Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Kempen ’singkir’ Musa Aman?

Kempen di dalam Facebook yang diterajui seorang aktivis media untuk menyingkir Ketua Menteri Sabah Musa Aman, dikatakan semakin mendapat banyak sokongan.Kempen “Remove Musa” atau ‘Singkir Musa” oleh Christopher Toguk Masudal, dikatakan sudah menarik sehingga 750 orang menyatakan ‘like’ dan dikongsi sebanyak 210 kali dengan lebih daripada 300 komen menyeru Musa disingkir kerana gagal menangani pelbagai masalah membabitkan pendatang tanpa izin serta penculikan berulang di negeri ini.

Sambutan menggalakkan terhadap kempen Masudal ini sudah pasti akan disukai pembangkang Sabah yang merancang untuk membentangkan undi tidak percaya terhadap Musa dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.

Sokongan hangat itu tidak dijangka oleh Masudal kerana beliau memulakan kempen itu akibat marah dengan rancangan kerajaan negeri untuk menempatkan semula penduduk kampung dengan kerakyatan yang diragui dari Kampung Pondo, Pulau Gaya ke Kinarut.

Pembangkang menentang inisiatif itu kerana penerima kemudahan rumah moden ini dipercayai pemegang “Projek IC”. “Projek IC” adalah nama yang digunakan untuk menggambarkan dakwaan wujud pemberian secara sistematik kerakyatan kepada pendatang.

“Kempen peribadi saya ini tidak bertujuan untuk menjatuhkan atau menghasut rakyat untuk menentang kerajaan negeri, tetapi seseorang mesti bertanggungjawab untuk semua kegagalan yang berlaku,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Masudal adalah setiausaha akhbar kepada Ahli Parlimen PKR Penampang, Darell Leiking.

Kata Masudal, walaupun ahli Parlimen Barisan Nasional di sini suka memuji-muji Musa sebagai seorang ahli perniagaan yang sangat pintar hingga berjaya meningkatkan dana negeri kepada RM3 bilion, tiada antara mereka pernah memujinya sebagai seorang pemimpin yang mengatasi komitmen yang ditunjukkan oleh bekas Ketua Menteri Chong Kah Kiat dalam menangani isu pendatang tanpa izin.

Musa menggantikan Chong pada tahun 2003.

Ramai rakyat Sabah akan melihat kempen itu sebagai usaha sia-sia

Chong, menerajui kerajaan negeri dari tahun 2001 hingga 2003 dan terkenal dengan pendirian tegasnya terhadap masalah pendatang tanpa izin.
– Minyak Urut Lelaki Paling Berkesan Untuk Saiz, Naikkan Urat Jadi Perkasa Dan Tahan Lama!…
– Mens Delay Spray Berkesan Untuk ANDA Tahan Lama Sehingga 2 Jam Selepas 15 Minit Penggunaannya. Diskaun RM30. Tempoh Terhad! …

Bagaimanapun, Masadul mengakui ramai rakyat Sabah akan melihat kempen itu sebagai usaha sia-sia, walaupun wujud “satu percikan api perjuangan dalam hati semua rakyat Sabah” untuk menamatkan ketidakadilan, diskriminasi dan sistem rasuah di Sabah.

“Malangnya, bagi sesetengah rakyat Sabah, dorongan itu mungkin belum keterlaluan dan mereka masih ada keraguan sama ada perjuangan seperti itu berbaloi atau sebaliknya.

“Mungkin kerana mereka sudah melihat terlalu banyak pengkhianatan dalam politik Sabah sebelum ini, ramai tidak mahu melayan keinginan untuk itu dengan merasionalkan bahawa perjuangan seperti itu akan menjadi sia-sia dan ditakdirkan untuk tewas,” katanya.