Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

MH17: 20 jenazah dibawa pulang Jumaat ini

PUTRAJAYA – Istiadat Penghormatan Jenazah Tragedi MH17 di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada jam 10 pagi, Jumaat ini akan melibatkan 20 jenazah mangsa warganegara Malaysia.

Kumpulan pertama jenazah itu terdiri daripada 17 keranda dan tiga lagi di dalam bekas abu namun tidak melibatkan jenazah warga Belanda yang dilaporkan sebelum ini akan dikebumikan di Malaysia.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, senarai penuh jenazah mangsa akan diumumkan esok.

“Perbincangan kita dalam Jemaah Menteri, kita mengesahkan pada Jumaat ini kita akan terima 20 jenazah warganegara kita kembali ke tanah air. Kita juga dapat pengesahan walaupun ada tambahan jenazah tetapi ia tidak menjejaskan persiapan di negeri-negeri berkenaan,” katanya dalam sidang media bersama di Kompleks Kementerian Komunikasi dan Multimedia di sini hari ini.

- Cecair Perangsang Isteri Paling Hebat Untuk Atasi Masalah Isteri Dingin Dengan Suami Dalam Masa 10 Minit Sahaja Selepas Guna!…
- Cerahkan Puting, Tempat Sulit Wanita, Celah Paha & Ketiak Dalam Masa 3 Hari Sahaja. Hebat Dan Berkesan!…
- Hormon Wangi Pemikat Lelaki No #1 Paling Berkuasa Di Dunia Kini Di Malaysia. Dapatkan Sekarang Juga!…

Hadir sama ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari.