2 dalam perintah tu tak kuat….saya dah tak mampu nak bayar kos guaman yang jumlahnya dalam anggaran 5 ribu…. dahlah masa dia ceraikan saya, saya telah menanggung hutang yang atas nama saya ( pinjaman dibuat disuruh oelh bekas suami)… tolonglah saya, kalau rumah tu tak ada orang beli, saya akan di isytiharkan bankrup.

17 nor hidayah md dan { 03.16.12 at 9:21 am }

salam.. nama saya nor hidayah binti md dan.saya ingin bertanya layak kah saya menyaman majikan saya?

saya telah bekerja dengan sebuah koperasi di bandar baru bangi hampir 2 tahun. saya di berhentikan kerja atas alasan kecuaian. terdapat 2 kes yang terjadi semasa saya bekerja di situ. kali pertama duit jualan telah hilang sebanyak rm1300 dan saya telah melaporkan kepada pihak atasan dan meminta pihak atasan membenarkan saya membuat laporan polis. kejadian bekenaan terjada pada 16/12/2011 lebih kurang sebulan sebelum saya berkahwin. tetapi pihak atasan tidak membenarkan saya melaporkan kejadian kepada pihak polis kerana ingin menjaga nama baik koperasi. tetapi bagaimana nama baik saya tidak dipedulikan oleh koperasi berkenaan. tarikh berkahwin saya adalah pada 21/1/2012.kali ke 2 pula terjadi 2 hari sebelum kenduri sebelah lelaki. kali ini jumlah yang amat besar membuatkan koperasi menjadi riuh rendah diatas kehilangan wang berjumlah rm21,334.61. wang berkenaan hilang didalam peti besi dan yang memegang kunci peti besi hanyalah saya dan juga ketua pembantu stesyen minyak.selepas kehilangan wang berkenaan, pihak pengurusan telah membuat laporan polis dan pada malam 2/2/2012 saya diminta memberi keterangan di balai polis kajang. setelah saya memberi keterangan di balai, saya adalah orang yang disyaki bersama pembantu saya. saya telah di gari dan dibawa ke stesyen minyak untuk mencari semula wang berkenaan. akhirnya memang didapati wang berkenaan tiada. oleh itu, 2 orang pihak polis teleh memberi pilihan kepada wakil pihak pengurusan iaitu pengurus kanan perniagaan, sama ada membuat siasatan dalaman dahulu kerana anggota polis berkenaan mengetahui saya akan bersanding pada 4/2/2012, tetapi wakil pihak pengurusan mengatakan, dia menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis. saya dan pembantu saya sekali lagi dibawa ke balai polis kajang untuk ditahan reman, tetapi saya memohon kepada pihak polis agar melepaskan saya. anggota polis berkenaan berkata dia akan berbincang dengan pihak atasan. dan alhamdullilah saya dilepaskan. selepas saya dilepaskan, saya menjadi agar tertekan dan takut kerana pihak polis berkata kemungkinan saya akan ditahan reman selepas majlis kenduri. selepas itu, saya tidak datang bekerja kerana takut akan wang hilang lagi. pada 3/2/2012 saya telah mula bercuti kahwin. cuti kahwin saya sepatutnya sampai hari selasa 7/2/2012. tetapi disebabkan kejadian berkenaan saya telah tidak hadir ke tempat kerja tanpa memberitahu kepada sesiapa pun.saya tidak hadir kerana saya takut apa-apa akan berlaku semasa saya berada ditempat kerja. saya juga tidak dapat tidur malam dan sentiasa teringat akan kejadian berkenaan. saya mula bekerja semula pada 13/2/2012 tetapi saya dipanggil oleh HR dan digantung kerja selama 14 hari dengan gaji dibayar separuh untuk menjalankan siasatan dalaman. pada 23/2/2012 saya telah dipanggil untuk ke mahkamah koperasi berkenaan. saya disoal siasat oleh ahli lembaga koperasi. setelah selesai mahkamah bersidang, pengerusi mengatakan apa jawapan akan diberitahu kemudian. pada 24/2/2012 saya telah mendapat panggilan daripada koperasi meminta saya mengambil surat akan keputusan siasatan dalaman berkenaan. surat berkenaan telah di email kan kepada saya bertarikh 23/2/2012 dan saya diberhentikan bermula 24/2/2012 diatas alasan kecuaian. dan sampai sekarang 14/3/2012 gaji saya masih tidak dibayar. apabila saya dibuang kerja, saya menjadi lebih tertekan dan serabut kerana dengan kehilangan pekerjaan, wang untuk saya membayar hutang untuk setiap bulan tidak dapat saya lakukan dan saya juga tidak mempunyai simpanan. sekarang saya hanya bergantung kepada suami saya yang bergaji rm1200.00 sebulan. dengan hutang yang saya ada, saya terpaksa meminjam dengan orang untuk menampung dan membeli barangan dapur. sekarang untuk mebayar duit rumah sewa pun saya dan suami tidak mampu. akhir bulan ini, saya akan keluar dari rumah sewa, keran tidak mampu untuk membayar dan sekarang saya dan suami saya juga tidak mempunyai wang untuk menyewa rumah lain. keadaan sekeliling membuat saya bertambah tertekan. saya harap datuk dapat membantu saya dalam kes saya ini. saya juga mohon datuk tunjuk ajar saya apa yang patut saya lakukan. saya juga ingin membersih nama saya di koperasi kerana terdapat juga orang berkata wang yang hilang di ambil oleh saya sendiri. seandainya pihak tuan dapat membantu saya amat bersyukur. disini saya sertakan no hp saya sekali.
sekian, terima kasih. assalammualaikum

