Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Makanan punca skuad Malaysia lemah?

Penganalisis Strategi Sukan

Apabila menang sebuah pasukan itu dipuji melangit, apabila tewas dikutuk sehingga sampai ke dasar laut. Bukan salah padang atau salah jurulatih atau salah pemain. Mungkin juga bukan salah Kementerian Belia dan Sukan malahan tidak mungkin salah FAM. Di dalam mengadaptasikan strategi permainan bolasepak ramai yang tersalah pandang dan komen. Bukan kerana habuan yang besar dinantikan oleh pemain, malahan permainan di peringkat antarabangsa secara tidak langsung mengukir nama pemain dan laku di peringkat kelab dan negeri sehingga ada yang sanggup digajikan berpuluh ribu ringgit.

Jagoan kampung bukan matlamat mereka, malahan jika ditanya dari pembancuh air hingga ke peringkat Presiden FAM sendiri, matlamat dan Impian mereka mahu ke peringkat perlawanan akhir sukan Olimpik dan Worldcup. Jika dicurahkan segala wang dan ringgit sudah beratus juta malahan berbillion bagi meningkatkan taraf mutu kesukanan negara terutama di dalam arena bolasepak. Tetapi, penonton yang mengharapkan kemenangan demi kemenangan dicipta hanya mampu bergembira dan bersorak beberapa hari selepas kemenangan Sukan Sea sebelum dibenamkan oleh Syria dan Bahrin.

Persoalan yang jelas, adakah permainan Syria dan Bahrin itu hebat sangat sehingga akhirnya hanya telur sahaja yang dibawa di dalam misi pencarian mata. Pantas dan tangkas sudah adat permainan bolasepak masa kini. Jika dikaji EPL, JL, Serie A dan malahan liga tempatan permainan rancak sebenarnya yang menambat penonton dibangku stadium dan di depan kaca tv. Penantian akhirnya masih tetap sama kekalahan demi kekalahan dilalui oleh pemain Harimau Muda yang sepatutnya mengaumkan lagi nama 1 Malaysia.

Jelas, stamina dan ketahanan tubuh badan pokok dan punca kekalahan. Bukan bermaksud saiz yang kecil tetapi kegagalan pemain-pemain harimau muda yang seakan-akan tiada anti body yang cukup menyebabkan kita tetap GAGAL walaupun sepuluh tahun lagi. Kerancakan dan ketahanan pasukan Malaysia hanya mampu bertahan sepanjang 45 minit sahaja tetapi mulai semakin menurun sehingga ke paras bateri yang sangat lemah apabila sudah menghampiri minit ke 90.

Jangan dimarah budak-budak bermain kotak, bermain kotak di atas bukit, jangan dimarah budak-budak bermain rancak, bermain rancak akhirnya pancit. Dihujungnya tetap juga kekalahan, masa dan suara penonton habiskan untuk bersorak akhirnya tetap tewas walaupun pemain harimau muda berjuang tanpa henti.

Analisis sukan menunjukkan daya ketahanan stamina barisan pemain Malaysia sudah tiada lagi. Mengapa? Mengapa? dan Mengapa? Ambil satu contoh kejadian yang kerap berlaku apabila tiada ketahanan diri di atas padang. Pastinya berlaku kekejangan otot apabila pergerakan pantas serta permainan rancak. Tatkala keletihan semakin tiba otot-otot gagal berfungsi dengan baik, sehingga urat-urat gagal mengawal tekanan pada otot. Pada ketika itulah akan berlaku kekejangan dan pemain akan mengalami masalah pergerakan. Kebiasaannya pasukan lawan seperti Syria dan Bahrin sudah pandai mengintai kelemahan malahan mereka semua kebanyakannya mempuyai stamina yang tinggi.

Beberapa cadangan sebenarnya mesti dilakukan kepada ahli-ahli sukan tidak kira apa juga sukan. Hasil dari pemerhatian kepada pemain-pemain dan keadaan yang menimpa pemain kita dapat membuat cadangan. Mungkin ada di kalangan kita tidak faham faktor pemakanan. Kebanyakan makanan kita di Malaysia mengandungi asid yang tinggi. Asid adalah merupakan bahan yang menyebabkan kesukaran otot dan juga organ dalaman termasuk jantung bertindak dengan pantas dan cemerlang. Di negara ini gula dan garam adalah sumber asid yang ketara. Cuba larutkan garam masak biasa dan gula ke dalam air RO dan anda pasti akan lihat kesannya ialah kandungan asid yang tinggi. Apabila bercampur dengan asid di dalam perut ia akan menghasilkan gas yang membantutkan kaedah penafasan yang cemerlang. Pernahkah anda sendawa selepas berjogging atau sakit perut seakan-akan senak. Itulah kesan asid.

