Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Mahathir kena beri Najib ruang, peluang

SHAH ALAM – Teguran terbuka bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam paparan terbaru blognya, chedet.cc kelmarin dilihat sebagai seorang bapa menegur anaknya kerana beliau masih mengambil berat tentang hal-hal negara.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kepimpinan hari ini menghormati perdana menteri ke empat itu sebagai seorang bapa, namun sebaiknya teguran kepada anak itu tidak dibuat secara terbuka dan bukan di khalayak ramai.

- Alat Besarkan, Kuatkan, Panjangkan Alat Lelaki No #1 Paling Laris Di UK. Kini OFFER 50% Di Malaysia!…
- Vimax Original Kanada Dari Myidaman. 300% Pemulangan Wang Kalau ANDA Beli Vimax Yang Palsu Dari Kami!!…

- Rawat Masalah Ketegangan & Mati Pucuk Suami Dengan Mudah, Pantas & Berkesan. Berusahalah Untuk Kebahagiaan!!..

“Sebagai menteri, saya merasakan kadangkala Tun mungkin membuat tafsiran yang kurang tepat terhadap perdana menteri kita.

“Saya berharap Tun memberi ruang dan peluang untuk Najib mengemudi kerajaan dengan caranya yang tersendiri dan percaya Najib sentiasa terbuka dengan pandangan pelbagai pihak dan mengambil berat setiap kritikan, terutama daripada tokoh negara seperti Tun sendiri,” katanya kepada Sinar Harian.

Dr Mahathir antara lain dalam artikel terbaru di blognya berjudul ‘Menegur’ mendakwa, kerajaan pada hari ini menggunakan wang untuk mempengaruhi sokongan rakyat pada musim pilihan raya sehingga menjadikan rakyat terlalu bergantung pada kerajaan.

Namun menurut Ismail Sabri, melalui dasar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), ia menunjukkan keprihatinan Najib kepada permasalahan rakyat ketika kos sara hidup menjadi isu yang membara di Malaysia dan juga di seluruh dunia.

“Seperti Tun juga, menyumbang bakti sebagai ketua kerajaan dahulu (1981-2003), memang beliau mempunyai cara tersendiri untuk menangani implikasi isu kos sara hidup, tetapi mungkin persekitaran dan betapa mudaratnya isu tersebut ketika itu tidak sehingga memerlukan pendekatan seperti yang Najib perkenalkan sekarang.

“Malahan tuduhan BR1M membazir duit negara adalah persepsi yang salah. BR1M sebenarnya merupakan cara baru pembayaran subsidi kepada yang lebih layak dan kumpulan sasar yang tepat apabila subsidi minyak dikurangkan, penjimatan dari subsidi digunakan untuk pemberian itu,” katanya.

Katanya, ini merupakan langkah bijak Najib dalam memastikan kesejahteraan rakyat tidak terjejas sekali gus mengurangkan defisit negara.

“Tidak mungkin dasar ini silap, sedangkan Malaysia telah mencapai kadar pertumbuhan 6.4 peratus untuk suku tahun kedua 2014 dan merupakan pencapaian pertumbuhan terbaik di kalangan negara Asean.

“Setiap Perdana Menteri mempunyai gaya kepimpinan tersendiri dan secara peribadi mereka mempunyai isu-isu rakyat yang rapat dengan hati masing-masing,” katanya.