no h/p: 013-6351006

18 admin { 03.16.12 at 12:19 pm }

Di minta terus berhubung dengan Sukaguam…Dicadangkan emelkan kandungan ke atas terus ke sukaguam@gmail.com Kami di KL-Today hanya melaporkan bahan-bahan berita dan maklumat sahaja. Terima kasih

19 ash { 03.27.12 at 12:12 am }

Kepada sesiapa yang memerlukan khidmat guaman secara percuma selain dari sukaguam, anda boleh menghubungi Jabatan Bantuan Guaman kelolaan Jabatan Perdana Menteri, boleh rujuk di laman web http://www.jbg.gov.my atau Biro Bantuan Guaman kelolaan Majlis Peguam Malaysia (Bar Council), boleh rujuk di kllac.com….Sekian..

20 mohd.ali bin mohamad { 06.15.12 at 12:00 am }

assalamualaikum,

anak perempuan saya dipukul di hadapan rumahnya olih dua orang wanita.
apakah tindakan undang undang yang bole saya ambil?

21 Anastasya { 07.09.12 at 10:38 pm }

Assalam dan selamat sejahtera.

Boleh saya dapatkan contact number selain daripada email ?
Saya ingin dapatkan khidmat guaman untuk rakan saya yang dianiaya oleh majikannya.
Your concern is my pleasure.

22 marhayu { 08.16.12 at 1:12 pm }

pada tahun 2004 saya telah membayar 10% deposit untuk membeli rumah kos rendah yang ditawarkar kepada saya Oleh UniCreation.
setelah projek tersebut terbengkalai ia diambil alih oled ECL Management.
Seteleh mengambil alih pihak ECL mengubah rumah tersebut rumah kos sederhana dengan meminta kami membayar extra. Kerana kami tidak bersetuju saya tidak diberi pilihan mengekalkan lokasi rumah tersebut iaitu di tingkat dua. Saya juga difahamkan yang jumlah pangsapuri yang dibina adalah berkurangan iaitu tidak mengikut rancangan asal.
Jika saya ingin membatalkan niat untuk memiliki rumah tersebut dan ingin menuntut kembali wang yang terlebih bayar kepada Unicreation, bagaimanakan carany? Saya difahamkan wang saya hanya akan dibayar selepas pihak pemaju berjaya menjual unit kepunyaan saya. Bagaiman jika unit tersebut telah dibatalkan pembinaannya kerana jumlah blok yang dikurangkan ?