Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

PAS Selangor ikrar setia pada Pakatan Rakyat

Pas Selangor memberi jaminan akan setia dan memberi komitmen terhadap kerjasama barisan komponen PR meskipun terdapat penyebaran aplikasi WhatApps berhubung kerjasama dengan Umno.Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, pandangan Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki itu adalah berdasarkan analisis serta pendapat peribadi.

“Kita tidak tahu berkenaan pandangan yang dibuat Dr Mohd Zuhdi. Tidak ada perbincangan berkenaan perkara itu. Pas Selangor akan kekal setia seperti pendirian sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan sambil menegaskan pandangan itu tidak akan memberi sebarang kesan terhadap Pas Selangor.

“Pandangan yang dibuat oleh Dr Mohd Zuhdi tidak memberi kesan kepada Pas Selangor dan ia datang dari beliau sendiri. Kami jamin kepada rakan PR, kami tidak ada rekod yang menunjukkan Adun kami menyertai Umno atau BN,” katanya.

Kelmarin, sebuah paparan skrin mesej perbincangan kumpulan WhatApps AJK Pas Pusat mengenai isu di Selangor tersebar luas melalui pelbagai aplikasi media.

Dalam paparan itu, terdapat analisis yang dikatakan daripada Dr Mohd Zuhdi yang berpendapat Pas masih boleh mengekalkan Selangor menerusi kerjasama dengan Umno.

– Minyak Urut Lelaki Paling Berkesan Untuk Saiz, Naikkan Urat Jadi Perkasa Dan Tahan Lama!…
– Mens Delay Spray Berkesan Untuk ANDA Tahan Lama Sehingga 2 Jam Selepas 15 Minit Penggunaannya. Diskaun RM30. Tempoh Terhad! …