Bagi membantu pemain-pemain menutralkan asid yang dihasilkan daripada gula dan garam ini, pastikan setiap makanan dan minuman dicampurkan dengan garam buluh KAEM buatan Korea. Pasukan Korea boleh bermain pantas dan berstamina kerana mereka mengamalkan Garam Buluh ini sepanjang masa sebagai menu sama ada di dalam makanan atau minuman. Mengapa Garam Buluh dan Apakah Keistimewaan Garam Buluh? Garam Buluh adalah satu-satunya garam yang bersifat Alkali dan bukan asid seperti garam di rumah atau nutarel. PH garam buluh mampu menuteralkan asid dari gula yang diminum dan asid yang dihasilkan di dalam perut pemain bolasepak. Di samping itu juga ciri-ciri anti oksidan dapat mengurangkan dan menghilangkan kekejangan kepada pergerakan pantas pemain. Garam Buluh bersifat alkali ini mempunyai kemampuan mendetoksifikasikan organ dalaman termasuk menyahkolestrol ahli sukan. Jika kolestrol kurang bermakna tahap kemampuan pernafasan serta perjalanan darah akan berlaku dengan pantas dan baik. Ini, akan meningkatkan mutu pergerakan dan stamina pemain di dalam padang bukan sekadar 90 minit, malahan 180 minit permainan. Akhirnya pemain akan sentiasa bertenaga dan mampu menghasilkan kemenangan disebabkan tiada halangan seperti kekejangan otot dan stamina. Kemenangan pasti dicipta.

Seterusnya, di negara Arab dan Afrika bawang putih atau garlic adalah makanan sumplement untuk bangsa mereka. Garlic adalah juga kesukaan kaum Cina di negara Cina. Kelebihan Garlic yang kini dikapsulkan memberikan kemudahan kepada setiap orang mendapatkan tahap imunisasi yang tinggi. Setiap pemain harimau muda mesti memakan kapsul garlic setiap hari sekurang-kurangnya 4 biji. Garlic yang tidak berbau sangat sesuai bagi mengelakkan bau yang tidak menyeronokkan. Kelebihan garlic selain meningkatkan imunisasi badan ia juga dapat mengelakkan sakit sendi, demam selsema serta menguatkan otot-otot ahli sukan. Orang Syria dan Bahrin bukan menggunakan makanan roti dan nasi mandi untuk menguatkan otot. Mereka menjadikan amalam makan garlic sejak dari zaman kanak-kanak lagi. Disebabkan itu kekuatan fizikal mereka jauh lebih kuat berbading pemain harimau muda. Jika melawan pasukan Indonesia kita seperti Harimau tetapi apabila berhadapan Pak Arab kelihatan kita seperti kucing Garfield yang sukar bertindak hanya kerana kemampuan fizikal.

Di sini sebenarnya bukan masalah taktikal kerana Ong Kim Swee telah berjaya menyuntik strategi dan semangat yang sangat mendalam kepada pemain malahan disuntik juga dengan semangat patriotisma 1 Malaysia. Hakikatnya kita kena mengkaji segala jenis makanan yang sepatutnya diambil oleh pemain harimau muda agar mereka mampu mengaum dengan lantang. Kaji pasukan hebat bukan sahaja teknik latihan malahan makan, minum, mandi dan pakaian mereka juga harus dikaji agar negara kita sentiasa seiring atau lebih maju di masa depan.

Sekian, salam kejayaan untuk Harimau MUDA MALAYA…agar lebih cemerlang dan garang menjelang pusingan kedua Olimpik. Belum terlewat mencuba Garam Buluh, gantikan sahaja garam biasa di dalam makanan dan gula yang diminum serta amalkan Garlic agar lebih sasa dan perkasa. HIDUP HARIMAU MUDA!!!!AAAAUUUUUUUUMMMMMMMMMMM

maclub81@gmail.com

1 comment

1 lalok { 11.29.11 at 1:49 pm }

byk la ko punya garam dan bawang putih..semuanya bergantung kepada pemahaman asas sukan..tak ikut asas, ini lah akibatnya..tidak konsisten..