Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Nasruddin dikecam pengguna Melayu FB kerana kecam ADUN PAS sokong PR

Ahli Jawatankuasa PAS Nasruddin Hassan menerima kecaman pengguna Facebook selepas komen mengkritik dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor parti Islam itu yang menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor.Ahli Parlimen Temerloh itu dalam laman Facebook menulis komen mendakwa budaya politik menggugut menular dalam parti Islam itu susulan pengumuman dua Adun PAS menyokong keputusan PKR berkenaan, hari ini.

“Budaya politik ugut sudah merebak masuk dalam PAS. Apakah proses penyaringan sedang berlaku secara nature?” tulis Nasruddin yang dikenali sebagai Nasruddin Tantawi itu.

Nasruddin dalam tulisan itu juga meletakkan petikan skrin berita mengenai dua Adun PAS, Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) yang menyokong Dr Wan Azizah sebagai pengganti kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
– Wangian Hormon Pemikat Wanita No #1 Paling Berkuasa Untuk Memikat. Hasil Penemuan Morgan Labs Russia. Memikat Wanita Dalam Sesaat!…
– Jus Kekal Dara Jadikan Isteri Kembali Rapat, Ketat, Padat, Sendat & Tambah Nikmat Hanya Dalam 7 Hari Sahaja! …

Nasruddin bagaimanapun dikecam dan dikritik hebat pengguna Facebook.

“PAS sedia berseorangan tanpa PKR dan DAP? Adakah ayat tersebut bukan satu ugutan? Ini antara ayat terawal yang disebut-sebut. Maknanya, budaya itu memang dah sedia ada dalam PAS, bukan sehari dua ini baru muncul. Apa komen you lebai?” kata pengguna Facebook Wan Muhammad Rahmat.

“Semoga Allah bagi kesedaran pada si Tantawi ni. Orang macam kau yang membuatkan anak muda macam kami yang percaya pada PAS daripada kecil-kecil lagi hilang kepercayaan,” kata pengguna Facebook membalas tulisan Nasruddin, Rezone Bin Eusoff.

“Salahkah mereka untuk sokong Pakatan Rakyat?” kata pengguna Facebook bernama, Harun Mohammad.

Ketika artikel ini ditulis, tulisan Nasruddin menerima lebih 200 komen, ada pengguna yang mengecamnya dan segelintir juga mempertahankan.

Ini bukan kali pertama Nasruddin diselubungi kontroversi kerana sebelum ini beliau juga dikritik apabila sengaja menyerang rakan komponen Pakatan Rakyat (PR), DAP berhubung projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.
– Minyak Urut Lelaki Paling Berkesan Untuk Saiz, Naikkan Urat Jadi Perkasa Dan Tahan Lama!…
– Mens Delay Spray Berkesan Untuk ANDA Tahan Lama Sehingga 2 Jam Selepas 15 Minit Penggunaannya. Diskaun RM30. Tempoh Terhad! …

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng juga sudah menyaman Nasruddin.

Krisis di Selangor ketika ini masih berlanjutan manakala kepimpinan PAS masih belum menyatakan pendirian mereka sama ada menyokong Khalid atau sebaliknya.

Bagaimanapun, sikap PAS yang menangguhkan mesyuarat dan tidak menyatakan pendirian mereka menyebabkan PKR dan DAP mempertikaikan komitmen parti Islam itu dalam PR.

PAS juga dikritik kerana tidak menyahut seruan menyatakan solidariti kepada Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) Selangor yang dipecat apabila hadir ke mesyuarat bersama Khalid.

Bagaimanapun, dua Adun PAS hari ini mengumumkan pendirian menyokong Dr Wan Azizah walaupun PAS berkata keputusan penuh hanya akan dibuat selepas mesyuarat 17 Ogos ini.

Kedua-dua Adun PAS tersebut juga berkata sedia dipecat parti.