Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

BNM didakwa tindas pengurup wang

Pengurup wang tempatan semalam mendakwa Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 yang diperkenalkan  oleh Bank Negara Malaysia (BNM) menyusahkan dan menindas pengurup diseluruh negara.Seramai 800 pengurup wang yang berdaftar di Malaysia tidak berpuas hati dan mengecam akta tersebut kerana BNM tidak berbincang dan memberikan tempoh masa untuk mereka memahami akta tersebut.

“Akta ini diperkenalkan secara tergesa-gesa,” kata Presiden Persatuan Perniagaan Perkhidmatan Wang Malaysia (PROTEM) Utara Munower Sadiq.

“Malahan BNM tidak pun berbincang dengan pengurup seluruh negara, walaupun ada taklimat diberikan kepada kami ia bukan sesuatu yang mudah untuk memahami atau melaksanakan segala syarat yang ditetapkan tersebut.”

Munower juga memberitahu rata-rata pengurup wang dalam persatuannya mengeluh dan membantah akta tersebut kerana terlalu ketat dan menyusahkan mereka.

“Syarat yang diperkenalkan oleh BNM ini menyusahkan dan tidak munasabah,” tambah beliau.

“Saya beri senario disini dimana syarat tersebut menyatakan setiap pengarah atau pemegang saham dalam sesebuah syarikat pengurup wang adalah merangkumi isteri, anak dan ahli keluarga berdekatan pemilik syarikat.”

Munower kemudiaan menjelaskan jika sesuatu yang berlaku ke atas syarikat pengurup tersebut seperti didakwa atau dikenakan tindakan oleh BNM, semua ahli keluarga yang dikatakan terlibat dengan pemilik syarikat pengurup turut akan menghadapi akibat sama.

“Ini tidak adil, syarat tersebut sangat tidak munasabah,” tegas beliau.

Beliau kemudiaan turut menerangkan tentang tindakan BNM yang boleh menarik lesen sesuka hati sekiranya pengurup mata wang gagal memperbaharui lesen yang tamat tempoh.

“Katakanlah saya gagal memperbaharui dalam tempoh sebulan lesen tamat, BNM akan menamatkan lesen saya serta-merta tanpa diberikan peluang kedua.

“Dahulunya tidak sebegini, tapi selepas akta baru ini diperkenalkan BNM seolah-olah cuba berusaha keras untuk menutup dan memberikan lesen kepada pengurup lesen berdaftar,” jelas beliau.

Sementara itu, seorang lagi wakil pengurup wang daripada Persatuan Penukar Wang Asing Islam Semenanjung Malaysia Mohd Suibu Md Yusof juga senada dengan rakannya tersebut dan mendakwa syarat-syarat yang ditetapkan kepada mereka menyebabkan mereka kehilangan ramai pelanggan.

“Mengikut akta baru tersebut, kesemua pengurup berdaftar diwajibkan meminta kad pengenalan atau pasport daripada pelanggan yang ingin berurus-niaga.

“Menurut BNM, ia bertujuan untuk memeriksa sama ada pelanggan tersebut adalah pengganas atau penjenayah. Hampir kesemua pelanggan kami tidak berpuas hati dengan syarat itu kerana menyusahkan mereka,” tegas beliau.

Mohd Suibu memberitahu syarat baru tersebut menyebabkan proses pertukaran wang menjadi lebih sukar dan melambatkan masa hingga ada pelanggan yang mengeluh kepada mereka.

Beliau turut menegaskan syarat oleh BNM yang mahu setiap pengurup wang memaklumkan kepada mereka serta-merta jika berlaku urusan pertukaran melebihi RM20 ribu adalah menyusahkan mereka.

“Kalau ada pertukaran wang melebihi RM20 ribu, BNM mensyaratkan kami memaklumkan kepada mereka serta-merta.

“Jika gagal kami akan didenda dengan jumlah yang tidak masuk akal iaitu sebanyak RM5 juta,” katanya.

Pada simposium tersebut turut dihadiri bekas presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan, yang menyatakan pendapatnya bahawa BNM mengenakan pelbagai sekatan dan akta baru tersebut bertujuan untuk mengawal jumlah pengurup wang kepada angka yang lebih kecil.

“Ianya mudah untuk difahami langkah oleh BNM ini. Kenapa mereka perkenalkan akta ini?

“Secara logiknya, BNM tidak akan mampu untuk mengawal semua 800 pengurup wang diseluruh negara ini. Jadi, untuk memudahkan kawalan mereka, pelbagai syarat dan akta baru yang ketat diperkenalkan supaya lesen ditarik dan jumlah pengurup dapat dikurangkan,” terang beliau.

Menurut Ragunath, BNM pernah cuba melakukan tindakan sama keatas ejen insurans tetapi tidak berjaya dan kini mereka cuba menggunakan kaedah sama keatas pengurup wang.

“Saya berpendapat BNM ini cuba untuk mengawal pengurup wang dengan mengurangkan daripada 800 kepada mungkin hanya 20-30 pengurup wang sahaja,” kata Ragunath.

Setiausaha Politik Menteri Kewangan Datuk Mohd Shafei Abdullah semasa merasmikan simposium tersebut berkata beliau menyedari kesusahan dan keluhan oleh pengurup wang tetapi memberi jaminan Putrajaya akan mengkaji isu ini serta menyelesaikannya secepat mungkin mengikut prosedur.

Mohd Shafei turut berharap pengurup wang bersabar dan berjanji kerajaan akan membantu mereka dengan meminda beberapa syarat yang tidak munasabah dalam Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011.

“Kerajaan akan kaji dan pinda syarat-syarat yang tidak munasabah,” kata beliau semasa merasmikan simposium tersebut. “Masalah ini akan diselesaikan secara baik dan profesional.”

Dalam simposium hari ini, dua tajuk telah dibentangkan oleh panel yang bertajuk “Sejarah Pengurup Wang di Malaysia” dan “Peranan Persatuan Pengurup Wang dan Cabaran Masa Depan Pengurup Wang di Malaysia”.
Terlaris & Terhebat !!! Wangian Pheromones Berkuasa Untuk Memikat Wanita… KLIK SINI

Stor Rumahtangga Terhebat & Terbaik Untuk Suami Dan Isteri… KLIK SINI
Vimax Original MyIdaman Malaysia & Pillsexpert Canada. Gunakan Dengan Yakin… KLIK SINI

Hampir 100 pengurup wang da seluruh negara menghadiri simposium berjudul “Cabaran Masa Depan” yang diadakan di Wisma Tun Sambanthan semalam.

1 comment

1 lalok { 01.14.13 at 6:15 pm }

hebatkan..itulah pemerintahan manusia barat..