Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

PKR lancar HEAP bantu lepasan STPM masuk IPTA

PETALING JAYA – PKR hari ini melancarkan laman web Higher Education Complaint and Appeal Portal (HEAP) bagi membantu pelajar lepasan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan setaraf dengannya untuk mendapatkan tempat di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin berkata portal itu diwujudkan bagi membantu pelajar lepas STPM yang layak namun tidak mendapat tempat untuk melanjutkan pengajian mereka.

- Alat Besarkan, Kuatkan, Panjangkan Alat Lelaki No #1 Paling Laris Di UK. Kini OFFER 50% Di Malaysia!…
- Vimax Original Kanada Dari Myidaman. 300% Pemulangan Wang Kalau ANDA Beli Vimax Yang Palsu Dari Kami!!…

- Rawat Masalah Ketegangan & Mati Pucuk Suami Dengan Mudah, Pantas & Berkesan. Berusahalah Untuk Kebahagiaan!!..

“Kami menggalakkan semua pelajar yang tidak puas hati dengan sistem UPU menghantarkan aduan kepada kami melalui borang di laman web itu.

“Kami akan mengenal pasti kes-kes yang kritikal akan diutamakan dan bantuan diberi walaupun kemampuan dan bidang kuasa kami sebagai ahli Parlimen adalah terhad,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, di sini, hari ini.

Laman web itu juga diwujudkan selepas ramai pelajar lepasan STPM yang berkelayakan gagal mendapat tempat di IPTA termasuk pelajar cemerlang gagal memasuki kursus yang dipilih.

Masalah itu katanya berlarutan sejak 20 tahun lalu namun tiada menteri yang sanggup mengambil tanggungjawab akibat kegagalan UPU yang mengancam masa depan ribuan pelajar.

Dalam pada itu, Tze Tzin berkata, portal aduan dibuka bermula hari ini selama 10 hari dan tarikh tutup penghantaran aduan adalah pada 25 Ogos ini.

Bagaimanapun katanya, pelajar lepasan STPM yang bermasalah itu mestilah membuat rayuan kepada UPU sebelum 22 Ogos ini melalui laman web Kementerian Pendidikan itu.

“Laman web ini dibuka kepada semua pelajar lepasan STPM atau setaraf yang ingin mengadu kepada Ahli Parlimen PKR.

“Harus diingat, mereka wajib merayu kepada UPU terlebih dahulu kerana laman web HEAP adalah kaedah tambahan sahaja,” katanya.

Seramai sembilan panel menganggotai jawatankuasa aduan itu termasuk enam ahli Parlimen dan tiga Adun.

Antaranya ialah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli; Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen; Ahli Parlimen Penampang, Darell Leiking; Ahli Parlimen Padang Serai, N.Surendran dan Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung.

Manakala tiga Adun itu ialah Adun Simpang Pulai, Tan Kar Hing; Adun Semambu, Lee Chean Chung dan Adun Bakar Arang, Simon Ooi Tze Min.