Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Krisis Selangor: Ibrahim Ali dakwa PAS pengecut

Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali malam tadi berkata bahawa pemimpin PAS melepaskan peluang keemasan untuk membuktikan bahawa mereka boleh menggantikan UMNO demi masa depan Islam dan Melayu.“Tapi PAS akhirnya menjadi parti pengecut sehingga membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulama dan mengenepikan pendirian Presiden serta Mursyidul Am,” tegasnya dalam satu kenyataan.

Beliau juga menilai bahawa PAS menunjukkan sifat sebagai sebuah parti sekular yang tidak ada bezanya dengan UMNO.

“PAS jauh dari layak untuk menggantikan UMNO, cakap saja Islam tetapi mempermainkan hukum Allah dalam berpolitik,” sindirnya.

Ibrahim juga menduga bahawa Tuanku Sultan Selangor pasti sukar untuk menerima Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datin Seri Wan Azizah sebagai menteri besar dengan alasan beliau bukanlah anak jati Selangor.

“Azmin Ali pula didalam media sebelum ini dikaitkan dengan mempersendakan institusi Raja dan Istana Negara, betul atau tidak Wallahualam, tambahnya lagi.

Ibrahim berpendapat PKR harus mengusulkan calon ke tiga yang mempunyai kelayakan dari kalangan ahli PKR.

“Tak kan lah tak ada calon lain yang lebih layak dalam PKR selain Wan Azizah dan Azmin.”

“Politik Selangor akan terus bergolak, sebaiknya Tan Sri Khalid Ibrahim menasihati Tuanku Sultan Selangor untuk bubarkan DUN,” akhirinya.