Membincangkan isu masyarakat Malaysia
Random header image... Refresh for more!

Wan Azizah: Saya bukan boneka Anwar

“Saya bukan boneka atau patung Anwar. Masa saya dilantik Presiden parti dulu pun dia dalam penjara.”Itu jawapan Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail ketika dibangkitkan peranan suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di belakang semua tugasannya. “Apa juga jawatan yang saya pegang adalah di atas tanggungjawab saya sendiri tanpa dibantu oleh sesiapa termasuk Anwar.

“Malah tanpa sebarang jawatan pun, saya masih tetap menjalankan khidmat saya kepada rakyat sebagai Presiden,” kataya pada satu majlis doa selamat di masjid Permatang Nibong di Permatang Pauh kelmarin.


Katanya, Anwar tidak sepatutnya dikaitkan sebagai tulang belakang kerjayanya kerana dia sendiri mampu menggalas semua tanggungjawab yang diletakkan di atas bahunya.

“Memang dia suami saya tetapi saya bukanlah boneka yang hanya mengikut arahan dia kerana selama dia di dalam penjara, saya masih boleh menjalankan tanggungjawab sebagai ahli politik.

“Menyentuh tentang jawatan Menteri Besar Selangor, itu akan menjadi tanggungjawab dan tugas saya apabila parti telah sebulat suara membuat keputusan untuk memilih saya,” katanya.

Jelasnya, masyarakat boleh membuat kritikan sesuka hati tetapi PKR ada pasukan yang sentiasa bekerjasama dalam satu kumpulan.
- Alat Besarkan, Kuatkan, Panjangkan Alat Lelaki No #1 Paling Laris Di UK. Kini OFFER 50% Di Malaysia!…
- Vimax Original Kanada Dari Myidaman. 300% Pemulangan Wang Kalau ANDA Beli Vimax Yang Palsu Dari Kami!!…

- Rawat Masalah Ketegangan & Mati Pucuk Suami Dengan Mudah, Pantas & Berkesan. Berusahalah Untuk Kebahagiaan!!..

Sebelum ini, Majlis Tertinggi PKR telah sebulat suara mencadangkan Wan Azizah untuk menjawat jawatan Menteri Besar Selangor dengan persetujuan tidak rasmi daripada parti komponen Pakatan Rakyat, Pas dan Dap.

Bagaimanapun, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akhirnya menolak cadangan tersebut dengan mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim untuk kekal sebagai Menteri Besar. — Malaysia Gazette