Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Simpan diesel: Kapten kapal mengaku tidak bersalah

KLANG – Seorang kapten kapal warga Indonesia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menyimpan diesel, Jun lalu. Nazrin Hasan, 64, didakwa bersama-sama telah menyimpan sejumlah 2,871 liter diesel di tempat yang tidak diberi kebenaran oleh pengawal bekalan.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di premis bot tunda bernama Dolwang di Jeti Markas Polis Marin KS/11 Pulau Indah, dekat sini pukul 3 petang pada 27 Jun lalu.

- Cecair Perangsang Isteri Paling Hebat Untuk Atasi Masalah Isteri Dingin Dengan Suami Dalam Masa 10 Minit Sahaja Selepas Guna!…
- Cerahkan Puting, Tempat Sulit Wanita, Celah Paha & Ketiak Dalam Masa 3 Hari Sahaja. Hebat Dan Berkesan!…
- Hormon Wangi Pemikat Lelaki No #1 Paling Berkuasa Di Dunia Kini Di Malaysia. Dapatkan Sekarang Juga!…

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 20 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961  dan dibaca bersama bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan,  dia boleh dihukum dibawah Seksyen 22 (1) Akta Kawalan Bekalan 1961 (Pindaan 2006)(Akta A 1270/2006) iaiu denda yang tidak melebihi RM100,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Pegawai Pendakwa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, K Selvarajoo tidak menawarkan sebarang jaminan dengan alasan tertuduh berpotensi meninggalkan negara ini.

Bagaimanapun sekiranya mahkamah memberikan jaminan,  pihak pendakwa mencadangkan jaminan RM70,000 dengan dua penjamin warganegara Malaysia selain mahu pasport tertuduh diserahkan kepada mahkamah.

Peguam bela, Nurul Ikrimah Mohd Raya memohon jumlah jaminan yang lebih rendah memandangkan tertuduh sudah berkahwin dan mempunyai tanggungan empat orang anak.

Hakim, Tasnim Abu Bakar kemudian menetapkan jaminan sebanyak RM20,000 dengan dua orang penjamin warga Malaysia selain mengarahkan pasport diserahkan kepada mahkamah.

Tertuduh juga diarah melapor diri di balai polis terdekat pada Sabtu setiap minggu pertama dan ketiga.

- Alat Besarkan, Kuatkan, Panjangkan Alat Lelaki No #1 Paling Laris Di UK. Kini OFFER 50% Di Malaysia!…
- Vimax Original Kanada Dari Myidaman. 300% Pemulangan Wang Kalau ANDA Beli Vimax Yang Palsu Dari Kami!!…

- Rawat Masalah Ketegangan & Mati Pucuk Suami Dengan Mudah, Pantas & Berkesan. Berusahalah Untuk Kebahagiaan!!..

Sementara itu, peniaga, Chia Tek Loon, 27,  pemborong barangan elektrik, Ng Cheng Kren, 52 dan pekerja kapal, Loo Jai Or, 34, iaitu selaku orang kena saman (OKS) mengaku tidak bersalah di mahkamah yang sama atas tuduhan menyimpan 2871 liter diesel, Jun lalu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan pada masa dan tarikh serta tempat yang sama.

Hakim, Tasnim membenarkan jaminan RM10,000 bagi setiap OKS dengan seorang penjamin.

“Sebagai syarat tambahan, pasport perlu diserahkan kepada mahkamah dan OKS perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran setiap bulan,” katanya.

Mahkamah menetapkan 21 Ogos depan sebagai sebutan semula kes.