Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Adik Najib bawa pulang gaji & ganjaran RM9 juta tahun lepas

Ketua Eksekutif CIMB Datuk Seri Nazir Razak dan Pengerusi Puncak Niaga Holdings Tan Sri Rozali Ismail antara enam eksekutif penting yang mendapat ganjaran kurang tahun lalu berbanding sebelumnya.Laporan tahunan majalah Malaysian Business berkaitan ganjaran diperoleh pengarah-pengarah berkata, Nazir, yang juga adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, “turun daripada tangga ke-13 sebelum ini ke tangga ke-16”.

“(Beliau) membawa pulang RM9 juta, berbanding RM10 juta pada 2012,” lapor majalah itu dalam edisi terkininya.

Tinjauan itu juga mendapati enam daripada carta 20 teratas pengarah-pengarah yang menerima kurang ganjaran pada 2013.

Selain Nazir dan Rozali, mereka ialah: Hassan Assad Basma (Bumi Armada Bhd), Datuk Seri Jamaludin Ibrahim (Axiata Group Bhd), Choong Yee How (Hong Leong Financial Group Bhd) dan Tan Sri AK Nathan (Eversendai Corporation Bhd).

Menurut majalah itu, individu mendapat bayaran tertinggi di Puncak Niaga memperoleh antara RM13.5 hingga RM13.55 juta.

Senarai itu diungguli oleh Genting Bhd yang terus memberikan bayaran tertinggi untuk pengarah-pengarah dan eksekutif kanannya.

Bayaran tertinggi kepada individu di Genting dan Genting Bhd hampir RM200 juta pada 2013.

Ia menyenaraikan Tan Sri Lim Kok Thay sebagai eksekutif kanan untuk kedua-dua syarikat itu.

Ia kemudian diikuti oleh IOI Corp, Tropicana Corp dan YTL Corp