Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

MH17: Jabatan Penerangan sedia pusat media

PUTRAJAYA – Jabatan Penerangan Malaysia menyediakan sebuah pusat media bagi istiadat penghormatan jenazah mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 di Rendevous Point 2, Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Dalam satu kenyataan, Jabatan Penerangan berkata pusat media itu akan mula beroperasi pada Khamis dan Jumaat dari pukul 8.30 pagi hingga 8.30 malam.

- Alat Besarkan, Kuatkan, Panjangkan Alat Lelaki No #1 Paling Laris Di UK. Kini OFFER 50% Di Malaysia!…
- Vimax Original Kanada Dari Myidaman. 300% Pemulangan Wang Kalau ANDA Beli Vimax Yang Palsu Dari Kami!!…

- Rawat Masalah Ketegangan & Mati Pucuk Suami Dengan Mudah, Pantas & Berkesan. Berusahalah Untuk Kebahagiaan!!..

“Pusat media ini menyediakan kemudahan ruang bekerja dan wi-fi untuk kegunaan para petugas media massa. Semua petugas media dijemput menggunakan kemudahan yang disediakan di pusat media ini,” katanya.

Kumpulan pertama jenazah mangsa MH17 itu akan tiba di KLIA dengan sebuah pesawat khas dari Amsterdam pada kira-kira pukul 10 pagi Jumaat ini.

Kerajaan juga mengisytiharkan Jumaat ini sebagai hari berkabung negara berikutan ketibaan kumpulan pertama jenazah itu.

Penerbangan MH17 sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala  Lumpur ketika ia terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine pada 17 Julai lepas.

Pesawat Boeing 777 itu, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal, telah ditembak jatuh namun, sehingga kini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.