Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Kedudukan Najib semakin kukuh

A.Kadir Jasin

Dua peristiwa mencetuskan keinginan saya untuk menulis kupasan yang agak panjang ini.Pertama, apabila saya terserempak seorang bekas profesor ekonomi berketurunan India sebuah universiti awam di sebuah kedai kopi pada Hari Raya kedua.Kedua, hujah bekas menteri undang-undang, Mohd Zaid Ibrahim, dan Ahli Dewan Rakyat DAP Kluang, Liew Chin Tong, bahawa (Tun) Abdullah Ahmad Badawi adalah pemimpin yang lebih kuat daripada Datuk Seri Najib Razak.

Najib lebih kuat daripada Abdullah dari segi politik

Dalam peristiwa pertama, saya terperanjat melihat wajah cendekiawan akademik itu. Beliau muram dan murung duduk berseorangan.

Saya bertanya adakah dia sakit atau kurang sihat? Katanya, dia tidak ada masalah kesihatan, tetapi jiwanya kacau melihat apa yang berlaku di Malaysia pada akhir-akhir ini dan menambah bahawa Malaysia nampak seolah-olah tanpa kepimpinan serta berkemungkinan meledak.

Saya katakan, Malaysia mungkin sudah “implode” – meledak dari dalam.

Di kedai kek berhampiran pula, taukenya – seorang wanita Cina – menunjukkan ke arah peti televisyen yang sedang menyiarkan berita. “All bad news (Semua berita buruk),” katanya.

Saya menasihati bekas pengajar universiti itu agar jangan terbawa-bawa dengan gundah-gulananya sehingga merana memakan diri.

Saya katakan kepada beliau: “Buat apa saudara gundah-gulana sehingga memakan diri sedangkan orang memerintah mungkin tidak pun peduli!”

Kepimpinan bentuk baru

Sama ada benar atau tidak, tanggapan bahawa Malaysia kini menderita keruntuhan kepemimpinan (leadership breakdown), realitinya (dan ironinya) cukup menarik, iaitu Najib, sebagai orang nombor satu dalam kepemimpinan negara, berjaya meletakkan dirinya sebagai perdana menteri yang kuat dari segi kedudukan politik.

Dari segi pentadbiran, beliau mungkin tidak sekuat Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Abdul Razak Hussein atau Tun Dr Mahathir Mohamad. Tetapi beliau cukup kuat dari segi kedudukan politik, setidak-tidaknya pun secara perbandingan.
- Alat Besarkan, Kuatkan, Panjangkan Alat Lelaki No #1 Paling Laris Di UK. Kini OFFER 50% Di Malaysia!…
- Vimax Original Kanada Dari Myidaman. 300% Pemulangan Wang Kalau ANDA Beli Vimax Yang Palsu Dari Kami!!…

- Rawat Masalah Ketegangan & Mati Pucuk Suami Dengan Mudah, Pantas & Berkesan. Berusahalah Untuk Kebahagiaan!!..

Justeru itu, sesiapa pun yang berhasrat menjatuhkan beliau atau mengharapkan kejatuhan beliau sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri adalah bermimpi di siang hari atau lebih mirip kepada mengigau dan meracau.

Najib mustahil boleh dijatuhkan sebagai Presiden Umno dan selagi beliau kekal Presiden Umno, beliau akan kekal sebagai Perdana enteri.

Hanya Umno yang boleh menjatuhkan Mohd Najib, tetapi selepas lebih lima tahun beliau menjadi perdana menteri dan Presiden Umno, tidak wujud sebarang tanda bahawa ada pemimpin Umno yang mampu atau mahu mencabar beliau.

Yang terdekat adalah Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Tetapi beliau mengisytiharkan yang beliau “tired” (letih) dan tidak berminat mencabar Najib.

Antara alasan beliau adalah beliau tidak mahu dituduh tidak boleh bekerjasama dengan mana-mana perdana menteri.

Perlu diingatkan yang Muhyiddin adalah pemimpin tertinggi Umno yang tegas mahu Abdullah meletakkan jawatan sebagai perdana menteri selepas Pilihan Raya Umum 2008.

