Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

MH17: Ibu dan anak dikebumikan dalam satu liang lahad

Jenazah dua mangsa tragedi MH17 dari Sarawak Allahyarham Ariza Ghazalee dan Muhd Afif telah selamat dikebumikan selepas solat asar hari ini.Terlebih dahulu jenazah kedua dua anak beranak berkenaan yang tiba dari Kuala Lumpur kira kira jam 2.17 petang di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia Kuching mengunakan pesawat Charlie telah diiringi oleh Menteri Pembangunan Wanita Keluarga Dan Masyarakat Datuk Sri Rohani Abdul Karim dan juga Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof.

[Read more →]

August 22, 2014   No Comments

5 jam tunggu untuk ubat panadol di hospital Kuching?

“Saya sendiri terpaksa menunggu hampir lima jam di Bahagian Kecemasan hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan dan akhirnya hanya menerima panadol serta ubat luka,” demikian luah Mufti Perlis Datuk Dr. Juanda Jaya selepas beliau pergi mendapatkan rawatan di Hospital Umum Sarawak ekoran dirompak.

[Read more →]

August 22, 2014   No Comments

PKR mahu rampas kerusi DUN Pengkalan Kubor

Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedia untuk merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor pada pilihan raya kecil kawasan itu nanti.Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali berkata, kerusi DUN Pengkalan Kubor secara tradisinya akan ditandingi PKR.”Saya telah pun memaklumkan perkara ini kepada Presiden PAS dalam pertemuan saya dengan beliau semalam (Khamis).”Kita akan mengadakan perbincangan secara khusus selepas selesai kongres ini untuk melihat persiapan PRK,” katanya kepada pemberita di Kongres Nasional AMK ke-10 di sini, Jumaat.

[Read more →]

August 22, 2014   No Comments

Nurul Izzah backing her mum as new MB

PKR vice-president Nurul Izzah said her mother, Wan Azizah, will be a better Menteri Besar (MB) than Khalid Ibrahim because of her caring nature to listen to problems.“All leaders should show empathy, which is a vital quality,” she told a press conference after launching the PKR Wanita Congress in Stadium Melawati Shah Alam today.Nurul Izzah said her mother would be able to solve the problems of Selangorians. Nurul Izzah said she supported her mother after her father, Anwar Ibrahim, was thrown behind bars in 1999.

[Read more →]

August 22, 2014   No Comments

MH17: Jenazah Dua Lagi Mangsa Disahkan Tiba Ahad Ini

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya dua lagi jenazah rakyat Malaysia yang terkorban dalam nahas pesawat MH17 akan tiba di tanah air, Ahad ini.

[Read more →]

August 22, 2014   No Comments

MH17: Keluarga Mangsa Harap Dua Mayat Lagi Dapat Dikenal Pasti

GEORGE TOWN: Anggota keluarga tiga sekeluarga dari Greenlane, di sini berharap dua lagi mayat insan tersayang mereka dalam tragedi MH17 dapat dikenal pasti dan dibawa pulang ke tanah air secepat mungkin. Loh Ean Tin berkata, setakat ini mereka sekeluarga dimaklumkan hanya mayat kakaknya Loh Yan Hwa yang telah dikenal pasti, manakala mayat ibunya Tan Siew Poh dan abang iparnya Fan Shun Po belum dikenal pasti.

[Read more →]

August 22, 2014   No Comments

Selamat pulang, tenanglah jenazah nahas MH17

AMSTERDAM – Kepulangan yang telah lama dinantikan. Sebaik sahaja dua pegawai Kedutaan Malaysia dan wakil Malaysia Airlines (MAS) membuat proses pemeriksaan akhir, 20 jenazah mangsa nahas MH17 akhirnya diterbangkan pulang ke tanah air pada 3.40 petang Khamis (9.40 malam waktu Malaysia).

[Read more →]

August 22, 2014   No Comments

Solidariti kepada Gaza, MH17, MH370

SHAH ALAM – Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini menunjukkan tanda solidariti terhadap kepulangan 20 jenazah mangsa MH17 yang ditembak jatuh ke tanah air, penderitaan penduduk Gaza dan kehilangan pesawat MH370.

[Read more →]

August 22, 2014   No Comments

Negara bertafakur seminit; senarai laluan penghantaran jenazah

Seluruh negara bertafakur selama seminit selepas jenazah mangsa nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 selamat tiba di tanah air.Terdahulu, kesemua jenazah yang dibalut dengan Jalur Gemilang diturunkan dari pesawat khas itu sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira pukul 9.55 pagi Jumaat.

[Read more →]

August 22, 2014   No Comments

Banyak pusat membeli-belah akan turut bertakafur

Pusat beli-belah akan turut berkabung semasa Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi Pesawat MH17 bagi menghormati 20 jenazah mangsa nahas yang tiba di Malaysia untuk disemadikan hari ini.Pengurus Komunikasi dan Perhubungan Awam Suria Kuala Lumpur City Centre (KLCC) Fartini Zaharuddin berkata pihaknya akan bertafakur selama seminit bagi menghormati jenazah tragedi pesawat MH17.

[Read more →]

August 22, 2014   No Comments