Ambiga: Hak minoriti kena dipertahan

Posted by admin on November 5th, 2011

Bekas pengerusi Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan hari ini mempertahankan penganjur program Seksualiti Merdeka, dengan menegaskan perlunya menghormati hak golongan minoriti.Ambiga juga menjelaskan bahawa beliau bukan penganjur program itu, tetapi telah dijemput untuk merasmikannya pada 9 November atas sifat peribadinya.Tujuan program Seksualiti Merdeka, katanya, adalah untuk memberi platform kepada komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender yang terpinggir untuk menyuarakan diskriminasi yang dihadapi dalam kehidupan seharian mereka.
“Ianya bukanlah satu program untuk menggalakkan homoseksual,” katanya sambil menambah, beliau mengambil kira pendirian agama-agama utama mengenai isu homoseksual.

“Tetapi ini tidak bermakna kita tidak boleh menunjukkan kefahaman dan sensitivi terhadap komuniti terpinggir yang mengalami penindasan dan penderaan mental dan malah fizikal kerana keadaan mereka.

“Ia tidak bermakna mereka tidak mempunyai hak,” tegasnya.

Ambiga dan penganjur program itu menjadi sasaran, dengan PERKASA dan gabungan NGO Islam membuat laporan polis.

Malah PERKASA telah melabelkan Ambiga sebagai ‘dajal’ dan mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan terhadapnya dan pihak penganjur.

PERKASA juga menggesa supaya Ambiga ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Semalam, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar mengumumkan pengharaman program itu atas sebab-sebab ketenteraman awam.

Berikutan keputusan itu, polis telah bertindak menghentikan sebuah forum malam tadi bertajuk ‘Sembilan hingga Lima: Hak Seksualiti di Tempat Kerja’.

One comment so far



» Comment by Budak Kampung on Nov 7, 2011 - 01:11:15

AMBIGA SILAP PEMAHAMAN HAK ASASI MANUSIA
—————————————————————————

Bukan niat mahu mengajar Ambiga yang menerima anugerah Noble tentang hak asasi manusia, sedangkan beliau bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia dan lebih arif tentang kehidupan serta tatasusila kemanusiaan. Apakah niat beliau untuk memperjuangkan hak minoriti sedangkan apa yang mereka lakukan tidaklah sesuai sebagai manusia.

Apakah yang difahami oleh pejuang hak asasi manusia sedangkan kita menerangkan etika manusia. Tidak pernah terjadi di kalangan manusia mengenai hubungan kaum sejenis kerana hal ini sebenarnya diluar batas tabiie manusia atau luar tabie. Apa yang nyata Ambiga mesti lebih memahami jika beliau membela nasib golongan gay dan lesbian ini akan menyebabkan dunia ini tidak 100% mendapat hak asasi manusia kerana hak asasi adalah menurut landasan kemanusiaan dan bukan luar tabie.

1. Hak wanita yang mahu dinikahi oleh kaum lelaki, sedangkan jika lelaki suka kaum sejenis adakah hak mereka sebagai wanita yang mahukan zuriat dapat dilaksanakan. Hal ini secara jelas melanggar hak asasi manusia.

2. Sebaliknya hak lelaki yang mahu menikahi wanita dan memerlukan ibu untuk melahirkan pewaris. Adakah akan terhasil pewaris negara dan bangsa apabila semua wanita mengamalkan hubungan sejenis atau lesbian? Jelas, semua lelaki dan wanita yang memerlukan hak asasi sebagai manusia yang mahukan keluarga dan pewaris akan mengalami penganiayaan secara raksaksa.

3. Hak seorang ayah, di mana zuriat hasil daripada DNA mereka sendiri dan bukan anak angkat seperti mana dilakukan oleh kebanyakan golongan gay.

4. Hak seorang ibu, yang mana mahu memberikan belaian kasih sayang agar dunia ini lebih aman dan harmoni.

5. Hak Pencipta terhadap seluruh hambanya tidak kira mereka itu bangsa, agama dan negara apa sekali pun. Kita mestilah menyembah Tuhan pencipta alam semesta. Tuhan memberikan kita nafsu dan akal serta fikiran yang waras di samping memberikan keseluruhan kelebihan untuk lelaki dan wanita menjalin hubungan kasih dan sayang. Fikirkanlah Ambiga, tidak Tuhan ciptakan Adam dan Hawa untuk menyintai kaum sejenisnya melainkan hanya bisikan dan pujukan syaitan yang direjam Tuhan Pencipta Alam.

Sekiranya Ambiga sedar akan hak asasi manusia sebenarnya, beliau lebih bertindak mengajak ke arah kebaikan dan memulihkan hubungan sesama insan yang memerlukan kasih dan sayang. Jangan terlalu memikirkan kehidupan yang sementara ini kerana HAK KITA SESAMA MANUSIA adalah mengajak kepada kebenaran mengikut hukum Tuhan dan bukan menggalakkan kesesatan. Jangan jadikan Hak Asasi Rakyat Malaysia jambatan DAJAL untuk menjerumuskan kita di neraka jahanam.

Semoga Ambiga dan kaum semua sedar bahawa kita hidup di dunia ini berlandaskan Hak Sesama Manusia dan Ambiga mestilah faham bahawa hak minoriti yang sesat itu mesti menghormati hak majoriti rakyat di Malaysia. Semoga Malaysia dihindari dari gejala negatif ini agar tidak dijadikan sepertimana Tuhan menghilangkan kaum Luth dari muka bumi ini. Salam kebenaran untuk semua manusia di muka bumi ini.