Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Krisis Selangor: Pakatan perlu elak konflik dengan istana

Jalan terbaik yang boleh dilakukan bagi menangani kemelut yang berlaku dalam pentadbiran Selangor adalah melalui jalan perundingan antara Adun PR dan pihak istana.Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, ketika ini PR dilihat seolah-olah mendesak Sultan Sharafuddin Idris Shah apabila kemuka hanya satu nama calon menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar.

“Dari segi perundangan, Sultan perlu menerima calon yang mendapat majoriti Adun kerana suara itu digambarkan daripada sokongan rakyat, namun dari sudut jangka panjang akan timbul konflik dengan pentadbiran kerajaan negeri nanti dengan pihak istana. Jalan terbaik adalah duduk bermuafakat kerana sultan ada kuasa untuk membubar Dun, dan saya percaya itu juga bukan pilihan PR,” katanya.

Menurutnya, cara lain yang boleh diambil oleh PR adalah mengemukakan lebih daripada satu nama yang dianggap mampu mendapat sokongan majoriti.

Katanya, pelantikan menteri besar di Selangor terletak di bawah kuasa Sultan sebagaimana termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Beliau berkata, menurut Perkara 53 (2) (a) undang-undang itu, baginda boleh melantik seorang Adun pada pandangan baginda yang mendapat keyakinan majoriti Adun, selaku menteri besar.

Di bawah Perkara 55 (2) (a) pula, dinyatakan baginda boleh menggunakan budi bicara dalam pelantikan menteri besar.

Bagaimanapun, katanya, tindakan PR memanggil Adun membuat akuan bersumpah bagi menyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail itu sedikit sebanyak merumitkan keadaan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor hari ini.

“Praktis mendapat budi bicara Sultan itu sudah diamalkan sejak tahun 60-an lagi, situasi sekarang ini agak rumit apabila akuan bersumpah itu boleh dianggap sah.

“Cara terbaik adalah dengan duduk berbincang, pihak istana akan menyatakan alasan mengapa calon berkenaan ditolak dan PR akan memberi alasan dipihak mereka pula,” katanya.

Pendapat sama diutarakan Pakar Perlembagaan daripada Majlis Profesor Negara, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, bahawa budi bicara Sultan amat jelas seperti mana yang tertera pada Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

“Berdasarkan prinsip Raja Berperlembagaan dalam keadaan di mana sebuah parti mempunyai majoriti di dalam Dun dan mencadangkan satu nama, budi bicara Sultan adalah melantik calon itu.

“Bagaimanapun, dalam keadaan di mana tiada seorang calon pada pandangan baginda mempunyai majoriti, baginda boleh guna budi bicara untuk memilih calon yang pada pandangan baginda akan mendapat sokongan majoriti. Sultan menjalankan kuasa beliau mengikut Perlembagaan sebagai Raja Berperlembagaan,” katanya.

Nik Ahmad Kamal berkata, dari sudut praktis yang diamalkan dalam negara, kebiasaannya calon menteri besar itu mendapat perkenan Sultan sebelum pelantikan dibuat.
- Cecair Perangsang Isteri Paling Hebat Untuk Atasi Masalah Isteri Dingin Dengan Suami Dalam Masa 10 Minit Sahaja Selepas Guna!…
- Cerahkan Puting, Tempat Sulit Wanita, Celah Paha & Ketiak Dalam Masa 3 Hari Sahaja. Hebat Dan Berkesan!…
- Hormon Wangi Pemikat Lelaki No #1 Paling Berkuasa Di Dunia Kini Di Malaysia. Dapatkan Sekarang Juga!…

Pada 10 Ogos lalu, Dr Wan Azizah memohon menghadap baginda, namun permohonan Presiden PKR itu tidak mendapat perkenan istana.

Namun, setelah mendapat sokongan majoriti melalui akuan bersumpah Adun PR, beliau yang juga Adun Kajang sekali lagi memohon menghadap baginda.