Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Ahmad Maslan dakwa FGVH untung besar

Timbalan Menteri diJabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan pada Rabu menafikan dakwaan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub sebelum ini yang menyatakan bahawa Felda Global VentureBerhad (FGVH) tidak pernah mencatatkankeuntungan melalui pelaburannya di luar negara.Jelas beliau, nilai keuntungan luar negara yang dicatatkan FGVH seperti yang diumumkan pada persidangan Dewan Rakyat Selasa minggulalu iaitu keuntungan sebelum cukai sebanyak RM203 juta pada 2009 dan RM366 juta pada 2010 telah difailkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan boleh diakses oleh orang awam.

Malah jelas beliau, catatan nilai pelaburan luar negara bagi 2011 kini sedang diaudit dan dijangka selesai penghujung bulan ini.

“Kami yakin angkanya juga menguntungkan, saya tak tahu nak kata berapa…tapi besar angkanya,” katanya pada sidang media di lobiParlimen di sini, Rabu.

Isnin lalu, Salahuddin mencabar Ahmad untuk membuktikan kenyataannya secara bertulis dalam masa tiga hari mengenai keuntungan pelaburan asing FGVH yang telah diumumkannya sebelum ini.
Stor Rumahtangga Untuk Kebahagiaan, Keceriaan & Kenikmatan Hubungan Suami Isteri.
Peraduan Kenali Vimax Original Kanada, Peluang Untuk Memiliki PERCUMA Sebuah Galaxy Note!

Malah Salahuddin yang juga Naib Presiden PAS mendakwa mempunyai dokumen terpeinci mengenai kerugian yang dicatatkan anak syarikat Felda itu.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, pengumuman keuntungan pelaburan luar negara FGVH yang dibuatnya adalah berdasarkan catatan keuntungan secara berkumpulan.

“Biasalah dalam perniagaan ada syarikat untung dan rugi. Tapi yang penting angka saya beri iaitu RM203 juta dan RM366 juta adalah betul,” katanya.