Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Golongan muda tak kisah undi?

SUNGAI PETANI – Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) hanya tinggal empat hari lagi. Namun dalam keadaan sedar atau tidak, masih ramai golongan muda tidak ambil kisah terhadap PRU ini. Difahamkan dalam PRU12, hampir 7 juta rakyat Malaysia berusia 21 tahun ke atas layak mengundi tidak menunaikan tanggungjawab itu.

Bagi Siti Izwana Shaik Ismail, 27, yang bertugas di ibu kota, setiap kali mahu mengundi dia perlu pulang ke kampung halaman di Kedah.

“Boleh dikatakan tidak berbaloi juga kerana terpaksa balik kampung, bukannya dekat. Bukan sahaja membebankan kos, malah letih kerana tergesa-gesa balik kampung.

“Keesokan pula terpaksa mengharungi kesesakan pulang ke Kuala Lumpur untuk bekerja. Ia juga beri kesan pada yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak kerana perlu perancangan kewangan dan pengurusan masa,” katanya.

Intan Shafinaz Mohd Fauzi, 29, berkata, faktor jarak yang jauh untuk balik ke kampung asal menyebabkan hasrat mengundi dibuang jauh-jauh.

“Jika mahu mengundi, saya perlu pulang ke Sabah sedangkan kini bekerja di Semenanjung Malaysia, jadi hasrat mengundi terpaksa dibatalkan,” katanya.

Md Noor Saad, 54, berkata, peranan pengundi amat besar dalam menentukan siapakah pemimpin negara.

“Keputusan pada PRU12 diharapkan menjadi iktibar kepada pengundi agar menunaikan tanggungjawab masing-masing.

Kemungkinan besar sebab faktor ramai tak keluar undi sebabkan pemerintahan Kedah diambil alih oleh PR.

“Kita mohon kerjasama pengundi tidak kira sama ada muda atau tua sama-sama keluar mengundi supaya undi yang anda pilih membantu BN dan berupaya merampas kembali Kedah,” katanya.

Siti Khalijah Hashim, 43, berkata, kuasa pengundi menentukan kemenangan Pas di Dun Tanjung Dawai dan Pantai Merdeka manakala kemenangan PKR di Dun Bukit Selambau dan Sidam pada PRU12.

“Begitu juga dengan kemenangan di Parlimen Merbok dan Sungai Petani didominasi PKR. Sememangnya kuasa mengundi cukup besar untuk merubah kerajaan,” katanya.

Rusniza Md Idris, 33, mengakui golongan muda memainkan peranan besar menentukan keputusan PRU.

Terlaris & Terhebat !!! Wangian Pheromones Berkuasa Untuk Memikat Wanita… KLIK SINI
Stor Rumahtangga Terhebat & Terbaik Untuk Suami Dan Isteri… KLIK SINI
Vimax Original MyIdaman Malaysia & Pillsexpert Canada. Gunakan Dengan Yakin… KLIK SINI

Katanya, golongan muda perlu bijak membuat keputusan menentukan siapa paling layak mentadbir negara.

“Gerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) boleh menarik perhatian golongan muda melibatkan diri dalam aktiviti sosial misalnya mendekatkan remaja dengan agensi kerajaan di samping menerapkan kepentingan mengundi.

“Pendekatan sedemikian boleh membuka minda remaja dan secara positifnya mendorong mereka keluar mengundi,” katanya.
Aswadi Ibrahim, 31, pula berkata, kesedaran mengundi perlu dipupuk sejak awal.

“Kerajaan perlu beri penekanan betapa penting tiap individu keluar mengundi kerana kesannya beri impak besar untuk rakyat dan negara.

“Bak kata pepatah, satu undi sahaja sudah cukup berkuasa tentukan kemenangan atau kekalahan,” katanya.