Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Najib akan buat pengumuman penting hari ini

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka menyampaikan amanat penting pada pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Kibar Jalur Gemilang di Putrajaya, hari ini.Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, Perdana Menteri dijangka menyampaikan amanat penting berkaitan sambutan Kemerdekaan serta beberapa perkara yang berlaku kepada negara baru-baru ini.Menurutnya, kira-kira 20,000 orang termasuk penjawat awam akan menghadiri majlis itu.

“Sambutan Kemerdekaan ke-57 negara akan disambut secara sederhana dengan perubahan kepada program sambutan bagi menghormati mangsa tragedi Pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 dan Penerbangan MH17.

“Semua acara keraian pada sebelah malam termasuk pertunjukan bunga api juga dibatalkan dan diganti yang acara yang lebih sesuai,” katanya kepada pemberita selepas majlis ramah tamah peringkat Parlimen Kemaman di sini, semalam.

Penerbangan MH370, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada imbasan radar ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL di Sepang pada 12.41 tengah malam.

Gerakan mencari pesawat itu, yang membabitkan pelbagai negara, bermula di Laut China Selatan sebelum diperluas ke Selat Melaka dan akhirnya di selatan Lautan Hindi.
– Minyak Urut Lelaki Paling Berkesan Untuk Saiz, Naikkan Urat Jadi Perkasa Dan Tahan Lama!…
– Mens Delay Spray Berkesan Untuk ANDA Tahan Lama Sehingga 2 Jam Selepas 15 Minit Penggunaannya. Diskaun RM30. Tempoh Terhad! …

Penerbangan MH17, yang membawa 298 orang termasuk 15 anak kapal, pula terhempas di wilayah Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Russia pada 17 Julai lalu.

Pesawat dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu dipercayai ditembak jatuh, namun belum ada pihak mengaku bertanggungjawab terhadap perbuatan itu.