Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Hadiah Rolls Royce: Dedah pelaku video

Orang ramai ditawarkan sebuah kereta mewah jenis Rolls Royce jika dapat membawa seorang yang mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya didakwa sebagai  pelaku klip video seks. Tawaran itu dibuat oleh Pengerusi Parti Kesejahteraan Tanah Air (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim memandangkan Anwar sebelum ini menafikan bahawa dirinya adalah pelaku dalam klip video berkenaan.

Bagaimanapun menurut Zamil tawaran itu akan berakhir 10 Jun depan dan tiga orang panel khas akan dijemput untuk membuat penilaian bagi mengesahkan pelaku itu.

Zamil berkata tiga penel termasuklah ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Presiden Kita Datuk Zaid Ibrahim dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan yang juga Senator Dewan Negara Ezam Mohd Nor.

Menurut Zamil, ketiga-tiga panel itu akan dijemput untuk mengesahkan entiti pelaku itu memandangkan mereka merupakan kenalan rapat Anwar.

“Anwar beri kenyataan bahawa pelaku dalam video seks itu bukan dia, muka hanya mirip saya. Anwar sendiri bermati-matian menafikan bahawa dia adalah pelakunya.

“Siapa yang mirip dia kalau pelaku itu adalah dia? Maka parti Kita Kedah nak tamatkan sandiwara Anwar…..dia tidak mahu mengaku sedangkan polis sudah kata video adalah tulen. Tapi Anwar tetap dengan sandiwaranya dengan buat laporan polis yang palsu.

Zamil menjelaskan beliau bertindak sedemikian untuk menamatkan kontroversi yang masih berpanjangan mengenai ‘siapa’ pelaku dalam video seks tersebut.

Beliau turut mencabar Anwar mahupun penyokong setia PKR untuk menampilkan pelaku yang mirip dengan pemimpin pembangkang itu.

“Saya cabar Anwar agar bercakap benar mengenai hal ini. Janganlah sentiasa berbohong sepanjang hidupnya. Hanya penyokong beliau yang masih tidak buka mata sedangkan hakikatnya rakyat sudah bosan dengan perlakuan peribadi Anwar ini.

“Maka saya tawarkan kereta Rolls Rocyce milik saya kepada mana-mana individu yang dapat menampilkan pelaku yang mirip seperti Anwar.

“Saya jemput penyokong-penyokong setia PKR serta Anwar sendiri untuk tampilkan pelaku dalam video seks itu sebagai bukti kepada penafiannya,” katanya lagi.

1 comment

1 tok Wan { 05.28.11 at 12:36 am }

alahai zamil……. sekolah mane dulu…