Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Jakim akan terus beri kerjasama urus jenazah

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan terus bekerjasama dengan agensi berkaitan sehingga dibenar menguruskan jenazah rakyat Malaysia mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata usaha itu akan diteruskan meskipun belum mendapat kebenaran untuk memasuki lokasi nahas.

[Read more →]

July 21, 2014   No Comments

MH17:MAS Tawar AS$5,000 Kepada Keluarga Penumpang

KUALA LUMPUR: Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) menawarkan bantuan kewangan AS$5,000 kepada keluarga setiap penumpang pesawat penerbangan MH17 yang terhempas di Ukraine, Khamis lalu. Dalam kenyataan yang dikeluarkan MAS,  pada Isnin, syarikat itu menyatakan dana yang  ditawarkan sebagai tanda muhibah dan membantu keluarga terdekat penumpang meringankan keperluan ekonomi mereka.

[Read more →]

July 21, 2014   No Comments

PM Ukraine arah tentera henti aktiviti

KIEV – UKRAINE. Kerajaan Ukraine telah mengarahkan tenteranya menghentikan sebarang aktiviti ketenteraan dalam lingkungan 40 km dari kawasan MH17 terhempas, kata Presiden Ukraine Petro Poroshenko. Arahan itu, katanya, berkuat kuasa serta-merta dalam usaha untuk meredakan ketegangan antara tenteranya dan kumpulan pemberontak pro-Rusia.

[Read more →]

July 21, 2014   No Comments

Pakar antarabangsa mula siasat MH17

KUALA LUMPUR – Sekumpulan pakar antarabangsa memulakan siasatan mereka ke atas penerbangan MH17 Malaysia Airlines yang terhempas, kata laman sesawang rasmi Presiden Ukraine Petro Poroshenko hari ini. Menurut laman itu http://www.president.gov.ua, kerajaan Ukraine membantu memudahkan kerja penyiasatan dan mengarahkan kumpulan pakar antarabangsa itu diberikan kemudahan pesawat presiden.

[Read more →]

July 21, 2014   No Comments

Tuduhan tidak berasas berhubung MH17 dikesali

SIK – Tindakan segelintir rakyat negara ini yang melemparkan tuduhan tidak berasas terhadap Malaysia Airlines (MAS) ekoran nahas pesawat MH17, adalah tidak wajar dan amat dikesali.

[Read more →]

July 21, 2014   No Comments

Sultan refuses to grant audience to Khalid Samad

KUALA LUMPUR: The Sultan of Selangor today declined to grant an audience to Shah Alam Member of Parliament Khalid Samad. Khalid had requested for an audience to explain his statement calling for the abolition of the executive powers of the Selangor Islamic Affairs Council (Mais).

[Read more →]

July 21, 2014   No Comments

MH17: Siaran Langsung Sidang Parlimen Tergempar

KUALA LUMPUR: Sidang Parlimen tergempar bagi membentangkan usul mengutuk tindakan tidak berperikemanusiaan ke atas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 akan disiarkan secara langsung di TV1, Rabu ini.

[Read more →]

July 21, 2014   No Comments

2,000 ahli NGO tuntut keadilan MH17 esok

KUALA LUMPUR – Kira-kira 2,000 anggota dari beberapa badan bukan kerajaan (NGO) seluruh negara akan mengadakan ‘Perhimpunan Menuntut Keadilan MH17′ di tiga lokasi berasingan di ibu negara esok. Urusetia dari wakil NGO berkenaan, Mohd Razlan Muhammad Rafii berkata tiga lokasi tersebut ialah Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Damansara serta di Kedutaan Rusia dan Kedutaan Ukraine.

[Read more →]

July 21, 2014   No Comments

UMCEDEL: Sokongan rakyat pada PR Selangor merundum

Pakatan Rakyat (Pakatan) gagal mengekalkan sokongan rakyat di Selangor berdasarkan sebuah kajian yang dijalankan Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel).Kajian yang dilakukan setahun selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) itu merekodkan sokongan Pakatan merosot kepada 35%.Memetik laporan The Malaysian Insider hari ini, kajian itu juga menunjukkan peratusan mereka yang tidak pasti dengan kedua-dua gabungan dan enggan menjawab soalan dalam kaji selidik itu kini membentuk 40%.

[Read more →]

July 21, 2014   No Comments

MB Selangor: Adakah Wan Azizah menjadi boneka lagi?

Isyarat peralihan kuasa yang dilancarkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan menamakan isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail bakal menggantikan posisi jawatan nombor satu Selangor menggambarkan sekali lagi Presiden PKR itu dibonekakan suaminya. Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, posisi Menteri Besar Selangor sememangnya idaman Anwar, namun beliau tidak layak.

[Read more →]

July 21, 2014   No Comments