Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

KPN dahului penerima pingat Pulau Pinang

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mendahului senarai 1,112 penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan sempena sambutan ulang tahun Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas yang ke-73 hari ini.  Beliau adalah antara dua orang yang dianugerahkan Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri. Yang turut menerima darjah yang sama ialah, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, lapor Bernama Online.

Menurut senarai yang dikeluarkan Bahagian Dewan Undangan Negeri, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, 10 orang pula dianugerahkan Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang juga membawa gelaran Datuk Seri.

Mereka ialah Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Jeneral Tan Sri Rodzali Daud; Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Strategik) di Unit Penyelarasan, Jabatan Perdana Menteri Datuk Ab Ghani Ariffin; Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB), Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh; Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Zainal Rahim Seman; tokoh Dewan Perniagaan Cina, Datuk Choot Ewe Seng; Ahli Majlis Jawatankuasa Penasihat Kebangsaan Perbankan Islam dan Takaful Bank Negara Malaysia Datuk Hassan Ahmad.

Penerima yang lain ialah Ahli Toastmaster International Datuk Lim Su Tong @ Lim Chee Tong; Naib Canselor Uniten Prof Datuk Ir Dr Mashkuri Yaacob; Pengerusi Eksekutif Persatuan Buddhist Malaysia Seck Jit Heng dan Pengerusi Lembaga Sekolah Chung Ling High dan Pengarah Kehormat Sekolah Jit Sin di Bukit Mertajam Datuk Tan Bong Pin @ Tan Ah Bah.

Empat penerima Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri (DMPN) yang membawa gelaran Datuk pula termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang Datuk Farizan Darus dan Pengerusi Persatuan Anak Melayu Pulau Pinang di Kuala Lumpur dan Selangor Datuk Zainul Azman Zainul Aziz.

Sebanyak 52 orang pula menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN), yang turut membawa gelaran Datuk.

Mereka termasuk pemain bola sepak legenda negara Namat Abdullah; Pengarah Institut Perubatan Respiratori (IPR) Datuk Dr Abdul Razak Abdul Muttalif; Pengarah Eksekutif Dijaya Land Development Sdn Bhd Khoo Poh Chye; Pengarah Suffolk House Gary Nair; bekas ketua pembangkang Abdul Rahman Kadir.

Ketua Pegawai Semboyan Angkatan Tentera Malaysia Brig-Jen Ahmad Hadiatullah Maknun Ridzuan; Panglima Briged Sempadan Brid-Jen Azlan Abdul Rahman; Pengarah bahagian khidmat pengurusan di Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Amir Abdul Hamid; Pengarah Urusan Habib Jewels Sdn Bhd Datuk Meer Sadik Datuk Habib Mohamed; Pegawai Kewangan Negeri Mokhtar Mohd Jait; Pegawai Memerintah dan Pakar bedah ENT Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan; Brig Jeneral Dr Muhammad Abu Bakar.

Sebanyak 73 orang menerima Darjah Johan Negeri (DJN), 34 penerima Bintang Cemerlang Negeri (BCN), 197 penerima Pingat Kelakuan Terpuji (PKT), 346 penerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK), 289 penerima Pingat Jasa Masyarakat (PJM) dan 105 penerima Pingat Bakti Setia (PBS).

1 comment

1 Pendekar Halilintar { 07.09.11 at 9:37 pm }

KPN kena amik ujian matematik sebab tadi petang dia kira baru 6 ribu orang aja. Macam pelik aja cara dia mengira.. Camne nak amik anugerah kalau mengira pun susah…