Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Syarikat Perniagaan Diwajib Daftar GST Sebelum 31 Disember – KP Kastam

PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia meminta syarikat perniagaan dan orang perseorangan yang menjalankan perniagaan supaya membuat pendaftaran wajib untuk Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebelum 31 Disember ini bagi mengelak dikenakan tindakan.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, mengikut statistik, hampir 300,000 pendaftar berpotensi yang sepatutnya berdaftar untuk GST, hanya namun hanya 6,031 berdaftar sejak ia dibuka 19 Jun lepas, sehingga Khamis.

– Wangian Hormon Pemikat Wanita No #1 Paling Berkuasa Untuk Memikat. Hasil Penemuan Morgan Labs Russia. Memikat Wanita Dalam Sesaat!…
– Jus Kekal Dara Jadikan Isteri Kembali Rapat, Ketat, Padat, Sendat & Tambah Nikmat Hanya Dalam 7 Hari Sahaja! …

Katanya, pendaftaran GST wajib bagi syarikat dan orang perseorangan yang menjalankan perniagaan dan telah mencapai nilai pembekalan bercukai bagi tempoh 12 bulan melebihi RM500,000.

“Kita akan menghantar tiga kali surat peringatan kepada pihak berkenaan supaya mendaftar, selain membuat iklan di akhbar.

“Syarikat perniagaan atau orang perseorangan, yang tertakluk kepada pendaftaran wajib, tetapi mengemukakan permohonan pendaftaran selepas 31 Disember 2014, melakukan kesalahan mengikut Seksyen 96 Akta GST 2014,” katanya pada sidang akhbar di sini, Jumaat.

Beliau berkata, jika disabitkan kesalahan, syarikat perniagaan atau orang perseorangan boleh didenda tidak melebihi RM30,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Katanya, Jabatan Kastam juga akan mengadakan program ‘Hand Holding’ atau penerangan terperinci mengenai GST secara percuma kepada syarikat atau orang perseorangan yang telah berdaftar.

– Minyak Urut Lelaki Paling Berkesan Untuk Saiz, Naikkan Urat Jadi Perkasa Dan Tahan Lama!…
– Mens Delay Spray Berkesan Untuk ANDA Tahan Lama Sehingga 2 Jam Selepas 15 Minit Penggunaannya. Diskaun RM30. Tempoh Terhad! …

“Program ini akan bermula Oktober, dan diharapkan pihak berkaitan mendaftar bagi mendengar penerangan yang jelas mengenai GST,” katanya.

Selain itu, mereka juga layak memohon e-baucar GST bernilai RM1,000 daripada SME Corp yang boleh digunakan untuk membeli atau menarik taraf perisian perakaunan.

GST yang dikenakan pada enam peratus, akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sebanyak 16 peratus, mulai 1 April 2015.