Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Nahas MRT: Dua lagi mangsa dicari, satu mayat dikeluarkan

Mayat seorang pekerja warga Bangladesh yang terperangkap dalam runtuhan konkrit landasan projek Mass Rapid Transit (MRT) di Kota Damansara, ditemui pihak Bomba dan Penyelamat Selangor awal hari ini.Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul, berkata mayat Mohammad Elahi Hossain, 27, ditemui pada jam 2.30 pagi.

“Operasi mencari dan menyelamat dua lagi pekerja yang terperangkap masih dijalankan,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Tiga pekerja binaan lelaki warga Bangladesh dikhuatiri maut selepas dihempap landasan konkrit seberat 490 tan di tapak projek MRT berhampiran Institut Penyelidikan Getah Malaysia di Kota Damansara pada 8.30 malam tadi.

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd, dalam satu kenyataan, menyatakan pekerja terbabit ialah Mohamad Faruk Khan, Mohammad Elahi Hossain dan Mohammad Alauddin Mollik.