Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Kerajaan Setuju Laksana Bayaran Masuk Kenderaan Singapura

JOHOR BAHARU: Kerajaan bersetuju untuk melaksanakan caj Permit Masuk Kenderaan (VEP) ke atas kenderaan asing dari Singapura yang memasuki Johor, kata Datuk Seri Najib Tun Razak. Perdana Menteri berkata kadar bayaran dan tarikh penguatkuasaan VEP akan diumumkan dalam masa terdekat.

[Read more →]

July 16, 2014   Comments Off

Rakyat perlu pandang serius terhadap kes Denggi, kata Subramaniam

PUTRAJAYA: Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri S.Subramaniam menggesa semua rakyat Malaysia memandang serius peningkatan kes Denggi yang semakin membimbangkan sehingga kini. Pelancaran kempen “Perangi Aedes Habis-Habisan” hari ini merupakan komitmen berterusan KKM dalam membanteras penyakit tersebut.

[Read more →]

July 16, 2014   Comments Off

Kenaikan harga lesen memandu tidak masuk akal

PETALING JAYA: Penyelaras Bersama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Pulau Pinang, Afzanizam Hashim berkata kenaikan harga lesen memandu kelas B2 dan kelas D adalah sangat tidak masuk akal. Afzanizam berkata, kenaikan harga lesen ini akan mendatangkan reaksi negatif dari pelbagai pihak khususnya golongan muda.

[Read more →]

July 16, 2014   Comments Off

Kiki Wanita Mengamuk Mohon Maaf

PETALING JAYA: Selepas menerima kecaman daripada pengguna media sosial, Kiki Kamaruddin iaitu wanita yang didakwa mengamuk terhadap seorang lelaki warga emas akhirnya tampil memohon maaf secara terbuka.

[Read more →]

July 16, 2014   Comments Off

Dipenjara gara-gara curi peralatan bengkel ayah

KUALA LUMPUR – Gara-gara mencuri peralatan bengkel milik ayahnya, seorang pemandu teksi dijatuhi hukuman penjara sehari dan dikenakan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah.

[Read more →]

July 16, 2014   Comments Off

Saya Kekal MB Hingga Akhir Penggal – Abdul Khalid

PETALING JAYA: Tanpa menghiraukan tekanan supaya berundur daripada kedudukan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan beliau akan terus menerajui kerajaan negeri sehingga penggal pentadbirannya berakhir.

[Read more →]

July 16, 2014   Comments Off

Wanita pembuli akan di ambil tindakan

KUALA LUMPUR: Polis akan mengambil tindakan terhadap seorang wanita yang didakwa membuli seorang lelaki yang berumur dalam satu kemalangan kecil Selasa lalu sekiranya didapati bersalah, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

[Read more →]

July 16, 2014   Comments Off

Teresa Kok, kenapa menyeleweng?

BUKIT JALIL: Ketua Biro Salah Guna Kuasa, Pertubuhan Minda Sosial Prihatin (PMSP) Tony Chan Chee Chong mendakwa Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok telah memalsukan akaun semasa Pilihanraya Umum 5 Mei lalu. Teresa didapati membekalkan maklumat palsu kepada Suruhanjaya Pilihanraya berkenaan dana parti untuk kegunaan pilihanraya yang lepas.

[Read more →]

July 16, 2014   Comments Off

Wanita ‘amuk’ CDM25 didedahkan media sosial

Wanita yang mencetuskan kekecohan dengan melakukan kekerasan terhadap seorang pakcik setelah keretanya dilanggar dikenali sebagai Kiki Kamaruddin.Beliau yang memandu kereta Peugeot CDM25 bertindak diluar batasan dengan mengugut dan menyerang kenderaan seorang lelaki yang melanggar keretanya.Walaupun lelaki tersebut mengaku salah dan berjanji akan membayar kerosakan tersebut, wanita berkenaan seolah-olah hilang pertimbangan dengan membawa keluar steering lock dan mengetuk-ngetuk kereta lelaki tersebut.

[Read more →]

July 16, 2014   1 Comment

PAS tolak wanita jadi MB

PAS tidak bercadang memilih wanita sebagai menteri besar memandangkan konsensus setakat ini hanya memilih wanita sebagai wakil rakyat, dan keputusan itu dilihat mengekang sebarang langkah PKR menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor.Exco Belia dan Sukan, Infrastruktur, dan Kemudahan Awam Selangor Dr Yunus Khairi daripada PAS bagaimanapun berkata, isu ‘uzur’ wanita tidak boleh menjadi pemimpin utama bukan alasan golongan wanita tidak boleh diberikan tempat dalam pentadbiran negeri.

[Read more →]

July 16, 2014   Comments Off