Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Siapa sebenar penaja Psy kalau bukan BN

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengkritik kerajaan Umno BN kerana merahsiakan penaja artis antarabangsa dari Korea Selatan, Psy yang menelan kos hingga RM 2 juta.“Siapakah penaja yang sanggup bayar RM 2 juta tetapi merahsiakan? Bukankah penaja sepatutnya mahu tajaan mereka diketahui bagi mempromosi khidmat atau barangan mereka.

“Inilah kali pertama dalam dunia penaja buang duit tetapi mahu merahsiakan,” kata Pengerusi SAMM,  Badrul Hisham Shaharin dipetik daripada blognya, hari ini.

Beliau juga mempersoal tindakan Umno Pulau Pinang sebelum ini  mengkritik dan mempertikaikan aktiviti anjuran Kerajaan Pulau Pinang tetapi bersetuju dengan pembaziran itu.

“Adakah Umno Pulau Pinang bersetuju membawa artis Korea dengan RM 2 juta untuk menyanyikan satu lagu?”

Laporan berita sebelum ini mendakwa Umno-BN membelanjakan RM 2 juta hanya untuk membawa “Psy” mempersembahkan lagu “Gangnam Style” di program rumah terbuka Tahun Baru Cina Kerajaan Persekutuan di Georgetown, Pulau Pinang.

Akan tetapi, tujuan Umno-BN untuk meraih populariti daripada persembahan tersebut gagal dan menjadi buah mulut pelayar internet semasa Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan persembahan “Psy” kepada hadirin.

“Apabila ditanya adakah yang hadir bersedia untuk Psy, semua serentak mengatakan ‘Ya’,” kata Badrul Hisham.

“… Malangnya apabila dia mengambil kesempatan dengan bertanya adakah bersedia untuk BN? Majoriti yang hadir menjawab ‘Tidak’.”

Sementara itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff gesa Perdana Menteri bentangkan penyata kos tajaan artis pop Korea Selatan itu.

Ia ekoran kenyataan Datuk Seri Najib Razak dalam twitter kononnya persembahan penyanyi yang popular dengan lagu ‘Oppa Gangnam Stlye’ di majlis Rumah Terbuka BN Pulau Pinang itu semalam tidak menggunakan wang rakyat.

Pengerusi Biro Antarabangsa KEADILAN itu mempersoal kehadiran Najib semasa Psy membuat persembahan sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Terlaris & Terhebat !!! Gel Untuk Suami Bertahan Lama… KLIK SINI
Terlaris & Terhebat !!! Pam Istimewa Untuk Suami Hanya Di Bilik Mandi…KLIK SINI
Terlaris & Terhebat !!! Kapsul Ubat Kuat Khas Buat Suami Jadi Perkasa… Klik SINI

“Adakah Najib bercakap atas kapasiti Perdana Menteri atau Presiden Umno? Sebagai Perdana Menteri, ia pasti melibatkan dana dan kepentingan awam,” katanya.

“Apa pun alasan Najib, beliau kena bentangkan penyata dan jelaskan siapa penaja konsert dan berapa bayarannya,” sambung Yusmadi.