Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Penganalisa: Wan Azizah boleh jadi MB Selangor

Tidak timbul isu jantina yang dapat menghalang Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu.Pakar perundangan, Dr Azmi Sharom berkata, walaupun kandungan berkaitan syarat pelantikan menteri besar dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 hanya menyebut perkataan ‘he’ (kata ganti nama bagi lelaki dalam Bahasa Inggeris) untuk merujuk individu yang akan dilantik, ia sebenarnya merujuk kepada kedua-dua jantina.

“Dalam mana-mana perlembagaan sekalipun, walaupun ditulis ‘he’ ia adalah termasuk golongan wanita.

“Jadi, tiada apa-apa yang boleh menghalang mana-mana wanita sekalipun untuk mereka memegang jawatan tersebut,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, tiada masalah untuk Dr Wan Azizah dilantik sebagai menteri besar baharu kerana beliau memenuhi kriteria di bawah undang-undang negeri itu.

Menurutnya, lebih penting, Dr Wan Azizah memperoleh kepercayaan Dun dan itu sudah cukup untuk melayakkan beliau memegang jawatan terbabit.

Sementara itu, Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam, Majlis Profesor Negara, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood turut menyokong pandangan Azmi berhubung penggunaan perkataan ‘he’ dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

Beliau berkata, bahasa asal mengikut perkara 52 di bawah undang-undang itu menyebut ‘he’ namun jika dirujuk Akta Tafsiran, ‘he’ digunakan secara am dan boleh juga termasuk ’she’ (kata ganti nama bagi wanita dalam bahasa Inggeris).

“Kalau calon menteri besar seorang wanita, peruntukan sedia ada dan tafsiran mengikut Akta Tafsiran membenarkan beliau dilantik sebagai menteri besar.

“Bagaimanapun, harus diingat bahawa proses lantikan tidak semudah yang dipaparkan oleh undang-undang bertulis kerana undang-undang itu sebagai rujukan dan akhirnya menjadi penentu setiap kesahihan sesuatu keputusan,” katanya.

Nik Ahmad berkata, dalam proses pemilihan menteri besar, Sultan menentukan calon yang paling sesuai menurut pandangan baginda dan oleh itu, parti politik perlu memastikan calon tersebut mendapat persetujuan Sultan.

Berdasarkan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, pelantikan seorang menteri besar di Selangor terletak di bawah kuasa sultan sebagaimana termaktub bawah undang-undang negeri tersebut.

Menurut Perkara 53 (2) (a) undang-undang itu, baginda boleh melantik seorang anggota Dun pada pandangan baginda yang mendapat keyakinan majoriti anggota Dun, selaku menteri besar.

Di bawah Perkara 55 (2) (a) pula, dinyatakan baginda boleh menggunakan budi bicara dalam pelantikan seorang menteri besar.
- Alat Besarkan, Kuatkan, Panjangkan Alat Lelaki No #1 Paling Laris Di UK. Kini OFFER 50% Di Malaysia!…
- Vimax Original Kanada Dari Myidaman. 300% Pemulangan Wang Kalau ANDA Beli Vimax Yang Palsu Dari Kami!!…

- Rawat Masalah Ketegangan & Mati Pucuk Suami Dengan Mudah, Pantas & Berkesan. Berusahalah Untuk Kebahagiaan!!..

Selain itu, di bawah perkara 53 (4) seseorang menteri besar juga haruslah berbangsa Melayu dan beragama Islam sepertimana yang termaktub dalam undang-undang berkenaan.

Pada 12 Ogos lalu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah tidak memberi perkenan untuk Dr Wan Azizah menghadap baginda bagi membincangkan isu Menteri Besar Selangor.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, baginda menolak pertemuan itu kerana Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah pun menghadap baginda berkaitan kedudukan Menteri Besar Selangor.