Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Kajang Move bawa PR ke dalam krisis

PETALING JAYA: “Tanya ahli PAS, PKR, DAP dan UMNO, ramai yang mahukan MB Selangor kekal. Alasannya MB sekarang tidak amalkan rasuah, telus dan berjaya menambahkan rizab negeri dengan banyak. “Apakah alasan di atas sahaja yang perlu kita nilai untuk melihat keberkesanan sesebuah pentadbiran? Mungkin bagi setengah orang, tetapi saya sebaliknya,” demikian diluahkan Pensyarah Sains Politik UKM, Prof. Madya Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff.

Pensyarah kelahiran Machang, Kelantan ini berpendapat berbanding dengan kerajaan negeri BN dahulu, beliau ternyata lebih selesa dengan kerajaan dahulu.

- Cecair Perangsang Isteri Paling Hebat Untuk Atasi Masalah Isteri Dingin Dengan Suami Dalam Masa 10 Minit Sahaja Selepas Guna!…
- Cerahkan Puting, Tempat Sulit Wanita, Celah Paha & Ketiak Dalam Masa 3 Hari Sahaja. Hebat Dan Berkesan!…
- Hormon Wangi Pemikat Lelaki No #1 Paling Berkuasa Di Dunia Kini Di Malaysia. Dapatkan Sekarang Juga!…

“Waktu itu sampah dikutip tepat waktunya, rumput dipotong tepat waktunya, bandarnya lebih bersih, keceriaan bandar lebih menarik, longkang jarang tersumbat, lampu jalan lebih bercahaya dan jalan berlubang cepat diperbaiki.

“Sekarang ini datanglah ke rumah saya. Tengok sampah, tengok rumput dan tengok jalan. Aduh!,” katanya.

Tambah beliau, isu ini pernah diajukan kepada pemimpin PKR dalam satu forum.

“Bukannya pertanyaan saya yang ditanggapi, tetapi saya yang ditegur. Katanya, soal sampah sarap, jalan berlubang, rumput panjang itu adalah hal kecil.

“Hal besar ialah kita perlu tumbangkan BN kerana rasuah, kronisme, penyelewengan, ketidakadilan, kebebasan media, SPR, kecekapan pentadbiran, hak rakyat dan lainnya,” katanya.

Dalam hal ini, beliau berpendapat bahawa yang bersalah ialah pemimpin PKR yang membuat Langkah Kajang. Bagaimana boleh membuat Langkah Kajang tanpa terlebih dahulu berbincang dengan rakan dalam PR?

- Alat Besarkan, Kuatkan, Panjangkan Alat Lelaki No #1 Paling Laris Di UK. Kini OFFER 50% Di Malaysia!…
- Vimax Original Kanada Dari Myidaman. 300% Pemulangan Wang Kalau ANDA Beli Vimax Yang Palsu Dari Kami!!…

- Rawat Masalah Ketegangan & Mati Pucuk Suami Dengan Mudah, Pantas & Berkesan. Berusahalah Untuk Kebahagiaan!!..

Menurut Agus, pemimpin PKR tidak perlu memberi kenyataan yang tidak betul.

“Itu menipu namanya. Contohnya, kata Langkah Kajang bukan untuk menukar MB, tetapi akhirnya mencadangkan Dr. Wan Azizah untuk menggantikan MB sekarang. Belajarlah untuk berunding dengan rakan lain dalam PR sebelum membuat sesuatu keputusan penting.”

“Langkah Kajang inilah yang membawa PR ke dalam krisis,” akhirinya.