Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Fuziah terima SMS ugutan seksual

KUANTAN: Calon PKR Kuantan, Fuziah Salleh hari ini membuat laporan polis berhubung ugutan berbaur gangguan seksual yang diterimanya melalui sistem pesanan ringkas (SMS) lewat pagi ini. Tanpa mendedah kandungan SMS itu, Naib Presiden PKR  itu, berkata kandungannya mengugut untuk mencemar kredibilitinya selaku calon dan mengancam untuk menyebar perkara ‘buruk’ mengenainya.

Beliau mengesyaki ia dilakukan seorang wartawan sebuah stesen penyiaran kawalan Umno BN selepas membandingkan nombor telefon berkenaan dengan kad media yang ada dalam simpanannya.

Terlaris & Terhebat !!! Gel Untuk Suami Bertahan Lama… KLIK SINI
Terlaris & Terhebat !!! Pam Istimewa Untuk Suami Hanya Di Bilik Mandi…KLIK SINI
Terlaris & Terhebat !!! Kapsul Ubat Kuat Khas Buat Suami Jadi Perkasa… Klik SINI

“Setiap nombor media saya simpan. Nombor sama sejak tahun lalu selalu hantar SMS terutama melibatkan isu Lynas tapi saya tidak pernah ambil peduli.

Kali ini, melampau. Saya sebagai calon wanita risau, ini agak menakutkan. Kalau SMS sekadar marah-marah dan tak suka, lainlah.

“Saya risau ada insiden yang tak diingini berlaku. Dalam keadaan sekarang, semua boleh berlaku. Jadi saya tampil buat laporan,” katanya seperti dilapor Keadilandaily hari ini.

Fuziah berkata, SMS itu diterimanya jam 3.32 pagi, bagaimanapun  masih membuat pengesahan mengenai nombor tersebut.

Keadilan Daily beberapa kali cuba menghubungi nombor berkenaan tetapi telefon bimbit itu ditutup.

Fuziah berkata, nombor sama juga sebelum ini sering menghantar SMS peringatan berbentuk amaran berkaitan isu Lynas tetapi tidak diendahkannya.

1 comment

1 Fuziah terima SMS ugutan seksual - http://politik.blog.my | http://politik.blog.my { 04.28.13 at 8:50 am }

[...] Link Tagged Ambil, Di Bilik Mandi, Fuziah, Hantar Sms, Kapsul, Katanya, Keadilandaily, Khas, Kuantan, Masih, Naib, Nombor Telefon, Pagi, Penyiaran, Presiden, Seksual, Sering, Sini, Suami, Suka, Terima, UGUTAN, Umno, Wartawan. Bookmark the permalink. « Fearmongering ads against Pakatan likely to backfire, says industry [...]