Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Sabah lebih memerlukan bantuan, bukan saja rakyat Palestin

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah digesa untuk membawa pulang rakyat Sabah menganggur yang dilaporkan tinggal di jalan-jalan di Kuala Lumpur. Aktivis sosial veteran Anne Keyworth mencadangkan supaya kerajaan Sabah mengagihkan sejumlah kecil daripada belanjawan tahunan yang besar untuk mengenal pasti rakyat Sabah yang tiada tempat tinggal.

[Read more →]

August 5, 2014   Comments Off

Krisis MB Selangor: Pakatan Rakyat Sedia Hadapi Pilihan Raya Mengejut

PETALING JAYA: Pakatan Rakyat sedia menghadapi pilihan raya mengejut di Selangor sekiranya krisis politik di negeri itu gagal diselesaikan secara baik. Malah, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau yakin rakyat Selangor akan memberi sokongan penuh terhadap Pakatan Rakyat untuk menerajui negeri itu.

[Read more →]

August 5, 2014   Comments Off

JKM: Tiada istilah anak tiada dokumen

BANGI – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menegaskan pihaknya bertanggungjawab mendokumenkan setiap kanak-kanak yang ditemui tanpa mengira warganegara. Namun, Pengarah Bahagian Kanak-kanak JKM, Afran Sulaiman berkata, kebanyakan kanak-kanak yang ditemui tanpa dokumen diklasifikasikan sebagai ‘anak tanpa dokumen’.

[Read more →]

August 5, 2014   Comments Off

Polis ‘mabuk’ dikenakan tindakan ‘Non Active Duty’

KUALA LUMPUR – Seorang konstabel polis yang didakwa melepaskan tembakan amaran terhadap orang awam di Jalan Ampang, di sini, Ahad lalu telah dikenakan tindakan ‘Non Active Duty’. Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata anggota polis berkenaan tidak dibenarkan memakai uniform dan menggunakan senjata api.

[Read more →]

August 5, 2014   Comments Off

Miti digesa sekat dagangan Malaysia-Israel

SHAH ALAM – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed didesak untuk mendedah dan mengenakan sekatan ke atas aktiviti perniagaan syarikat-syarikat yang mempunyai hubungan dagangan dengan Israel. Menurut Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, data yang diperoleh daripada laman web Biro Statistik Israel pada tahun 2011 menunjukkan Malaysia telah mengeksport hasil sawit, kelapa, minyak sayuran bernilai kira-kira USD$19.41 juta, hasil koko bernilai USD$8.67 juta dan hasil getah bernilai USD$11.54 juta.

[Read more →]

August 5, 2014   Comments Off

Krisis MB Selangor: Dakwaan PKR Biar Mahkamah Tentukan – Khalid

SHAH ALAM: Sebarang dakwaan salah laku dalam perjanjian tanah dan tawaran perniagaan melibatkan kerajaan Selangor perlu diputuskan oleh pihak mahkamah, kata Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Kenyataannya itu adalah mesej ringkas Menteri Besar Selangor itu kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang membuat dakwaan menerusi nota penjelasan merangkumi fakta kes berkaitan kelemahan aspek integriti Khalid.

[Read more →]

August 5, 2014   Comments Off

Hina Islam: AG, SKMM diberi kata dua

PUTRAJAYA – Pemuda Umno Malaysia hari ini memberi tempoh tujuh hari kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Jabatan Peguam Negara untuk memberikan penjelasan serta mengambil tindakan tegas terhadap beberapa pihak yang menghina agama Islam secara terbuka di laman media sosial, baru-baru ini.

[Read more →]

August 5, 2014   Comments Off

MSN mahu diberikan lebih ‘kuasa’

TIDAK mahu ‘pisang berbuah dua kali’, Majlis Sukan Negara (MSN) mahu diberi lebih ‘kuasa’ dalam menentukan senarai atlet yang akan menyertai kontinjen negara ke Sukan Asia di Incheon, September depan. Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong berkata, satu perbincangan dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan diadakan dalam masa terdekat untuk memastikan atlet yang akan mengambil bahagian di Sukan Asia benar-benar berkualiti dan mampu memberi saingan.

[Read more →]

August 5, 2014   Comments Off

Khalid dipaksa berhenti kerana masalah Anwar

Aspan Alias

Seandainya Khalid Ibrahim berjaya di ketepikan maka keseluruhan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor perlu meletakan jawatan mereka dari menjadi Ahli Majlis Mesyuarat tersebut. Tetapi jika mereka dilantik kembali oleh penggantinya maka itu tidak menjadi masalah. Tetapi yang pentingnya mereka wajar berhenti secara ‘gentleman’ kerana mereka adalah kabinet negeri yang dilantik oleh Menteri Besar Khalid.

[Read more →]

August 5, 2014   Comments Off

Islam Melayu yang keliru

Anuar Mohd Noor

“Asas kita penuh kerapuhan kerana – dalam konteks Melayu itu Islam – Islam itu Islam dan bukan Melayu – memperjuangkan kebangsaan itu salah – sungguhpun majoriti kebangsaan itu mendukung Islam – perjuangan politik dan Islam itu sekali atau berbeza – kontradiksi yang melampau dalam asas pembentukan kemajuan Islam dan Melayu yang akhirnya menimbulkan pertelagahan – perbezaan dan pengecilan dalam majoriti.”

[Read more →]

August 5, 2014   Comments Off