Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

MB Selangor Nafi Letak Jawatan

SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan bahawa beliau telah meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor seperti yang tersebar di laman sosial sejak malam Ahad. Beliau berkata perkara itu tidak benar sama sekali. “Tidak benar…saya baru lepas mesyuarat dan saya ada satu lagi mesyuarat petang ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat perancangan negeri di Bangunan Darul Ehsan (SUK II) di sini, Isnin.

[Read more →]

July 7, 2014   1 Comment

Pemuda PAS Malaysia agih makanan sahur kepada gelandangan

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda PAS Malaysia, Suhaizan Kaiat berkata Pemuda PAS Malaysia mengambil inisiatif meluangkan masa bersahur di ibu negara pagi tadi, bagi memahami dan menyelami kehidupan rakyat Kuala Lumpur.

[Read more →]

July 7, 2014   No Comments

Rizalman masih terima rawatan psikiatrik

KUALA LUMPUR – Bekas pembantu staf pertahanan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand yang dituduh melakukan jenayah, masih lagi menerima rawatan di hospital dan tidak akan dihantar ke sana dalam masa terdekat. Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin ketika mengesahkan perkara itu berkata anggota itu masih lagi menerima rawatan psikiatrik di sebuah hospital di sini dan hanya akan dihantar apabila keadaannya sesuai.

[Read more →]

July 7, 2014   No Comments

Kerajaan kaji bina loji tenaga nuklear

PUTRAJAYA – Kerajaan akan menjalankan kajian kebolehlaksanaan berhubung cadangan membina loji tenaga nuklear dalam tempoh 10 tahun, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mah Siew Keong.

[Read more →]

July 7, 2014   No Comments

Kempen ’singkir’ Musa Aman?

Kempen di dalam Facebook yang diterajui seorang aktivis media untuk menyingkir Ketua Menteri Sabah Musa Aman, dikatakan semakin mendapat banyak sokongan.Kempen “Remove Musa” atau ‘Singkir Musa” oleh Christopher Toguk Masudal, dikatakan sudah menarik sehingga 750 orang menyatakan ‘like’ dan dikongsi sebanyak 210 kali dengan lebih daripada 300 komen menyeru Musa disingkir kerana gagal menangani pelbagai masalah membabitkan pendatang tanpa izin serta penculikan berulang di negeri ini.

[Read more →]

July 7, 2014   No Comments

Bernama TV kini tenat?

Shahbudin Husin

Menjadi pengacara televisyen dan sering pula muncul menemubual tokoh politik dan pemimpin negara dengan pakaian segak bergaya adalah kelebihan yang tidak dimiliki oleh semua orang. Hanya insan terpilih dan berbakat besar saja berpeluang menceburi bidang seperti itu.Sekali imbas juga tentulah ramai yang menyangka kehidupan mereka pastilah agak selesa, seiring dengan wajah ceria dan kepetahan berkata-kata yang dizahirkan di kaca televisyen itu.
[Read more →]

July 7, 2014   No Comments

Mesej WhatsApp: Khalid nafi letak jawatan

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, sebentar tadi menafikan akan meletakkan jawatannya, seperti yang disebarkan dalam mesej aplikasi WhatsApp yang menyatakan beliau sudah menyerahkan surat peletakan jawatan pagi tadi.Beliau yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat perancangan di sini, pagi tadi, meminta pihak yang tidak bertanggungjawab itu menghentikan penyebaran khabar angin mengenai peletakan jawatannya.

[Read more →]

July 7, 2014   No Comments

Musa mahu Putrajaya siasat campur tangan dalam isu UMCEDEL

Bekas Menteri Pendidikan Tun Musa Hitam mendesak Kementerian Pendidikan Malaysia menyiasat dakwaan campur tangan politik membabitkan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel).Bekas timbalan perdana menteri itu berkata, kerajaan tidak boleh bersikap defensif membidas mereka yang mengkritik, atau berdiam diri tanpa penjelasan. “Apabila ada tuduhan, pihak berkasa perlu meneliti atau kementerian perlu menyiasatnya.

[Read more →]

July 7, 2014   No Comments

Restoran Tawar Berbuka Puasa Disamping Arak

KUALA LUMPUR: Sebuah restoran yang menyajikan arak secara terbuka kepada pelanggan di Jalan Yap Kwan Seng di sini dikesan turut mengadakan promosi bufet Ramadan kepada masyarakat Islam.

[Read more →]

July 7, 2014   No Comments

Ghazali Angkat Sumpah SU Politik Menteri Kewangan

PUTRAJAYA: Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Datuk Paduka Ghazali Ibrahim hari ini mengangkat sumpah memegang jawatan dan menyimpan rahsia di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Bangunan Perdana Putra di sini.

[Read more →]

July 7, 2014   No Comments