Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Wanita jadi MB: Hafarizam dibidas pakar

Kenyataan peguam Umno Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mengaitkan ‘keuzuran’ sebagai halangan seorang wanita menjadi menteri besar disifatkan sebagai diskriminasi terhadap wanita, kata pengkritik, sambil menegaskan bukan syarat wajib pemimpin menunaikan solat di sebelah Sultan.Dr Maszlee Malik, pemerhati sosiopolitik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, menyelar Hafarizam sebagai seorang yang dangkal dan merendahkan martabat wanita.

[Read more →]

July 17, 2014   Comments Off

Remaja 19 tahun kendali skim cepat kaya disiasat

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang menyiasat syarikat yang dikendalikan seorang remaja 19 tahun, selepas dipercayai mengaut keuntungan jutaan ringgit hasil kegiatan skim cepat kaya.Ketua Setiausahanya, Datuk Seri Alias Ahmad, berkata siasatan yang tertumpu di Selangor itu dilakukan berikutan aduan pembabitan skim cepat kaya berbentuk piramid dan KPDNKK tidak teragak-agak membatalkan lesen dan menyenarai hitam nama pemilik jika ia didapati melanggar syarat lesen.

[Read more →]

July 17, 2014   Comments Off

Pakar: Pembuli siber mengecam pembuli jalan raya pun salah juga

Orang ramai yang membuat kecaman serta ejekan melampau di laman media sosial terhadap seorang wanita yang didakwa sebagai pembuli jalan raya sebenarnya turut boleh digelar sebagai pembuli siber.Pakar Psikologi & Kaunseling Universiti Malaysia Terengganu, Prof Madya Ruhani Mat Min berkata, sikap pembuli siber yang melakukan kecaman tanpa mempunyai maklumat sahih hanya akan memberikan kesan lebih buruk kepada wanita tersebut.
[Read more →]

July 17, 2014   Comments Off

Majlis iftar Obama di Rumah Putih diboikot

Muslim Amerika Syarikat (AS) dan individu beragama Islam di negara itu memulaukan majlis berbuka puasa anjuran Presiden Barack Obama sebagai bantahan terhadap dasar anti-Islam Rumah Putih.Sebaliknya, sejumlah besar Muslim menyertai protes di luar Rumah Putih dengan mengecam polisi kerajaan semasa.Media AS melaporkan, jemputan Rumah Putih untuk menyertai majlis berbuka puasa itu ditolak kerana mendapati dasar kerajaan terhadap Islam dan umatnya semakin hari dilihat kian membimbangkan.

[Read more →]

July 17, 2014   Comments Off

Dulu takut Anwar jadi MB,sekarang dengan isterinya pun Umno takut

Shahbudin Husin

UMNO nampaknya bukan saja takut Anwar Ibrahim menjadi Menteri Besar Selangor, tetapi turut takut jika isterinya, Dr Wan Azizah Wan Ismail menduduki jawatan nombor satu kerajaan negeri itu. Jika Anwar sebelum ini dihalang melalui proses mempercepatkan kesnya di Mahkamah Rayuan, bahkan bersidang juga sehingga jam 7 malam, Dr Wan Azizah juga cuba dihalang dengan mereka-reka pelbagai bentuk persepsi mengenai ketidaklayakannya menduduki jawatan itu.

[Read more →]

July 17, 2014   Comments Off

Gencatan senjata 5 hari antara Hamas dan Israel

GAZA CITY: Israel dan Hamas bersetuju menerima gencatan senjata sementara selama lima jam hari ini bagi membolehkan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Gaza.Gencatan senjata itu dicadangkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mulai jam 10 pagi hingga 2 petang waktu tempatan Gaza.”Kumpulan yang ada bersetuju untuk menerima tawaran PBB berhubung ‘tempoh bertenang’ selama lima jam itu untuk keperluan kemanusiaan,” kata jurucakap Hamas, Sami Abu Zhuri dalam mesej pesanan ringkas kepada CNN.

[Read more →]

July 17, 2014   Comments Off

Pelakon Ezany bakal bercerai

Pelakon Ezany Nizarif mengesahkan bakal bercerai dengan isterinya, Lizda Nuryanti, 32, selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.Ezany, 41, berkata, walaupun berat hatinya untuk berbuat demikian namun dia terpaksa akur selepas didesak oleh Lizda agar dia melafazkan talak.“Hubungan kami suami-isteri sudah berada di hujung tanduk. Tiada apa yang dapat diselamatkan lagi.

[Read more →]

July 17, 2014   Comments Off

Man found dead at Bangsar Shopping Centre

Terror struck the premises of Bangsar Shopping Centre (BSC) after a man was found dead after he allegedly plunged to his death here today at around 1pm.Witnesses claimed that the man who is in his 20s’ had gone to the fourth floor of the mall before he made that deadly leap.He suffered head concussion and was sent to University Malaya Medical Centre for post-mortem.

[Read more →]

July 17, 2014   Comments Off