Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

10 Lelaki Tetak 6 Pelanggan Siber Kafe

PETALING JAYA: Enam pelanggan sebuah siber kafe cedera parah selepas ditetak sekumpulan 10 lelaki di Taman Bayu Perdana Klang dekat sini awal pagi Khamis. Dalam kejadian pada pukul 4.50 pagi itu, seramai 10 pelanggan terdiri daripada lelaki warga tempatan dan seorang pekerja premis berada di dalam siber kafe berkenaan sebelum diserang.

[Read more →]

August 1, 2014   Comments Off

Pati Ada Dokumen Sah Pun Guna Laluan Tikus

PETALING JAYA: Laluan tikus bukan sahaja digunakan oleh pendatang asing tanpa izin (Pati) untuk pulang ke negara asal tetapi yang menghairankan apabila ia turut digunakan mereka yang mempunyai permit kerja dan dokumen perjalanan yang sah.

[Read more →]

August 1, 2014   Comments Off

Kajang Move bawa PR ke dalam krisis

PETALING JAYA: “Tanya ahli PAS, PKR, DAP dan UMNO, ramai yang mahukan MB Selangor kekal. Alasannya MB sekarang tidak amalkan rasuah, telus dan berjaya menambahkan rizab negeri dengan banyak. “Apakah alasan di atas sahaja yang perlu kita nilai untuk melihat keberkesanan sesebuah pentadbiran? Mungkin bagi setengah orang, tetapi saya sebaliknya,” demikian diluahkan Pensyarah Sains Politik UKM, Prof. Madya Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff.

[Read more →]

August 1, 2014   Comments Off

Isu MB: PKR Kapar nafi setuju keluar kenyataan

SHAH ALAM – Ketua Cabang PKR Kapar, Azizi Ayob menafikan bersetuju mengeluarkan kenyataan yang menggunakan namanya bersama empat lagi ketua cabang PKR berhubung isu menteri besar. Beliau menegaskan tidak pernah bersetuju dengan kenyataan tersebut.

[Read more →]

August 1, 2014   Comments Off

Kedudukan Najib semakin kukuh

A.Kadir Jasin

Dua peristiwa mencetuskan keinginan saya untuk menulis kupasan yang agak panjang ini.Pertama, apabila saya terserempak seorang bekas profesor ekonomi berketurunan India sebuah universiti awam di sebuah kedai kopi pada Hari Raya kedua.Kedua, hujah bekas menteri undang-undang, Mohd Zaid Ibrahim, dan Ahli Dewan Rakyat DAP Kluang, Liew Chin Tong, bahawa (Tun) Abdullah Ahmad Badawi adalah pemimpin yang lebih kuat daripada Datuk Seri Najib Razak.

[Read more →]

August 1, 2014   Comments Off

Brace now for ‘balik KL’ rush

Authorities are gearing up for the return leg of the Hari Raya traffic movement from today as city folk make the journey back from their hometowns.Federal traffic chief Senior Asst Comm Mohd Fuad Abdul Latiff said the traffic situation so far had been positive with no major incidents so far.“However, Ops Selamat is not over yet as the people will be driving back from their holidays over the next few days and we are expecting heavy traffic over the coming weekend,” he said yesterday.

[Read more →]

August 1, 2014   Comments Off

Pengguna FB hina raya juga wajar dihukum

Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menegaskan supaya tindakan tegas diambil terhadap pesalah tidak kira kaum.Khairy juga menyarankan agar pihak berkuasa mengambil tindakan segera berikutan kenyataan seorang pengguna di laman sosial ‘Facebook’ yang menggunakan ID Kelvin Yip yang menghina sambutan Hari Raya oleh Umat Islam.“Kiki minta maaf tapi kena hukum, yang ini juga sepatutnya kena hukum. Sekali untuk semua, kasi ajar sikit,” katanya di dalam status Facebooknya.

[Read more →]

August 1, 2014   Comments Off

Wan Azizah: Saya bukan boneka Anwar

“Saya bukan boneka atau patung Anwar. Masa saya dilantik Presiden parti dulu pun dia dalam penjara.”Itu jawapan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail ketika dibangkitkan peranan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di belakang semua tugasannya. “Apa juga jawatan yang saya pegang adalah di atas tanggungjawab saya sendiri tanpa dibantu oleh sesiapa termasuk Anwar.

[Read more →]

August 1, 2014   Comments Off

Sikap Hadi tidak ancam Pakatan Rakyat

Subky Abdul Latif

Sikap Presiden PAS, Dato Seri Abdul Hadi yang mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor disokong oleh Tok Guru Nik Aziz mengelirukan semua pihak dalam Pakatan Rakyat (PR), termasuk PAS.Ketua PAS itu dikatakan melanggar persetujuan bersama pimpinan Pakatan.PAS tidak perlu berbalah atas kejadian. Keputusan Hadi itu perlu disokong sekali pun ia sikap seorang. Nahas bagi PAS jika menolak pencerahannya kerana dipercayai sikapnya disenangi oleh akar umbi PAS dan akar umbi orang awam yang diam.

[Read more →]

August 1, 2014   Comments Off

PAS Selangor ikrar setia pada Pakatan Rakyat

Pas Selangor memberi jaminan akan setia dan memberi komitmen terhadap kerjasama barisan komponen PR meskipun terdapat penyebaran aplikasi WhatApps berhubung kerjasama dengan Umno.Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, pandangan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki itu adalah berdasarkan analisis serta pendapat peribadi.

[Read more →]

August 1, 2014   Comments Off