Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Malaysia terdedah ancaman jenayah siber

KUALA LUMPUR – Malaysia merupakan negara ke-6 di dunia yang berisiko tinggi terdedah kepada ancaman jenayah siber berbentuk serangan malware, iaitu penipuan melalui sesuatu program sama ada komputer atau telefon pintar. Naib Presiden Penyelidikan CyberSecurity Malaysia, Lt. Kol. (B) Sazali Sukardi berkata menurut laporan Laporan Ancaman Keselamatan Sophos 2013 dalam tempoh tiga bulan tahun ini, selain Malaysia terdapat sembilan lagi negara lain yang berisiko iaitu Hong Kong, Taiwan, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Mexico, India, Filipina, Thailand, China dan Indonesia.

Penjenayah siber mencuri melalui kaedah ini mencecah RM331.7 bilion dari seluruh dunia dengan kos purata sebanyak RM593 bagi setiap mangsa berdasarkan Laporan Jenayah Siber Norton 2012,” katanya.

Terlaris & Terhebat !!! Gel Untuk Suami Bertahan Lama… KLIK SINI
Terlaris & Terhebat !!! Pam Istimewa Untuk Suami Hanya Di Bilik Mandi…KLIK SINI
Terlaris & Terhebat !!! Kapsul Ubat Kuat Khas Buat Suami Jadi Perkasa… Klik SINI

Beliau berkata demikian semasa membentangkan kertas kerja bertajuk “Collaboration and Cooperation In The Fight Against Cyber Crime” pada persidangan dua hari e-Crime, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, katanya, jenayah siber di negara ini mencatatkan penurunan iaitu daripada 15,218 kes pada 2011 kepada 9,986 kes pada 2012.

Sazali berkata penurunan itu adalah disebabkan penguatkuasaan efektif yang dilakukan agensi penguatkuasaan kerajaan termasuk CyberSecurity.

Beliau berkata penipuan adalah paling tinggi dilaporkan dalam jenayah siber diikuti cubaan menceroboh, spam, penafian perkhidmatan, pembulian siber, penipuan, kandungan yang berkaitan, kod berniat jahat dan laporan kelemahan seperti fitnah melalui siber.

“Kita juga sedang menghadapi ancaman keselamatan yang lebih banyak oleh organisasi jenayah antarabangsa yang menyalahguna internet untuk pelbagai aktiviti haram iaitu dadah, penyeludupan manusia, penipuan kewangan dan pengubahan wang haram, yang kesemuanya merentasi sempadan,” katanya.

Sazali berkata, jenayah siber akan terus berkembang selagi penjenayah boleh mendapat keuntungan kewangan daripada sistem komputer dan keadaan ini akan bertambah buruk disebabkan kecuaian pengguna internet.

Sehubungan itu, katanya, CyberSecurity akan terus menangani jenayah siber bersama agensi penguatkuasaan lain termasuk Digital Malaysia, Dasar Keselamatan Siber Negara (DKSN), Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat (ISMS), Pensijilan dan Penilaian Kriteria Seragam (MyCC), dan Penyelarasan Pengurusan Krisis Siber Negara.

Justeru beliau meminta orang ramai menghubungi CyberSecurity di Pusat Bantuan Cyber999 di talian 03-89926969 untuk menyalurkan maklumat dan membuat laporan awam.