Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Nisbah polis & penduduk bercanggah

Kenyataan Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman,  Datuk Mortadza Nazarene bahawa nisbah anggota polis kepada penduduk di negara ini adalah 1 untuk 500 (1:500) bercanggah dengan jawapan Menteri Dalam Negeri.Sebaliknya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di Parlimen 1 November lalu menyatakan, nisbah anggota polis kepada orang awam adalah seorang anggota polis kepada 270 penduduk (1:270), hampir dengan nisbah disarankan polis antarabangsa (Interpol).

“Saya gusar membaca kenyataan Mortadza yang menyanggah jawapan Menteri Dalam Negeri di Parlimen,” kata Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar.

Sebelum ini, Izzah berkata, jika Pakatan Rakyat mentadbir, pengambilan baru anggota polis akan dibeku kerana nisbah anggota polis dengan penduduk di negara ini melebihi statistik piawaian antarabangsa.

Namun, Mortadza membidas kenyataan itu dan menimbulkan kekeliruan kepada rakyat.

Beliau mendakwa, jumlah anggota polis belum mencukupi dan tindakan membeku pengambilan anggota baharu tidak boleh dilakukan kerana akan menjejas perkhidmatannya kepada masyarakat.

“Justeru, agenda utama Pakatan adalah penugasan semula anggota polis yang bertumpu kepada pencegahan dan siasatan jenayah, digandingkan dengan kenaikan elaun dan peningkatan kebajikan secara am,” kata Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai dalam kenyataan hari ini.