Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Nik Aziz Tetap Pertahan Abdul Khalid Sebagai MB Selangor

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini sekali lagi mempertahankan kenyataannya agar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor. Nik Abdul Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan berkata tidak ada sebab baginya untuk mengubah pendirian berhubung kemelut isu Menteri Besar Selangor itu.

[Read more →]

August 6, 2014   Comments Off

Kalau TV3, Utusan, RTM sokong Khalid, bermakna Khalid jahat

PETALING JAYA: Pemerhati politik, Hishamuddin Rais menjelaskan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sepatutnya meletakkan jawatannya bukan hari ini, tetapi semalam. “Khalid tidak lagi mewakili sesiapa, dan partinya juga tidak lagi menyokongnya dan kini yang menyokongnya hanyalah Hadi dan ‘Din Ayam’,” katanya dalam Forum Krisis Selangor-Pakatan Berpecah di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor (KLSCAH), malam tadi.

[Read more →]

August 6, 2014   Comments Off

Zahid: Siasatan MH17 capai tahap 50 peratus

SEPANG – Siasatan berhubung tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 sehingga kini sudah mencapai tahap 50 peratus berdasarkan bahan bukti yang diperoleh di kawasan insiden serta keterangan saksi, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

[Read more →]

August 6, 2014   Comments Off

GST: Kesedaran PKS India masih rendah

KESEDARAN dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) India mengenai cukai barang dan perkhidmatan (PKS) masih rendah, kata Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Kuala Lumpur dan Selangor. Presidennya Madhu Sudan Nair berkata PKS masih mengambil sikap tunggu dan lihat dan tidak mengambil inisiatif untuk memahami lebih mendalam mengenai rejim percukaian baharu itu.

[Read more →]

August 6, 2014   Comments Off

Hanipa lebih sayangkan parti PAS berbanding Presiden PAS

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Sepang dari parti PAS, Hanipa Maidin berkata beliau lebih sayangkan parti berbanding presidennya sendiri. Menurut Hanipa, presiden PAS boleh datang dan pergi namun kita harus kekalkan apa yang telah dipersetujui demi mandat yang telah diberikan oleh rakyat.

[Read more →]

August 6, 2014   Comments Off

Umno bersedia jika ada pilihan raya

KUALA LUMPUR – Umno bersedia untuk menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Negeri Selangor, jika ia penyelesaian yang dipilih kerajaan negeri bagi menyelesaikan kemelut pelantikan menteri besar baharu bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

[Read more →]

August 6, 2014   Comments Off

Isu MB Selangor: Media Difitnah

PETALING JAYA: Dalam situasi kelam kabut selepas dua kenyataan media berbeza dikeluarkan berhubung isu calon Menteri Besar Selangor, ada pihak mendakwa petugas media mengedarkan satu daripada kenyataan berunsur sabotaj itu. Dakwaan tanpa usul periksa itu dibuat Ketua Cabang PKR Tanjong Karang, Mohd Yahya Mah Shari.

[Read more →]

August 6, 2014   Comments Off

Rafizi: PR pernah namakan Ku Li bakal PM

KUALA LUMPUR – Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mengakui bahawa Pakatan rakyat (PR) sukar mendapatkan persetujuan dari parti lain terutamanya Pas menyebabkan ‘Langkah Kajang’ dirancang secara persendirian awal tahun ini. Oleh kerana itu, kata Rafizi PKR bertindak ‘berani mati’ untuk melancarkan perancangan itu walaupun tanpa kehadiran Pas.

[Read more →]

August 6, 2014   Comments Off

Owner of Volvo truck transported BUK missile claimed pro-Russian rebels stolen his truck

Johannesburg, Aug 5 (ANI): The owner of the Volvo truck that transported a BUK missile into Ukraine before it was used for downing Malaysia Airlines flight MH17, has finally been located and is now reportedly scared for his life.According to News.com.au, new evidence suggests pro-Russian rebels are responsible for the attack after the man, known only as Vasilijus, told Lithuanian website alfa that the vehicle was stolen by them on July 8.

[Read more →]

August 6, 2014   Comments Off

Cara melampau serang McDonald’s di Dungun dikecam oleh NGO pro-Palestin

Aqsa Syarif yang merupakan salah satu tulang belakang pergerakan ‘Boikot Israel’ telah menyelar perbuatan sekumpulan orang yang mengganggu premis McDonald’s Dungun tempoh hari.Mereka meminta kumpulan yang terlibat supaya mengawal diri dan tidak melakukan tindakan yang melampau serta melanggar batas undang-undang.Tindakan liar dan melampau tidak tergolong sebagai menyokong inisiatif boikot. Ia sebaliknya lebih mirip kepada perbuatan merosakkan harta benda awam (vandalisme).

[Read more →]

August 6, 2014   Comments Off