Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Video: Anwar dihalang polis di Klang

Polis berjaya membatalkan ceramah anjuran Pakatan Rakyat, namun gagal menghalang Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dari bertemu rakyat jelata. Ceramah Muafakat Rakyat Anti Politik Fitnah & Lucah yang berlangsung di Markas PAS Taman Teluk Gadung Indah malam tadi turut ‘disertai’ lebih seratus anggota Polis dengan 3 buah trak, seolah- olah dalam operasi menangkap pendatang tanpa izin.

Diketuai Ketua Polis Daerah Klang Assistant Commisioner Mohammad Mat Yusop, mereka bertindak menghentikan program ini atas alasan tiada permit polis.

Tindakan polis mematikan sistem audio semasa Timbalan Presiden, Azmin Ali berucap menyebabkan lebih seribu hadirin yang hadir memberontak.

Namun Azmin berjaya menenangkan keadaan dan berucap tanpa menggunakan sistem pembesar suara sebelum sekali lagi dihalang polis.




Penasihat Ekonomi Selangor itu menganggap tindakan akhbar milik UMNO Utusan Malaysia menyiarkan mengenai ada usaha untuk menjadikan Krisitian sebagai agama rasmi Malaysia dengan mengaitkan dengan Pakatan Rakyat sebagai langkah ‘terdesak’ daripada parti perkauman itu yang kian kehilangan sokongan rakyat.

Menurut Anwar, UMNO jelas cuba memainkan sentimen perkauman dan meracuni pemikiran orang Melayu dalam mengekalkan kuasa mereka.

“Tetapi UMNO cuba racun pemikiran orang Melayu. Maknanya, bila kita lawan dalam keadaan parti itu (UMNO) terdesak, mereka akan lakukan tindakan- tindakan terdesak. Mula- mula video, sekarang ini isu agama pula,” tegas Anwar ketika berucap di majlis Himpunan India Malaysia di Dewan Hamzah dekat sini semalam.

Laporan muka hadapan Utusan Malaysia 7 Mei itu antara lain menyindir ahli parlimen Jelutong dari DAP, Jeff Ooi sebagai penganjur sidang paderi yang dikatakan mengatur konspirasi memartabatkan Kristian sebagai agama rasmi Negara.

Laporan itu diambil dari halaman dua blog dan bukan dibongkar oleh wartawan Utusan.

Bagaimanapun Jeff menafikan dakwaan itu.

Beberapa pemimpin DAP juga akan membuat laporan polis esok berkenaan hal ini.

Anwar menegaskan, Pakatan Rakyat sentiasa menjunjung perlembagaan persekutuan dan mempunyai pendirian jelas menjunjung Islam sebagai agama rasmi.

“Bohong punya UMNO. Tak siapa nak begitu. Hari ini pemimpin PKR, PAS dan DAP ada. Apa pendirian kita? Kita terima Islam sebagai agama Persekutuan tapi kita perlu pertahankan hak semua kaum dan agama. Itu mesti dipertahankan ikut perlembagaan negara kita,” kata Anwar.

Menurut Anwar lagi,pemimpin UMNO khususnya Presidennya Datuk Seri Najib Razak harus tidak berpeluk tubuh dan cuba mengelak daripada menyelesaikan kontroversi ini.

“Kita kena ingat UMNO makin terdesak. Hari ini, ada orang marah utusan Malaysia. Jangan lupa Utusan adalah akhbar UMNO. Presiden UMNO Najib. Kenapa nak tunjuk diri sebagai bapa 1 Malaysia? Hipokrasi jelas,” kata Anwar lagi.

1 comment

1 anua othman { 05.09.11 at 7:34 am }

Inilah salah satu kaedah yang di katakan PM UMNO gunakan apa cara sekalipun untuk merampas Selangor.Maka rakyat Selangor jangan gentar nilaikan apa yang berjaya di laksanakan PR dalam tempoh singkat memerintah Selangor.