Baru-baru ini, Muhyiddin membisikkan kepada saya yang beliau sedang mengalami “sindrom timbalan perdana menteri” – merujuk kepada ramainya TPM yang tidak naik menjadi PM – (Tun) Dr Ismail Abdul Rahman (meninggal dunia), (Tun) Musa Hitam (meletak jawatan), (Tun) Abdul Ghafar Baba (meletak jawatan) dan (Datuk Seri) Anwar Ibrahim (disingkirkan).

Main selamat baik untuk Najib

Hatta Dr Mahathir yang begitu popular dan cemerlang pun tidak bernasib baik atau kuat dalam parti seperti Najib.

Tidak sampai lima tahun menjadi PM dan Presiden Umno, Dr Mahathir sudah mula dicabar, bermula dengan peletakan jawatan Musa sebagai TPM pada awal tahun 1986 dan dituruti pada tahun berikutnya oleh cabaran Tengku Razaleigh Hamzah dalam pertandingan jawatan Presiden Umno.

Tidak ada sebarang isyarat bahawa wujud watak-watak seperti Tengku Razaleigh dan Musa dalam kepemimpinan Umno hari ini yang boleh mengancam kedudukan Najib.

Najib sering disindir kerana kononnya main selamat (play safe). Apa yang kurang disedari adalah amalan main selamat itu menjadikan Najib kuat. Beliau tidak mencetuskan permusuhan dengan sesiapa dan berbaik-baik dengan semua. Amalan main selamat membawa tuah kepada beliau.

Dan sejak menjadi PM pada 4 April, 2009 beliau menggunakan kuasa politik, eksekutif dan ekonomi untuk meramaikan penyokong setia, menjinakkan penentang dan memusnahkan musuh.

Hasilnya beliau melantik ahli kabinet, penasihat, pegawai khas dan perunding pelbagai kelas paling ramai dalam sejarah PM Malaysia.

Ramai pengkritik beliau di dalam dan luar Umno, termasuk veteran parti, telah menyerah kalah. Mereka sudah mati akal berdepan dengan “elegant silence” beliau. Mereka tidak tahu apa lagi yang boleh mereka lakukan demi Umno dan negara.

Siapa kata Najib lembik? Kalau ya pun, beliau sekadar mempamerkan sifat itu bagi mengelirukan dan memerangkap penentang-penentangnya – umpama mentadak (praying mantis) yang terenjut-enjut atas daun, tetapi sepantas kilat menerkam.

Nasib Najib luar biasa baiknya. Kalau kita percaya kepada laporan media massa dalam dan luar negara, hatta tragedi yang menyayat hati seperti penembakjatuhan MH17 pun menjadikan Najib lebih kuat dan popular.

Ke mana arah tujuan kita?

Buat waktu ini, kedudukan politik Najib nampak cukup baik, unggul dan tenteram. Tidak ada siapa yang boleh menjatuhkan beliau.

Dalam situasi itu, Umno yang dikatakan lemah dan Barisan Nasional yang tidak bermaya akan terus memerintah kerana Pakatan Rakyat tidak lagi kuat.

Pergolakan dalam PR berkaitan perebutan jawatan menteri besar Selangor di kalangan kepemimpinan Parti Keadilan Rakyat menguatkan lagi kedudukan Najib.

Apa yang membimbangkan adalah pengundi bukan lagi akan memilih di antara “the devil that they know” dengan “the devil that they don’t know” seperti diungkapkan oleh Dr Mahathir ketika PRU 2013, sebaliknya memilih antara yang terkuat di kalangan yang lemah.

Natijahnya, kalau kemampuan kepemimpinan negara yang diterajui oleh Mohd Najib menguruskan ekonomi hambar, keselamatan tidak terjamin dan kedaulatan negara dicerobohi maka yang akan menderita adalah rakyat jelata.

Mohd Najib kuat, tetapi rakyat jelata belum tentu kuat juga.

Wallahuaklam.

Sumber: kadirjasin.blogspot.com