Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Kisah wanita Melayu cinta lelaki Negro

Bukan sekali, bukan dua kali, malah berkali-kali. Sudah banyak dilaporkan mengenai kebodohan wanita Melayu menjadi mangsa seks ‘Mat Negro’ atau ‘Awang Hitam’ di negara ini. Inilah wanita Melayu, Shana,yang dimaksudkan itu. Jika diukur dari sudut ketampanan, lelaki asing ini mendapat markah paling corot dalam kalangan mana-mana lelaki bukan sahaja di Malaysia, malah Asia.Namun, faktor tarikan seks menyebabkan ramai wanita Melayu menjadi nanar dan kemaruk  menyerahkan batang tubuh tanpa banyak soal.

Natijahnya mereka membuat onar terhadap suami atau ibu bapa sendiri!

Terbaharu ialah seperti pendedahan blog mazidulakmal.com yang menceritakan pengakuan terus terang seorang wanita Melayu (gambar) menjalinkan hubungan seks berkali-kali sejak lebih tujuh bulan lalu dengan Awang Hitam yang diterima sebagai kekasihnya.

Blog berkenaan milik Penerbit Eksekutif TV3, Mazidul Akmal Sidik.

Menurut blog berkenaan, perkara itu terdedah dalam operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di Taman Mas di Putra Perdana, Puchong pada 27 Disember lalu.

Operasi itu bertujuan memberkas warga Nigeria dipercayai terbabit dalam kegiatan penipuan menggunakan Internet.

Dalam operasi itu, pasukan keselamatan menahan kerani operasi berusia 31 tahun dikenali sebagai ‘Shana’ (bukan nama sebenar) di sebuah kilang di situ.

Shana (gambar) berusia 31 tahun berasal dari Raub, Pahang, setelah didesak, mengaku biasa melakukan seks dengan warga Nigeria bernama ‘Iko’. Warga asing itu dipercayai telah memperdayakan ramai mangsa menyalahgunakan Internet dan meraih keuntungan kira-kira RM1 juta.


“Saya bersama (mengadakan hubungan seks) dengan Iko, purata empat kali sebulan, selama lebih tujuh bulan. Pada hujung minggu saya pergi ke rumah dia, lepak dan kemudian check in di hotel bajet di Putra Perdana,” jelas Shana.

Menurut blog berkenaan, wajah Shana ”kelihatan selamba” sahaja ketika berkongsi kisah kehidupannya.

Ketika serbuan ke rumah Iko pula, pasukan itu mendapati bilik teman lelai Shana berbau hapak.

Seperti dicatatkan blog berkenaan:

“Saya berasa amat hairan bagaimanakah gadis tempatan sanggup melepak di ruang hamis serta bersepah seperti itu.

“Barangkali kerana cinta, cinta membutakan mata dan hatinya”.

Telekung milik Shana juga ditemui di rumah itu, dipercayai di bilik Iko.

Pemeriksaan juga menemui petunjuk kemungkinan Iko bercadang membawa pulang Shana ke negaranya pada 17 Disember lalu, mungkin untuk menyambut Krismas di sana.

Menggambarkan lebih lanjut mengenai lelaki asing itu, Shana berkata, Iko “sungguh caring“.

Daripada kisah itu, ternyata makin ramai wanita Melayu menjadi nanar, kemaruk dan culas demi menghirup nikmat seks gila dan terlarang.

Apa yang didengar dan dibaca selama ini hanya secebis; banyak lagi kes seumpama ini, termasuk membabitkan wanita Melayu berwajah cantik dan kaya, tetapi tidak dilaporkan sebaliknya berlaku dalam senyap.

Jika anda seorang wanita Islam yang sedang membaca artikel ini dan turut terbabit dengan seks haram seumpama ini, ingatlah Allah swt sedang memerhati: Dia tidak tidur dan tidak pernah mengantuk.

Apabila tiba detik dan saatnya, balasan Tuhan amat pedih dan menyakitkan!