Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Pecat Khalid: ROS Siasat PKR

PETALING JAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) memulakan siasatan terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada parti itu awal bulan ini.

Sehubungan itu Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong diminta hadir ke pejabat ROS di Putrajaya 28 Ogos ini bagi memberi keterangan berhubung pemecatan Khalid yang didakwa tidak mengikut perlembagaan parti.

- Alat Besarkan, Kuatkan, Panjangkan Alat Lelaki No #1 Paling Laris Di UK. Kini OFFER 50% Di Malaysia!…
- Vimax Original Kanada Dari Myidaman. 300% Pemulangan Wang Kalau ANDA Beli Vimax Yang Palsu Dari Kami!!…

- Rawat Masalah Ketegangan & Mati Pucuk Suami Dengan Mudah, Pantas & Berkesan. Berusahalah Untuk Kebahagiaan!!..

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, pada Selasa Dr Tan menerima sepucuk surat daripada ROS yang meminta beliau hadir ke Putrajaya untuk memberikan keterangan berkaitan satu aduan salah laku.

Namun katanya, surat itu tidak mengandungi maklumat terpeinci berhubung aduan yang dimaksudkan.

“Bagaimanapun PKR difahamkan satu pasukan yang diketuai ASP Akmal Yahya, Pengarah Bahagian Penguatkuasaan ROS telah bertemu Datuk Dr Tan di Ibupejabat PKR hari ini. Dalam pertemuan tersebut, ASP Akmal memaklumkan bahawa pertemuan yang sepatutnya berlaku esok (Khamis) telah ditunda ke 28hb Ogos,” katanya.

Menurut Fahmi, Dr Tan akan ditemani peguam R Sivarasa dalam pertemuan minggu hadapan.

Khalid dipecat daripada PKR pada 9 Ogos lalu selepas ingkar perintah parti untuk meletak jawatan sebagai menteri besar dan memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai penggantinya.

Khalid menerima pemecatan itu tetapi menganggapnya ‘cacat dan tidak sah’, serta berikrar untuk kekal sebagai menteri beaar sehingga mendapat nasihat daripada Sultan Selangor.

Malah Khalid turut membuat adun kepada ROS kerana menyifatkan penyingkirannya daripada PKR adalah salah dan melanggar perlembagaan parti.