Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

10 ditahan pakai baju kuning tadi

Datuk Seri Najib Tun Razak dan jemaah menteri pada Rabu menaiki kereta api laju Express Rail Link (ERL) dari Putrajaya ke stesen KL Sentral untuk melancarkan kempen Kibar Jalur Gemilang. Beliau dan rombongan yang sebelum itu dibawa dengan bas dari Pejabat Perdana Menteri ke Stesen Putrajaya Sentral pada 2.10 petang disambut oleh 1,000 orang yang menunggu sejak 11 pagi.

Najib bersama Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri lain meluangkan masa beramah mesra dan bersalam-salaman dengan orang ramai di stesen itu.

Perjalanan dari Stesen Putrajaya Sentral ke KL Sentral mengambil masa 35 minit.

Sepuluh orang termasuk pembantu ahli parlimen Ampang dan pemimpin pemuda PKR ditangkap di KL Sentral petang ini kerana berpakaian kuning dan cuba menyerahkan memorandum tuntutan BERSIH 2.0 kepada Perdana Menteri.

Mohd Fareez Kamal Intidzam, pembantu kepada Zuraida Kamaruddin, ditahan oleh sekumpulan anggota polis sejurus sebelum ketibaan Najib dan rombongannya.

“Ironinya, seorang daripada kami memakai jersi bolasepak pasukan Malaysia dan saya sendiri memakai warna merah ‘Patriot’ ketika kami ditangkap,” kata Fareez.

Semua mereka yang ditahan kemudiannya dibawa ke balai polis Travers.

Selain Fareez, timbalan ketua penerangan pemuda PKR Rozan Azem Mat Rasip adalah antara mereka yang ditangkap.

1 comment

1 10 DITAHAN PAKAI BAJU KUNING | TukarTiub | Berita Terkini Malaysia | TukarTiub { 08.04.11 at 6:07 am }

[...] kl-today [...]