Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

2020: 50% pekerja kemahiran tinggi diperlukan

KUALA LUMPUR – Malaysia perlu membuat persiapan ke arah mencapai 50 peratus pekerja cekap dan berkemahiran tinggi menjelang 2020 untuk mengekalkan kelebihan daya saing dalam usaha untuk menjadi ekonomi berpendapatan tinggi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala.

Beliau berkata, ironinya, pekerja berkemahiran tinggi merupakan hanya 25.5 peratus daripada 12.7 juta pekerja d negara ini.

Sambil menegaskan bahawa tumpuan dan daya saing adalah ramuan utama ke arah mencapai ekonomi berpendapatan tinggi, beliau berkata: “Kita perlu memberikan tumpuan kepada bidang-bidang yang boleh menjadikan kita juara global dan kerajaan telah memilih 12 Bidang Ekonomi Utama Negara untuk diberikan tumpuan.”

Idris, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan, berkata untuk berdaya saing kita memerlukan pengupaya dalam bentuk bakat dan tenaga manusia.

Kata beliau menjadi berdaya saing adalah amat penting untuk menarik pelaburan asing dan tempatan.

Justeru itu, Malaysia perlu mewujudkan suasana yang kondusif agar daya saing dapat berkembang, katanya dalam ucaptamanya semasa pelancaran HR Network, Talent Corporation Malaysia (TalentCorp) di sini, hari ini.

HR Network memberikan tumpuan kepada empat bidang yang penting kepada agenda bakat negara — kepelbagaian dan keterangkuman, keupayaan sumber manusia, pembangunan kepimpinan, dan kebolehpasaran graduan.

Pada acara itu, Idris menyaksikan upacara menandatangani memorandum persefahaman antara TalentCorp dan penyedia latihan sijil profesional sumber manusia yang diperakui oleh Institut Sumber Manusia Australia, Institut Pengurusan Sumber Manusia Malaysia, Institut Berkanun Kakitangan dan Pembangunan, dan Persatuan Pengurusan Sumber Manusia.

- Cecair Perangsang Isteri Paling Hebat Untuk Atasi Masalah Isteri Dingin Dengan Suami Dalam Masa 10 Minit Sahaja Selepas Guna!…
- Cerahkan Puting, Tempat Sulit Wanita, Celah Paha & Ketiak Dalam Masa 3 Hari Sahaja. Hebat Dan Berkesan!…
- Hormon Wangi Pemikat Lelaki No #1 Paling Berkuasa Di Dunia Kini Di Malaysia. Dapatkan Sekarang Juga!…

Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp, Johan Mahmood Merican berkata, pensijilan profesional itu akan menjadi pemangkin dalam meningkatkan aras profesion sumber manusia negara ini, sejajar dengan inisiatif untuk memperkukuh piawaian sumber manusia.