Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Pegawai wanita KPM bebas tuduhan rasuah

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai wanita di Kementerian Pendidikan hari ini dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada tuduhan rasuah berhubung pemberian projek pembekalan barang keceriaan pejabat bernilai RM26,950 kepada adiknya, lima tahun lepas.

Hakim Rosbiahanin Arifin membuat keputusan itu terhadap Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan (sebelum ini dikenali Kementerian Pelajaran), Norrohani Othman selepas mendapati pendakwaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap tertuduh di akhir kes pembelaan.

Dalam keputusannya, Rosbiahanin berkata mahkamah mendapati wujud keraguan tentang penubuhan Jawatankuasa Perolehan mengenai pelantikan kontraktor yang tidak dapat dijelaskan oleh pendakwaan.

Norrohani, 48, didakwa menggunakan jawatannya untuk melantik perniagaan adiknya Norafidah Othman memberi perkhidmatan membekal barang-barang keceriaan pejabat kepada Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional kementerian itu berjumlah RM26,950.

Wanita itu didakwa melakukan perbuatan berkenaan di Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pelajaran Malaysia, Blok E14, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya pada bulan Disember 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa daripada SPRM Amir Hamzah Idris manakala peguam Mohd Baharuddin Ahmad Kassim mewakili Norrohani.

- Cecair Perangsang Isteri Paling Hebat Untuk Atasi Masalah Isteri Dingin Dengan Suami Dalam Masa 10 Minit Sahaja Selepas Guna!…
- Cerahkan Puting, Tempat Sulit Wanita, Celah Paha & Ketiak Dalam Masa 3 Hari Sahaja. Hebat Dan Berkesan!…
- Hormon Wangi Pemikat Lelaki No #1 Paling Berkuasa Di Dunia Kini Di Malaysia. Dapatkan Sekarang Juga!…

Sepanjang perbicaraan itu pihak pembelaan mengemukakan dua saksi manakala pendakwaan memanggil 12 saksi.