Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Kereta Dicuri, Anjing Peliharaan Di Dalamnya Yang Dicari

PETALING JAYA: Pemilik bersama sebuah syarikat pengiklanan, Gursharan Singh, 34, tidak lalu makan dan tidak dapat tidur nyenyak sejak kehilangan anjing peliharaannya, Rabu lepas. Anjing jenis Beagle berusia tujuh tahun, Pixie, sedang berada di dalam kereta jenis Mitsubishi Triton miliknya apabila pencuri membawa lari kenderaannya itu kira-kira pukul 11 malam di luar sebuah bank di Sungai Buloh.

[Read more →]

August 4, 2014   Comments Off

Pakatan sending wrong signals to public

KUALA LUMPUR: The bickering in Pakatan Rakyat (Pakatan) over the Menteri Besar issue has made them look vulnerable in the eyes of the public while showing up their lack of credibility as an alternative to the ruling government, Hindraf chairman P Waythamoorthy said today.

[Read more →]

August 4, 2014   Comments Off

SPAN didesak tangani isu air Selangor

KUALA LUMPUR – Gabungan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (GBC) hari ini menggesa Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) mengambil langkah proaktif menyelesaikan masalah bekalan air untuk penduduk Selangor. Pengerusi GBC, Datuk Mohd Said Mat Saman berkata, SPAN perlu mengutamakan keperluan air bagi penduduk di Selangor tanpa menunggu permohonan daripada kerajaan negeri untuk melaksanakan pelan catuan dan sebagainya.

[Read more →]

August 4, 2014   Comments Off

KDN Kenal Pasti Tiga Warga Somalia Disyaki Terbabit Kumpulan Pengganas

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenal pasti tiga lagi warga Somalia yang disyaki terbabit dalam kegiatan kumpulan pengganas Al-Shabaab. Timbalan Menterinya Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata tiga lelaki tersebut dipercayai masuk ke negara ini menggunakan visa pelajar.

[Read more →]

August 4, 2014   Comments Off

Waris mangsa MH17 bakal terima RM160,000 dalam masa terdekat

Waris terdekat kepada mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 dijangka menerima bayaran pampasan awal sebanyak US$50,000 atau kira-kira RM160,000 dalam jangka masa terdekat.Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata bayaran pampasan awal itu sediakan oleh pihak MAS.”Saya difahamkan bayaran kepada waris yang ini dapat dibuat dalam masa terdekat memandangkan kita sudah sedia maklum apa yang berlaku kepada pesawat itu (MH17),” katanya ketika dihubungi Radio Televisyen Malaysia (RTM) dalam rancangan Selamat Pagi 1Malaysia yang disiarkan di TV1.

[Read more →]

August 4, 2014   Comments Off

Kesal pasaraya jual roti bersosej berkulat

Hasrat satu keluarga untuk menikmati roti yang dibeli di sebuah pasaraya di pinggir bandar di sini terbantut apabila mendapati roti yang berintikan sosej itu telah berkulat serta berulat.Pengadu berkenaan, Saiman Surat, 43, yang tinggal di Taman Puteri di Kluang,Johor berkata, roti berkenaan dibeli Jumaat lalu (1 Ogos) ketika dia bersama isterinya.

[Read more →]

August 4, 2014   Comments Off

Tesco Malaysia nafi hasil jualan disalur pada Israel

Tesco Malaysia menegaskan bahawa pihaknya tidak menyalurkan hasil jualan atau keuntungannya daripada mana-mana cawangan untuk menyokong sebarang kempen bersifat politik, keganasan dan penindasan.Menurut Pengarah Perhubungan Kerajaan dan Hal Ehwal Korporat Azlam Shah Alias, dakwaan kononnya Tesco menyalurkan hasil keuntungan mereka kepada negara tertentu dalam menyokong kempen keganasan adalah tidak benar sama sekali.

[Read more →]

August 4, 2014   Comments Off

Anjur Perhimpunan: Chegubard Dilepaskan Tanpa Dibebaskan

PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin melepas tanpa membebaskan bekas Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Rembau Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai ‘Chegubard’ daripada tuduhan menganjurkan perhimpunan program penghargaan kepada pengundi negeri Selangor, tahun lepas.

[Read more →]

August 4, 2014   Comments Off

Kerajaan Akan Rampas Rumah RPA Yang Disewakan

KANGAR: Kerajaan Perlis akan menarik balik rumah yang diberi di bawah rancangan perumahan awam (RPA) jika didapati pemilik menyewakannya kepada pihak lain. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Mat Hassan berkata langkah keras itu dilihat perlu memandangkan operasi baru-baru ini mendapati ramai pemilik RPA berbuat demikian.

[Read more →]

August 4, 2014   Comments Off

RM4m lost in ‘scratch and win’ scam

SEREMBAN: Victims of the “scratch and win” scam in Seremban alone have lost an estimated total of RM4 million this year, according to Negeri Sembilan police. DAP youth chief Teo Kok Seong said the state’s deputy police chief, Hamzah Md Jamil, disclosed the figure today to him and several PKR leaders when they met him over news reports about the scam.

[Read more →]

August 4, 2014   Comments Off