Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Isteri Mazidul kesal fitnah suaminya kononnya tenat

Isteri kepada personaliti TV3, Mazidul Akmal Sidek iaitu yang dikenali sebagai Fazlin kecewa terhadap beberapa laporan portal dan blog yang memberi gambaran serta persepsi salah terhadap keadaan kesihatan suaminya yang dikatakan tenat akibat serangan strok dan berada dalam keadaan ‘induced coma’ atau koma sementara.

“Apa yang dilaporkan semuanya tidak benar dan minta maaf saya tidak dapat menjawab apa-apa soalan mengenai Mazidul kerana mahukan privasi,” uja Fazlin seperti yang dilaporkan mStar online hari ini.


Sementara itu, menurut sumber terdekat Mazidul, bekas pengacara 999 itu masih dirawat di Pusat Perubatan Pantai, Bangsar namun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai keadaan kesihatannya secara terperinci.

Beliau dilaporkan kini beransur pulih dipercayai akibat serangan strok pada Julai lalu.

“Apa yang boleh saya beritahu dia semakin sihat dan doakan untuk kesihatannya,” kata ahli keluarga terdekat personaliti itu

Dalam perkembangan sama, pihak TV3 memaklumkan Mazidul masih diberi cuti dan sedang menerima rawatan di pusat perubatan berkenaan.