Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Orang tengah: Nelayan perlu berani bebaskan diri

KUALA LUMPUR – Kejayaan program Jihad Memerangi Orang Tengah Bagi Subsektor Perikanan bergantung kepada keberanian nelayan membebaskan diri daripada kebergantungan kepada orang tengah, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata nelayan perlu membuat anjakan sikap secara drastik untuk keluar daripada perkara yang menjadi ‘budaya turun temurun’ itu bagi memastikan mereka tidak berterusan menjadi mangsa orang tengah.

“Ini merupakan cabaran besar kepada kementerian dan kita perlu fikir bagaimana boleh membantu dalam merubah minda golongan berkenaan, sekali gus memastikan matlamat program itu tercapai,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong peringkat kementerian pada persidangan Dewan Negara di sini, hari ini.

Program Jihad Memerangi Orang Tengah itu dilancarkan pada 9 Februari lepas, dengan lapan strategi utama yang menyasarkan untuk membebaskan golongan nelayan daripada terus berada dalam cengkaman orang tengah.

Antara pendekatan agresif dalam strategi itu, termasuk mengambil alih hutang nelayan sebanyak RM40 juta daripada orang tengah menerusi Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) Nasional.

Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat) pula menyediakan tabung pinjaman tanpa faedah untuk kecemasan sebanyak RM50,000 kepada 87 persatuan nelayan kawasan termasuk di Sabah dan Sarawak bagi mengelakkan golongan berkenaan terus bergantung dengan orang tengah.

-Pam Besarkan Alat Lelaki No#1 Paling Laris Di UK!… KLIK SINI
-Hormon Pemikat Lelaki No#1 Paling Berkuasa Didunia! … KLIK SINI
-Rahsia “Pink”kan Puting Payudara Dalam Masa 3 Hari Sahaja!… KLIK SINI
-Cecair Perangsang Isteri, Kembalikan Masalah Dingin Seks Isteri Terhadap Suami! … KLIK SINI

Mengenai kemudahan pinjaman wang yang ditawarkan Tekun dan Nekmat kepada nelayan, Ismail Sabri berkata nelayan akan diberi kelonggaran pembayaran balik pinjaman yang dibuat.

“Kedua-dua badan tersebut tidak akan mengutip hutang daripada nelayan semasa musim tengkujuh memandangkan kesulitan yang dialami golongan berkenaan pada musim itu,” katanya.

Langkah itu, katanya, mampu memberi manfaat bukan sahaja kepada 105,000 nelayan di seluruh negara tetapi rakyat sebagai pengguna untuk mendapat bekalan ikan pada harga rendah.